Bab 24

Short Story Series 10673

Setelah habis makan, Ain dan ayahnya pulang ke rumah kerana sudah lewat malam.Sesampainya mereka di rumah , ayahnya berpesan “Ain..tidur ya, esok nak bangun awal pergi sekolah baru kamu.”

“Okey ayah,”Ain senyum tidak sabar - sabar untuk pergi ke sekolah barunya.

Keesokannya harinya,Ain sudah siap sedia dengan pakaian sekolahnya untuk pergi sekolah. “Awalnya anak ayah ni, tak sabar - sabar nak pergi ke sekolah ya.” Tersenyum ayahnya melihat anaknya begitu bersemangat untuk pergi sekolah baru.

“Mestilah nanti kat sekolah baru, Ain nak cari kawan - kawan baru, dapat cikgu baru dan dapat calon menantu ayah yang baru… oppss”Ain pura - pura malu saat mengatakannya.

“Amboi budak ni…SPM pun belum habis lagi, dah fikir pasal kahwin ya.”

“Hahahahahah ala ayah..gurau - gurau je, okey lah ayah..Ain pergi dulu ye Assalammualaikum.”Ain bersalam dengan ayahnya lalu menunggang basikal ke sekolah barunya.

Sesampainya Ain di sekolah barunya, Ain melihat ade seorang guru perempuan iaitu Puan Sarah, guru kelasnya. “Hai Ain…selamat datang ke sekolah baru kamu, saya guru kelas kamu ..Puan Sarah,”sambil tersenyum manis ke arah Ain.

“Hai Cikgu…macam mana cikgu tahu nama saya.”Tanya Ain dengan penuh hairan.

“Ayah kamu dah beritahu tentang kamu sebelum kamu pindah ke sekolah ni…okey jom ikut cikgu ke kelas baru kamu.”

“Okey jom….”dengan gembiranya Ain mengikut cikgunya untuk ke kelas baru. “Baik juga cikgu baru aku ni,lembut je cara dia cakap.”Bisik Ain dalam hatinya semasa mengikuti cikgunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience