Selepas itu, ayah Ain keluar dari bilik. Ain menarik nafas lega. “nasib baiklah sempat berlakon”. Selepas itu, Ain mengambil keputusan untuk tidur untuk lupakan kejadian petang tadi.
.
.
.
.
Malam
.
.
Ain bangun dari tidurnya sambil menguap “hurmmm, dah pukul berapa ni.” Ain melihat jam pada telefonnya, Ain tekerjut melihat jamnya sudah pukul 8.00pm. “ Allah, camne ni aku terlepas solat asar dan maghrib ni…haihh kena qada solat ni.”Ain pun terus bangun pergi mengambil wuduk.
Sesudah selesainya Ain qada solat, mak Yah mengetuk pintu bilik Ain “ Ain, mari turun makan..makanan dah siap ni.”
Mak yah merupakan seorang pembantu rumah di rumah Ain.
“Okey mak Yah, nanti Ain turun” Ain membalas dengan lembut.
Setelah Ain selesai mengemas telekung dan sejadah yang baru sahaja digunakan, Ain berlalu ke dapur untuk makan bersama ayahnya.
“ Haa Ain,kenapa lambat tadi..nasib baik lauk ini tak sejuk lagi.”
“Ain tadi qada solat,hehehehe…Ain tidur sampai tak sedar dah waktu malam” Ain mengaru-garu keningnya untuk menutup perasaan malu.
“ Haa tu la, duk bercakap sorang-sorang lagi kan dah letih sampai tertidur mati.” Ayah Ain mengejek anaknya sambil ketawa.
“Ishh, ayah ni macam tu pulak…dah - dah jom kita makan, Ain dah lapar ni hihihhih”
“Yelah-yelah jom” ayah Ain menadah tangan dan mula membaca doa makan.
"Hah Ain tadi kenapa kamu membebel sorang-sorang dalam bilik tu?"Ayah Ain bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya."ohh takde pape lah yah"Ain cuba untuk menafikan apa yang berlaku sebenarnya petang tadi.
"Betul ni Ain? Betul takde apa - apa yang berlaku?"ayah Ain bertanya sekali lagi untuk memastikan Ain dalam keadaan baik.
"Ya ayah...ya...Ain baik - baik saja,ada masalah kat sekolah tu je,Ain okey je"Ain hanya memandang makanan di dalam pinggang tanpa memakannya
"Kalau macam tu rehatlah,esok tak perlu pergi ke sekolah,Ain rehat je kat rumah..nanti ayah akan bercakap dengan cikgu kamu."
Mata Ain bersinar gembira apabila ayahnya memberitahu bahawa dia tidak perlu ke sekolah " okey ayah,cayang ayah hihihihihi"
"Hmm masa ni je ke sayang ayah, masa lain tak sayang ayah?"ayah kembali mengusik Ain ambil ketawa halus.
"HAHAHAHA alah ayah ni,I always love you cuma malam ni sayang tu banyak"ayah Ain hanya mampu tersenyum melihat telatah anak perempuan tunggalnya.
"Yelah-yelah..dah habiskan makan tu..sejuk lauk tu nanti tak sedap nak makan."
Ain dan ayahnya menyambung makan makanan yang masih tersisa. Rumah yang besar itu hanya dihiasi dengan ketawa bahagia dari mereka.
Selesai sahaja makan ain kembali ke bilik dan menuju ke arah katil sambil memikirkan perihal petang tadi."Aku tak leh blah lah dengan Ikram ni"Ain kembali terbayang dengan kejadian itu."Ehh!!wait-wait asal aku nak marah sangat dengan si Ikram ni?....bukan dia tak pernah gurau macam tu dengan aku....kenapa aku tiba-tiba sensitive sangat ni?"pelbagai persoalan terlintas dipikiran Ain pada waktu itu.
"ahh,pening ahh macam macam ni"Ain mengambil bantal untuk menutup mukanya dan mula menjerit dengan sekuat hati.
Share this novel