Bab 11

Romance Series 10310

Di kafe tempatku bekerja ini sangat lah riuh dengan suara kawan-kawanku. Semuanya disebabkan hari ini bos aku akan datang. Semuanya sangatlah teruja dan gembira termasuklah aku.

Beberapa jam menunggu akhirnya, aku ternampak kelibat cik Haslina dan kawan ku , Farhana bersama seorang wanita. Mungkin itu bosku..kut ?

Aku melihat semua orang termasuk cik Haslina dan Farhana menunduk hormat kepada wanita itu. Aku yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut.

" Ok semua, saya ingin memperkenalkan bos kita datin Zalia Noraieen. Tapi kamu semua boleh panggil Puan Zalia sahaja " Kata cik Haslina memperkenalkan kepada kami.

Puan Zalia a.k.a. bos aku hanya tersenyum sebelum melangkah ke bahagian taman. Buat pengetahuan semua, sebelah kafe tempat ku bekerja adanya taman bunga yang sangat cantik. Di sana tersedia satu pangkin kayu untuk Puan Zalia. Kami dilarang pergi ke sana kecuali cik Haslina dan puan Zalia.

Selepas kelibat bos menghilang, aku mencari kawanku Farhana.

" Hana, tu ke bos kita ? " tanyaku polos. Walaupun sudah ku tahu itu bos aku tapi aku tetap nak tanya.

" Dah terang-terang cik Haslina cakap yang tu bos kita kan ! kau ni kenapa ?! " Soalnya menyampah.

" Takde lah aku cuma tak percayalah yang dia tu bos kita. Baik sangatlah oi. Biasanya aku tengok dalam tv, orang yang berpangkat ni selalu pandang rendah dekat orang macam kita ni. " ujar ku.

Farhana hanya menepuk dahi.

" Tulah kau, pengaruh tv. Betullah tu bos kita. Aku masa mula-mula bekerja dulu pun terkejut jugak. Eh dahlah malas aku layan kau, baik aku layan bos " ujar sambil melangkah pergi.

Aku menyambung kerjaku tadi. Aku bercadang waktu rehat nanti aku nak call abang aku. Rindunya aku dekat abangku termasuk ayah. Agak-agak ayah rindu aku tak ? tanpa sedar hatiku menjadi sebak.

*****************************************
Semasa waktu rehat, aku mengambil masa untuk menelefon abangku, Adam.

Telefonku berdering menandakan ada orang menjawab.

" Assalamualaikum abang " ujarnya memberi salam.

" Waalaikumussalam, Fiqah. Fiqah apa khabar sihat ? Makanan dekat sana ok tak ? Ada apa-apa yang jadi ke ? " Soalannya membuatku ketawa kecil. Haih rindunya.

" Eh abang ni satu satu. Fiqah ok je dekat sini. Takyah risau. Abang macam mana sihat tak dekat sana ? " Soalku.

" Abang sihat " balas abangku di sana.

" Erm..ayah, sihat ? " tanya ku lagi. Aku sangat risau akan kesihatan ayah.

" Err..ayah sihat, eh oklah fiqah abang letak dulu ye assalamualaikum , bye " tanpa sempat ku bertanya talian sudah ditamatkan.

" Waalaikumussalam " jawabku. Entah kenapa aku tiba-tiba tidak sedap hati. Harap-harap takde apalah yang jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience