Bab 13

Short Story Series 10673

Sebaik sahaja bangun pada pagi itu, Ikram menyadari matanya membengkak kerana menangis terlalu lama semalam, Ikram sudah bersiap sedia pergi ke sekolah. “Uishh,hitamnya mata aku dah sebijik macam panda harap harap lepas mandi nanti susut lah sikit kalau ibu perasan ni mati aku kena tanya bertalu talu”.

Ikram hanya berkurung didalam bilik pada hari tersebut dan hanya menghabiskan mesa dengan mengulangkaji pelajaran.

Terdengar ketukan dari pintu biliknya,“Long mari makan jom ibu dah siap masak ni makanan favorite along pon ada"

“Ibu makanlah dulu along tak lapar. Nanti along lapar along makanlah"

Puan Rosmah hanya mampu mengeluh sambil berlalu kearah dapur.

Sampai ke petang ikram langsung tidak keluar dari biliknya.

Keesokan harinya disekolah, “Aku kene jumpa Ain hari ini,aku akan mengaku perasaan sebenar aku kepada dia.” Ikram mahu bongkarkan segala isi hatinya kepada Ain.

Ikram menunggu Ain di dalam kelas. Ikram menunggu terus menunggu…sehingga lonceng sekolah berbunyi tanda waktu PdP bermula.

Cikgu Aira datang memasuki kelas, “Assalammualaikum semua”.
“Waalaikumussalam cikgu”dan diikuti doa belajar.

“Okey semua boleh duduk.” Namun Ikram masih berdiri, “Mana Ain ni,” Ikram tidak senang duduk apabila Ain masih tidak sampai ke kelas.

“Ikram, awak ada masalah ke?” tanya cikgu Aira kepada Ikram yang masih berdiri. Ikram tidak dengar apa yang dikatakan oleh cikgu Aira. “Muhammad Ikram bin Saad !” cikgu Aira meninggikan suara kepada Ikram.

Semua orang terkejut apabila cikgu Aira meninggikan suara kepada Ikram. Cikgu yang dikenali sangat baik dan lemah lembut itu meninggikan suara kepada seorang murid bukanlah perkara biasa.

“Do you have a problem?” tanya Cikgu Aira dengan suara yang tegas sambil tangan mencekak pinggang.

“Tidak cikgu, saya cuma nak tengok luar tingkap tadi." Ikram memberi alasan sambik mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau macamtu duduk saya ada berita yang ingin disampaikan kepada kamu semua"
“Okey semua, saya ada berita yang agak sedih…sahabat kamu Ain berpindah ke sekolah lain atas sebab pekerjaan ayahnya, saya harap kamu tidak sedih atau terasa hati kerana Ain terpaksa pindah dan tidak sempat beritahu kepada kamu semua.”

Semua kawan - kawan Ain menunduk kepala apabila mendengar berita itu,dan tiba - tiba Ikram jatuh dari kerusi.

Doom!!…semua memandang ke Ikram, "Ikram..kamu tak apa - apa?"

Ikram menangis “ tak ni semua tak betul..Ain tak pindah.” Ikram pergi keluar dari kelasnya dan mengambil basikal keluar dari sekolahnya.

Cikgu Aira dan kawan - kawannya mengejar Ikram.. “Ikram,kamu nak ke mana itu” namun Ikram tidak peduli dan berlalu begitu sahaja.

Ikram mengayuh basikalnya dengan laju untuk pergi ke rumah Ain. Dalam keadaan itu, sebuah kereta hampir melanggar Ikram. Ikram terjatuh kerana terkejut, tangannya berdarah akibat kecelakaan tadi.

Pemilik kereta itu berteriak memarahi Ikram, “Weyy kau buta ke? Nasib aku sempat tekan break tadi.”

Ikram mengambil basikalnya semula dan meneruskan perjalanannya. “Weyy kau nak pergi mana tu, kau tengah berdarah tu.” Pemilik itu hairan melihat kelakuan Ikram seolah - olah tiada apa yang berlaku.

Ikram teruskan perjalanannya ke rumah Ain, sesampainya Ikram di rumah Ain…Ikram berlari ke pagar rumah Ain. “Ain…Ain, kau keluar lah..aku nak cakap dengan kau.”

“Aku tak percaya kau dah pindah Ain.”Air mata membasahi pipi Ikram. “Aku tahu tu semua tipu kan..kau tak tinggalkan aku kan,” Ikram memegang pagar rumah Ain sambil mengoncang goncang pagar itu dengan begitu kuat.

“Ain keluarlah..janganlah macam ni” Ikram menangis tanpa henti. Jiran-jiran Ain melihat kelakuan Ikram di rumah Ain.

“Dik…tuan rumah itu, dah pindah dah semalam..kamu patut jenguk dia orang semalam” kata jiran Ain kepada Ikram dengan wajah yang penuh dengan rasa kesihan kepada Ikram.

Apabila Ikram mendengarkannya dari mulut jiran itu, tangan Ikram yang memegang pagar tadi terus dilepaskan. Ikram jadi semakin lemah, pandangan mata Ikram semakin kabur…Ikram cuba pergi mendapatkan basikalnya dan akhirnya dia pengsan disitu juga.

Suasana dihalaman rumah ain menjadi sedikit kecoh apabila ikram jatuh tidak sedarkan diri. Jiran ain mengangkat ikram dan membawanya masuk kedalam rumah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience