Bab 7

Romance Series 10310

Kelihatan seorang gadis yang terlihat sangat letih sedang mengemop lantai.

" Weh Hana..kita habis kerja pukul berapa ? " soal Afiqah sambil melihat kearah kawannya.

" Kita habis kerja dalam pukul 8:00 malam ni, kenapa ? ".

" Takde apa cuma aku rasa penat sikit. Erm..Hana aku nak tanya sikit boleh " Kata Fiqah sambil berhenti mengemop.

Farhana yang mendengar terus berhenti membuat kerja.Matanya melilau melihat sekeliling. Takut-takut ada bos je nanti tak pasal-pasal kena maki sebab tak buat kerja.

Setelah memastikan bahawa mereka dalam zon selamat, Hana membuka mulut. Farhana terus menarik tangan Afiqah pergi ke arah dapur.

" Hah, kau nak tanya apa ? Cepat sikit cakap nanti kantoi kan kita gosip " Kata Farhana.

Afiqah yang melihat perangai buruk kawannya itu menggelengkan kepalanya.

" Hish kau ni hana! Aku bukan nak gosip..aku nak tanya je yang kau bawak aku pergi dapur ni pasaipa? "

" Kau ni bendul ke apa? Aku bawak pergi dapur ni takut bos nampak kita tak buat kerja, faham ? Hah, kau nak tanya apa ? "

" Erm..aku nak tanya yang mana bos kita ? Sebab kau cakap nanti bos kita tu nampak kita ni tak buat kerja tapi batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. Bos kau tahu tak aku kerja kat sini ? Ke kau je memandai bagi aku kerja ? " berdas-das soalan yang diajukan kepada Farhana.

" Ouh, itu je ke kau nak tanya..ingatkan apalah tadi.Err..macam mana nak cakap heh ? Ok bos kita tu memang jarang datang cafe ni. Ada apa-apa hanya maklum pada setiausaha cafe ni je. Kalau kau nak tahu.. pemilik cafe ni datin tau tapi dia ni humble je tak sombong pun " jelasnya dengan panjang lebar.

Afiqah hanya mengangguk sahaja mendengar penjelasan kawannya.

" Kalau dah takde kau nak tanya aku pergi sambung kerja dulu, bye " Farhana terus meninggalkan Afiqah keseorangan di situ.

Beberapa jam..tibalah masanya untuk cafe itu berhenti beroperasi.

Semua pekerja beransur pulang meninggalkan dua sahabat yang masih ligat mengemas cafe itu.

Setelah beberapa minit mengemas, dua sahabat itu terus menutup cafe tersebut lalu pulang ke rumah.

******************************************
" Kau masak apa tu fiqah ? "

Afiqah yang sedang memasak di dapur itu ditegur oleh satu entiti yang sangat dikenalinya.

" Aku masak ayam masak merah je. Kau ok tak dekat lauk yang aku masak tu. Maaflah hari ni aku letih sikit ". Ujar Afiqah sambil menghidangkan lauk-pauk yang sempat dimasaknya.

Perut Farhana mula berkeroncong meminta diisi apabila melihat lauk ayam masak merah yang masih berasap.

Tanpa segan silu , Farhana terus mencedok nasi ke dalam pinggang miliknya. Tidak lupa juga lauk yang ada di depan matanya.

Afiqah yang melihat kawannya yang gelojoh itu terus menegur.

" Hana..kau janganlah gelojoh sangat. Tak lari pun lauk tu " tegurnya lembut.

" Sorrylah fiqah..aku lapar sangat ni " ujar Farhana dengan mulut yang penuh.

Afiqah hanya menggelengkan kepalanya.

Malam itu masa hanya dihabiskan dengan memakan malam kerana esok kena bekerja.

*********************************
Korang boleh komen kalau ada ayat saya yang macam tak berapa sesuai dan beri juga pendapat korang tentang bab ni..boleh ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience