Bab 4

Short Story Series 10673

Aku kembali meletakkan surat tersebut di tempatnya. Dan berlalu untuk membersihkan diri.Selesai mandi aku terus keluar dari bilik mandi tetiba sahaja perutku memulas. Aku kembali ke tandas untuk membuang hajat.

Selepas membuang segala hajat memujat, aku mula bersiap siap untuk bertemu dengan Ain di taman kerana kami sudah berjanji untuk berjumpa di taman untuk mengulangkaji pelajaran bersama - sama. Aku bergegas keluar rumah kerana aku sudah terlewat.Aku hampir - hampir terlupa mengunci pintu akibat terlalu cemas.

"Aduh habislah aku kena karate dengan Ain ni janji pukul 5.00pm sekarang dah pukul 5.30 pm apasal lah perut ni tetiba buat hal "aku mula bercakap sorang - sorang sambil mengunci pintu rumah. Dan jiran di sebelah rumah aku memandang aku dengan pelik dan berkata..."sian single” ujarnya sambil ketawa halus.

Aku melihat jam tanganku dan jam menunjukkan pukul 5.45 pm, aku berlari dengan lajunya kearah basikalku dan terus mengayuh dengan laju.Sesampainya di taman, tiba - tiba sebuah botol dibaling dari belakang. Aku terus berpusing ke arah belakang dan terlihat Ain sedang mencekak pinggang dengan muka tidak puas hati."Kau pergi mana hah!! baru sampai janji pukul 5.00 petang sekarang dah pukul 6.00 petang mana sempat nak study ni"

"Ala Ain sorry ahh perut aku tetiba je memulas tadi,sorry ehh… apa kata kita tukar dari study ke jogging”Aku membalas sambil mengaru kepalaku yang tidak gatal.

"Okey ahh,tapi esok lepas sekolah, kau kena belanja aku makan kat kedai Mak lemak - lemak seberang jalan sebagai ganti aku tunggu kau sorang - sorang dari tadi".

"Okey - okey aku belanja kau makan apa je yang kau nak" Ain mula tersenyum jahat sambil memandang aku, "asal aku rasa menyesal cakap cam tu ehh" . Ain mula ketawa dan berkata"kau memang akan menyesal cakap macam tu kat aku,habis kopak ahh duit kau"

Kami mula berjogging sehingga jam menunjukkan pukul 6.30 pm kami memutuskan untuk berhenti berjogging dan berehat seketika di bawah pokok.

"Wei aku balik dulu ahh dah lewat ni, nanti mak aq cari pulak"

"Okey aku pun kena balik jugak ni" kami mula bangun dan berjalan kearah basikal yang kami tinggalkan dekat pokok berdekatan. kami mula mengayuh basikal bersama - sama, sewaktu dipersimpangan jalan kami mula berpisah untuk pulang ke rumah masing - masing dan aku terdengar Ain menjerit sesuatu yang membuatkan aku tertawa "esok bawak duit banyak - banyak ehh Ikram, Assalamualaikum!"
Aku hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience