Bab 19

Short Story Series 10673

Makin hari makin teruk perangai Ikram, Ikram semakin malas…asyik tidur di dalam kelas, tidak fokus cikgu mengajar.Ikram makin lara dengan perangai buruknya.

Satu hari Ikram keluar dari kelas untuk pergi ke tandas, Ikram berjalan dengan muka masamnya. Perkara itu dilihat oleh Syam iaitu orang yang pernah buli Ikram dulu. Syam perlahan - lahan mendekati Ikram.

“Ikram..kau okey tak?

Ikram tak pedulikan Syam..Ikram beredar dari tandas itu. Namun tindakan Ikram dihalang oleh Syam.

“Eh kenapa ni, kenapa halang aku.”terkejut Ikram apabila Syam menghentikannya.

“Aku tak selesa lah tengok kau murung macam ni, kau stress belajar ke?…kau ada masalah ke?” tanya Syam kepada Ikram.

“Takdelah…dah lah lepaskan aku.”

“Wey - wey kau ambil ni...boleh hilangkan stress kau.” Syam meletakkan rokok dan pemetik api di poket seluar Ikram.

“Uishh ni rokok ni…wey…ambil balik..barang terlarang kat sekolah.” Ikram terkejut dan takut bila di poket seluarnya ada rokok.

“Kau jangan risaulah..kau simpan je elok - elok dalam poket seluar tu..takkan kantoi punya, hari ini tidak ada spot check..jangan risaulah.”

Ikram mengangguk dengan wajah takut lalu berlalu dari tempat itu dengan laju. Ikram tidak berasa senang..Ikram melihat sekeliling jika ada orang yang memerhatikannya.

Apabila lonceng sekolah berdering…Ikram terus berlari mendapatkan basikalnya dan menunggang dengan laju keluar dari sekolahnya.

Ikram berhenti di pondok di taman perumahannya untuk menghilangkan lelah dia tadi. Ikram duduk bersandar di pondok itu. Sambil -sambil itu, Ikram mengeluarkan kotak rokok dipoket seluarnya yang diberi oleh Syam.

Ikram melihat kotak rokok itu. Ikram membuka kotak rokok itu secara perlahan - lahan. Dia melihat ada beberapa batang rokok, Ikram mengeluarkan satu daripadanya.

Dia mengambil pemetik api lalu menyalakan api pada rokok itu. Sesudah itu, Ikram melihat rokok itu…Ikram merenung sambil berkata “patut ke aku cuba” sedang - sedang Ikram berfikir tu..terlintas kata - kata Syam di sekolah tadi di fikiran Ikram. “Wey - wey kau ambil ni...boleh hilangkan stress kau.”

Ikram terus menyala pemetik api pada rokoknya dan menghisap rokok itu..pada awalnya,Ikram terbatuk - batuk kerana tidak biasa dengan asap itu dan akhirnya setelah beberapa kali hisap, Ikram mula boleh biasakan diri dengan rokok itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience