Selepas itu, Ain bertanya kepada aku jika aku ada terluka atau cedera di badannya. Aku menjawab “ aku takde apa - apalah Ain,terima kasih tolong aku tadi, aku pergi kelas dulu ya.” Aku pergi meninggalkan Ain dengan begitu laju.
“Aikk macam tu je, aku punya susah payah tolong dia,dia pergi macam tu je.Hmm bukan nak belanja aku makan ke,haishh aku dah tengah lapar ni.” kata Ain dengan perasaan sedih sambil mengusap perutnya yang lapar.
Keesokan harinya,aku pergi ke arah Ain dan berkata “ Ain, aku nak cakap terima kasih aku kat kau, sorry ya pasal semalam, aku pergi macam tu je, sebagai tanda terima kasih aku kat kau, apa kata aku belanja kau makan kat kantin arini nak tak?”ujar Ikram dengan perasaan malu.
Ain dengan wajah gembiranya membalas “ okey cun! nanti kita pergi rehat sama - sama eh.” sebuah senyuman terukir diwajah Ikram melihat telatah Ain yang keanak anakkan “kau makan je apa - apa yang kau nak nanti aku bayar.”
Selepas kejadian itu, aku mula rapat dengan Ain. aku mula bercakap dengan Ain.Dengan itu,hubungan mesra antara aku dan Ain semakin kuat. Aku dan Ain mula rehat bersama - sama di kantin, ulangkaji sama - sama dan banyak dilakukan oleh aku dan Ain sama - sama di sekolah itu.
Sehabis mengulangkaji pelajaran bersama Ain, aku berjalan ke arah garaj basikal sambil bersiul siul kecil hanya untuk menghilangkan bosan berjalan sendirian. Aku mencapai basikal dan mula mengayuh basikal untuk pulang kerumah dalam perjalanan pulang aku terserempak dengan Syam dan beberapa kawannya. Aku memberanikan diri untuk lalu di sebelah mereka.Dan Alhamdullilah,mereka tidak melakukan apa apa terhadap aku.Aku menhembuskan nafas lega kerana tidak terjadi apa - apa. Kami hanya saling membalas pandangan sahaja.
Sesampainya dirumah aku memarkirkan basikal sambil memberi salam “ Assalammualaikum, ibu oh ibu” namun ........"Aik...mne ibu ni?"aku bertanya kepada diriku sendiri,"ibu...ohhhh ibu.. along dah blik ni"namun tiada sahutan dari dlm rumah,aku membuka pintu mengunakan kunci yg selalu ditinggalkan dibawah pasu bunga oleh ibuku.Aku mula mencari ibuku diselurah penjuru rumah namun aku tidak dapat menemui ibu.
Sewaktu aku masuk ke dalam bilik, aku ternampak sehelai kertas di atas meja belajar. Aku mengambil surat tersebut,ternyata ini adalah surat dri ibu. Aku membaca surat itu dengan perasaan pelik dan khawatir .Di dalam surat itu mengatakan “ Along, ibu terpaksa pergi ke luar negeri selama seminggu kerana ada hal. Duit ibu dah letakkan di dalam almari baju kamu, gunakan duit tu untuk beli makanan ya.”
Share this novel