Bab 9

Romance Series 10310

Petang itu dirumah tuan Rahimi kecoh dengan suara garang seseorang.

" No mama ! Riz takkan kawin dengan perempuan lain selain Emelda ! " Jeritan Fariz sangat kuat. Kalau diikutkan sampai ke Korea kuatnya.

" Tak ! Riz kena dengar cakap mama dan mama takkan sesekali benarkan Riz kawin dengan perempuan yang tak cukup kain tu ! " balas puan Zalia dengan tegas sekali.

Pertengkaran itu bermula apabila puan Zalia dan tuan Rahimi memaksa dirinya berkahwin dengan perempuan kampung.

" Riz..duduk dulu kita bincang elok-elok " Tuan Rahimi yang sedari diam dari tadi cuba meredakan suasana yang begitu hening.

Fariz hanya mengangguk sebelum duduk berhadapan dengan mama dan papanya.

" Fariz, papa dengan mama nak kamu kahwin dengan pilihan kami. Kitaorang dah serik dengan perangai kamu ni ! " Tuan Rahimi memulakan perbicaraan.

" Riz buat perangai macam mana sampai papa dengan mama ni paksa Riz kawin ?! Selama Riz elok je kan, yang tetiba ni kenapa ?! " Fariz menunjukkan rasa tidak puas hati.

" Elok kamu kata ? Sejak kamu kenal dengan minah tak cukup kain tu kamu dah jadi macam ni tau tak ! Solat entah ke mana, perangai macam apa..ni kamu kata takde apa ?! " Puan Zalia meninggikan suaranya sambil memandang tepat ke wajah anaknya.

Fariz hanya mendiamkan dirinya.

" Fariz, kalau ada lagi sisi baik perangai kamu tu..dengar cakap mama. Kalau tak kami akan kira yang kamu ni anak derhaka !! " Dengan tenang tuan Rahimi mengugut anaknya.

Fariz yang mendengar terus tersentak. Dia taknak digelar sebagai seorang anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya.

" Fine, Riz terima tapi dengan satu syarat. Mama dan papa kena setuju kalau nak Riz kawin dengan perempuan pilihan korang " Fariz mula meletakkan syarat yang sungguh tidak munasabah.

Tuan Rahimi dan puan Zalia berpandangan sebelum mengangguk serentak.

" Baiklah, kami terima tapi apa syaratnya ? " tanya puan Zalia.

" Riz akan kahwin dengan dia selama 6 bulan je. Cukup je 6 bulan Riz akan ceraikan dia, setuju ? " tanya Fariz dengan sinisnya.

Kedua orang tua Fariz jelas sangat terkejut dengan kata-kata Fariz.

" Apa kamu cakap ni Fariz ! Kamu ingat kawin ni main-main ke ?! Papa tak pernah ajar kamu macam ni !! " jelas sekali tuan Rahimi menahan sabar. Puan Zalia disebelah hanya mengangguk setuju dengan pernyataan suaminya.

" Riz tak main-main. Kalau papa dengan mama nak Riz kawin dengan perempuan tu, mama dengan papa kena setuju dengan cadangan Riz " katanya.

Dengan rasa berat hati mereka berdua hanya mengangguk kepala dengan lemah.

Fariz yang melihat respon kedua orang tuanya terus meminta diri untuk keluar.

" Oklah Riz nak keluar, kalau nak makan jangan tunggu Riz. Riz tak balik malam ni, tidur rumah kawan " tanpa sempat puan Zalia membalas, kelibat anaknya telah hilang dari pandangan.

Mereka hanya mengeluh lemah sebelum melakukan kerja masing-masing. Sebenarnya, mereka tiada calon lagi untuk Fariz. Mereka cuma mahu gertak saja. Nampaknya terpaksalah mereka mencari calon menantu mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience