Bab 11

Short Story Series 10673

Hubungan Ikram dan Ain kini pulih semula, Ikram dan Ain sudah berbaik.Mula kembali macam biasa rutin yang selalu mereka buat. Rehat sama -sama, belajar sama -sama dan balik sama - sama.

Selepas beberapa bulan kemudian, cikgu mengumumkan SPM semakin dekat. Semua pelajar SPM semakin gelisah…mereka mula study selepas habis waktu PdP sekolah.

Ikram berjalan - jalan dengan Ain menuju ke kelas selepas mendengar pengumuman itu, “Ain lepasni kita study sama - sama eh..SPM dah makin dekat ni.”

“Eh bukan kita selalu study sama - sama ke?”sambil menjeling ke arah Ikram.

“Tak..i mean ..lebih kerap gituww..HAHAHAHAH kau nak sakat aku ann” gelak Ikram bersama Ain.

Selepas habis waktu persekolah, Ikram dan Ain pulang ke rumah masing - masing. “Weyy Ikram ingat …esok study kat taman pukul 5.00 petang.”

“Arasso - arasso” Ikram mengangguk .
. .
. Situasi di rumah Ain
. .
.

“Mak Yah..mana Ain, dia dah balik ke belum?…saya ada perkara nak beritahu kepada dia.”

“Belum lagi Dato, mungkin kejap lagi dia sampai kut.”

“Assalammualaikum” menandakan Ain sudah sampai ke rumah.

“Waalaikumussalam Ain dah sampai pun, mari kat ayah..ayah ada nak beritahu perkara emergency ni” kata ayahnya dengan wajah serius

“Apa itu ayah, takut pulak Ain dengar.”

Ayahnya memberi surat yang dipegangnya kepada Ain. “Nah Ain, ayah nak kamu baca surat ni.”

Ain mengambil surat itu dan membacanya, surat itu tertulis bahawa ayahnya harus dipindah di negeri lain kerana naik pangkat. Apa yang lebih mengejutkan Ain, tarikh berpindah itu ialah hari esok.
“Ayah ,apa ni” tanya Ain dengan reaksi tekerjut.

“Itu adalah surat” ayahnya membuat kelakar sambil gelak.

“ HA, HA, HA,…ayah ingat lawak ke? Dah la bagi perkara yang mengejut, so sekarang ni kita kena pindah lah esok?”

“Ya betul tu, kita akan berkemas sekarang..only bawa pakaian kita sahaja dan barang - barang yang penting…kat rumah baru tu dah ada perabot baru.”

“Tapi macam mana dengan persekolahan lagi - lagi Ain dah dekat dengan SPM.”

“Yang itu kamu jangan risau, ayah dah uruskan hal itu dengan pihak sekolah kamu..nanti pihak sekolah akan pindahkan nama kamu di sekolah..maknanya tahun ni kamu akan menduduki SPM di sekolah lain ya.”

“Tapi ayah..Ain tak sempat nak beritahu kawan - kawan Ain yang Ain nak pindah…nanti apa diaorang akan kata kat Ain sebab tak beritahu diaorang yang Ain ni nak pindah.”

“Takpe malam ni kamu chat lah kawan -kawan kamu cakap nak pindah..beritahu kalau kamu ni terpaksa pindah secara mendadak.”

Ain tak mampu berkata apa-apa, hanya mampu mengangguk kepala.
. .
. Situasi malam di rumah Ikram
. .
. Ikram tengah mengulangkaji pelajarannya di biliknya.Dalam - dalam tengah study itu, Ikram tersenyum sambil memikirkan tentang Ain. “Aku ni dah jatuh cinta dengan Ain ni, always keluar sama - sama, makan sama - sama..aku tak sangka dia orang pertama yang aku cinta.”

“I think aku harus beritahu tentang perasaan aku kat Ain esok, aku kene berterus terang tentang perasaan aku kat dia.”bisik Ikram di hatinya.
. .
. Situasi di rumah Ain
. .
. “Aku kena beritahu semua kawan - kawan aku yang aku kena pindah esok..expecially aku kena beritahu Ikram.” Ain mengambil telefonnya di tingkat bawah.Kebetulan mak Yah sedang mengemop rumah, Ain tidak perasan..Ain berlari pantas ke arah telefonnya dan tiba - tiba Ain tergelincir dan langgar perabot rumahnya.

Perabot itu jatuh atas telefon Ain. Ain terkejut lalu mengangkat perabot untuk mengambil telefonnya.Malangnya telefon pecah berderai.

Ain menangis “ haaaaa…telefon Ain…haaa”sambil memegang telefonnya.

Mak Yah datang kepada Ain “Ya Allah kenapa ni..macam mana boleh pecah telefon ni.”

Ain memeluk mak Yah “Ain tak sedar tadi mak Yah tengah mop lantai..Ain lari - lari tergelincir langgar perabot sampai pecah telefon.”Ain menangis teresak - resak sambil memeluk mak Yah.

“Dah - dah…nanti mak Yah beritahu ayah kamu yaa pasal telefon kamu..jangan risau..Ain pergi naik ke bilik dulu ya.”

Ain pergi naik ke atas untuk pergi ke biliknya. “Macam mana aku nak beritahu kat Ikram dengan lain,telefon aku dah pecah….haaaaa….aku tak ingat nombor dia orang.” Ain memeluk bantal kerana tidak tahan dengan perasaan sedihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience