Bab 1

Romance Series 10310

Pada pagi yang indah itu kelihatan dua insan yang sedang menjamu selera dengan aman tanpa ada gangguan.

" Ayah, petang nanti Adam nak keluar dengan kawan-kawan..boleh? tanya seorang jejaka memecahkan kesunyian yang melanda.

" Kamu kan memang nak keluar tak mintak izin ayah, ni tiba-tiba je tanya ni mesti nak apa-apa kan ? soalnya lembut.

" Hehe..ayah ni pandailah, takde lah ni Adam nak mintak duit sikit..nak buat belanja. Lagipun macamlah ayah tak tahu yang Adam ni selalu mintak duit sebelum keluar " kata jejaka yang bernama Adam itu.

" Kamu ni Adam, dah berapa kali dah ayah pesan supaya berjimat sikit. Kita ni orang susah bukannya senang " Pesannya lembut tapi tegas.
Encik Ridzuan seorang penoreh getah. Dirinya tidak mampu nak beri kemewahan kepada anak-anaknya.

" Ye Adam tahu, tapi Adam mintak sikit je itu pun nak beli barang-barang keperluan nanti dah alang-alang keluar tu " katanya. Sebenarnya duit tu bukan untuk dirinya melainkan untuk adik perempuannya. Dia tahu yang ayah takkan bagi duit untuk adiknya jika adiknya meminta.

" Yelah..nanti ayah bagi tapi ingat berjimat sikit. Ni ayah nak tanya mana adik kamu yang tak guna tu ? takkan tak bangun tidur lagi ".

Belum sempat Adam membalas, kedengaran suara seorang gadis yang memecah perbualan mereka.

" Ayah..fiqah kat sini " katanya lembut sebelum pergi ke meja makan untuk menjamu bersama ahli keluarganya yang tersayang. Ibunya sudah tiada sejak dirinya masih bayi lagi

" Hah ,yang kau baru turun ni kenapa ? Dan siapa benarkan kau duduk makan sekali dengan kitaorang ni ?! ".

" Maaf ayah, tadi lepas fiqah selesai solat subuh fiqah terlelap dan boleh tak hari ni fiqah nak makan sama-sama " soalnya sebak. Dirinya selalu tidak dapat makan bersama-sama dengan keluarganya.

" Tu lah yang kau tahu ! Maaf maaf tak habis-habis dengan maaf kau tu ! Kau kalau tak naikkan darah aku tak boleh ke hah ?! " tengking encik Ridzuan kepada anak perempuannya itu. Pinggan yang berisi mi goreng habis ditepis.

" Ayah apa ni ? Boleh tak sekali ayah tak marah fiqah tak boleh ke ? Ni tak setiap hari bila ayah pandang je muka fiqah ayah marah dia, tengking dia . Ayah kena ingat yang fiqah pun anak ayah jugak " Adam yang dari tadi berdiam diri membuka mulut.

Afiqah yang sudah menangis teresak-esak terus mencapai tudung sebelum berlari keluar dari rumah. Dirinya tidak mampu menahan kesedihannya lagi. Ayahnya selalu memarahi dirinya atas alasan kerana dia ibunya meninggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience