Bab 2

Romance Series 10310

Setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim ,Afiqah melipat telekung milik arwah ibunya yang tersayang itu. Dia duduk di penjuru katil sambil termenung mengingatkan perbualan dia bersama abangnya pagi tadi.

Flashback

Afiqah yang sudah menangis teresak esak itu terus mencapai tudung sebelum berlari keluar dari rumah.

Dirinya yang seperti tiada arah tuju terus berlari ke pondok berdekatan sungai. Dia terus melepaskan tangisan di situ memandangkan tempat tu jarang dilalui orang kampung. Dia berasa kecil hati dengan ayahnya. Sejak kematian ibunya, dirinya terasa seperti orang asing didalam rumah. Ayahnya selalu memarahi dirinya tanpa alasan yang munasabah.

" Kenapa ayah tak pernah sayang aku ?! Kenapa ?
Apa salah aku sampai ayah selalu marah aku ? " tangisannya semakin menggila.

" Siapa cakap ayah tak sayang fiqah ? " tegur suara seseorang yang berada di belakangnya.

" Eh, abang ! abang buat apa kat sini ? ayah mana ? " ujarnya sambil cepat-cepat mengelap sisa air matanya.

" Abang cari fiqahlah. Ayah pulak ada tu dekat rumah tengah mengamuk " ujar abangnya, Adam selamba.

" Kenapa abang cari fiqah ? Fiqah bukan pergi mana-mana pun " ujarnya polos.

" Memanglah abang kena cari fiqah. Fiqah kan adik abang lagipun arwah ibu dah beri tanggungjawab dekat abang supaya jaga fiqah " ujar Adam sambil melabuhkan punggung di pondok itu.

Afiqah yang mendengar tentang arwah ibunya kembali sebak. Dia sangat rindu dekat arwah ibunya itu.

" Abang, kenapa ayah benci fiqah ? Fiqah ada buat salah ke sampai ayah selalu marah fiqah " tanyanya. Matanya kembali berkaca-kaca sebelum setitis-titis air matanya jatuh.

" Fiqah.. janganlah macam ni. Ayah tak benci fiqah pun. Fiqah kan anak yang baik buat apa ayah nak benci dekat fiqah ? " ujar Adam sambil mengelap air mata adiknya.

" Habis tu kalau ayah tak benci fiqah, kenapa ayah selalu marah-marah fiqah ? " tanyanya lagi.

" Ayah marah fiqah sebab ayah sayang sangat-sangat dekat fiqah. Ayah nak yang terbaik untuk fiqah, tau tak ? " ujar Adam sambil tersenyum memandang fiqah sebelum mengalihkan pandangan ke arah sungai. Sangat tenang apabila berada dekat sini .

Afiqah yang melihat abangnya membalas senyuman itu.

" Tenang kan dekat sini abang ? " tanyanya. Dekat sinilah menjadi tempat kesukaannya.Disinilah tempat dia meluah perasaan dan dekat sinilah dia lari merajuk dengan abangnya.

" Haah, eh dahlah..jom balik. Fiqah tak makan lagi kan ? Jom balik makan. Tadi abang ada beli mi goreng kesukaan fiqah " ujar Adam sebelum mengangkat punggung berdiri.

Afiqah mengangguk sebelum mengikut langkah abangnya.

End flashback

" Betul ke ayah sayang aku ? " bisiknya dalam hati.

" Afiqah ! Sini sekejap " panggil seseorang tidak lain tidak bukan abangnya itu. Ayahnya dah keluar sejak pergaduhan mereka pagi tadi.

" Sekejap, fiqah nak kemas bilik dulu " ujarnya sebelum sambung mengemas cadar katilnya.

Setelah dia berpuas hati dengan kebersihan biliknya, dia terus keluar mencari keberadaan abangnya yang seorang itu.

" Hah, abang nak apa panggil fiqah ? " tanyanya.

" Ni abang nak cakap yang abang nak keluar. Jadi abang nak pesan yang jaga diri duduk sorang-sorang kat rumah. Kunci pintu depan, belakang. Kalau ada sesiapa datang jangan bukak je pintu. Pergi mengintai dulu. Faham ? " tanya Adam selepas selesai memberi pesanan.

" Ye tahu, abang ingat fiqah ni kecik lagi ke ? Fiqah dah besar tahu tak ? " ujarnya bosan.

" Ish dia ni! Dahlah abang keluar dulu. Ingat apa abang pesan tu " ujar dengan bersungguh sungguh.

" Ye ye ingat, dahlah keluar je " kata fiqah seraya menolak keluar tubuh sasa abangnya itu sebelum menutup pintu. Tak lupa juga mengunci semua pintu yang ada di rumah ni.

Adam yang dah memastikan adiknya selamat terus beredar dari rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience