Hari keesokkanya Ikram pergi ke sekolah, sesampai Ikram di sekolah…Ikram terus pergi ke kelas. Ikram berjalan kearah tempat duduknya tanpa menegur sesiapa. Ikram hanya terdiam dan merenung ke arah tingkap yang berada disebelahnya.
Seharian disekolah Ikram hanya berkelakuan sebegitu,Ikram hanya diam dan tidak berbuat apa - apa. Ikram tidak fokus di dalam kelas tatkala cikgu mengajar dihadapan.
Apabila waktu sekolah sudah tamat, Ikram terus menuju kearah basikalnya dengan laju. Ikram menunggang basikalnya keluar dari sekolah, Ikram tidak langsung pulang ke rumah,sebaliknya Ikram pergi ke pondok yang mereka selalu menghabiskan masa bersama dengan mengulangkaji pelajaran dan bergurau senda.
Ikram duduk di pondok itu sambil berkata “nampaknya hasrat aku tak kesampaian, aku tak dapat nak meluahkan hati dan perasaan aku dekat Ain.” Ikram cuba menahan air matanya dari mengalir.
Ikram mengusap air matanya, “aku tak larat dah nak menangis untuk kau Ain, hati aku hancur bila kau pergi tinggalkan aku sorang - sorang kat sini.” Ikram menutup mukanya dengan beg agar air matanya tidak mengalir.
Pada akhirnya Ikram terlelap di pondok itu kerana penat menahan tangisannya tadi.
.
.
.
Situasi Ain di rumah barunya.
.
.
.
“Ain cepat angkat beg kamu masuk ke dalam rumah baru kita ni.”kata Tuan Mustafa sambil membuka pintu rumahnya.
“Baiklah ayah.” Ain membawa beg pakaiannya dan masuk ke rumah barunya. Ain terkejut dengan persekitaran rumah barunya.
“Ayah,cantikya rumah ni…luasnya.” kata Ain sambil memegang pipinya.
“HAHAHAHAHA, alhamdulillah usaha ayah kerja sampai sekarang, ini semua rezeki dan pemberian daripada -Nya.”
Ain pun terus berlari masuk ke bilik barunya untuk pergi melihat keadaan biliknya. Ain terkejut dan terpersona dengan bilik barunya yang dihiasi warna corak dinding dan patung - patung kegemarannya.
Ain melihat ke arah katilnya “omo - omo warna pink” Ain begitu suka sekali melihat warna kegemarannya ada di dalam bilik itu.
Ayahnya muncul dihadapan pintu biliknya“haa Ain macam mana kamu suka dengan rumah baru ni?”
“Suka - suka Ain suka sangat, ni rumah idaman Ain ni” kata Ain dengan penuh tersenyum di wajahnya.
“Alhamdulillah kalau macam itu, haa Ain malam ni pakai baju cantik - cantik..kita nak pergi ke rumah kawan Ayah…dia orang ada ajak makan malam di sana.”
“Okey Tuan Mustafa…arahan diterima.”kata Ain sambil tersenyum.
Tuan Mustafa tersenyum melihat gelagat anaknya.
Sambil - sambil Ain mengemas barangnya, Ain teringat tentang kawan - kawannya terutamanya Ikram. “Macam manalah keadaan kau sekarang ya Ikram..aku harap kau baik - baik saja.”
Share this novel