Bab 20

Short Story Series 10673

Sejak kejadian itu, Ikram mula bergaul dengan geng - geng Syam, mula ponteng kelas..dan mula menghisap rokok di sekolah. Kelakuan Ikram memang betul -betul berubah sejak dari kejadian itu.

Suatu hari Ikram ditangkap oleh pihak sekolah, Ikram ditangkap bersama Syam dan rakannya yang lain atas cubaan untuk ponteng sekolah.Ikram dan gengnya dibawa ke bilik disiplin.Mereka diiringi oleh pengawas sekolah yang menjaganya.

Sesampainya mereka di bilik disiplin,Encik Hazim berada di hadapan mereka dengan pandangan muka yang tegas. Encik Hazim merupakan cikgu disiplin.

“Awak tahu apa kesalahan awak”tanya cikgu Hazim dengan nada yang tegas.

Mereka hanya diam. Mereka tidak berkata apa - apa, hanya menunduk kepala ke bawah.

Perbuatan tu membuatkan Cikgu Hazim naik berang, “awak semua diam ya…okey kita tengok sampai bila awak semua boleh mendiamkan diri.”
Cikgu Hazim mengambil rotan buluhnya di atas meja, “tadah tangan awak semua masing - masing…cepat sikit!!”

Ikram dan gengnya menadah tangannya.Tangan Syam bergetar - getar. Syam memandang ke arah Ikram…Syam hairan kerana wajah Ikram tidak menunjuk rasa takut, seolah - olah orang yang tiada perasaan.

Cikgu Hazim mula mengambil tindakannya. Mula dari Syam, apabila Cikgu Hazim hendak mengayun rotannya…Syam menjerit “ahhhhhhhhhh !!”

Cikgu Hazim merasa hairan “Eh awak..saya belum rotan awak lagi ni.”

Syam menjawab “Ohh ya ea…saya takut cikgu..sakit, Cikgu..saya mengaku kesalahan saya, saya cuba ponteng sekolah tadi…saya minta maaf cikgu” kata Syam sambil menundukkan kepala memohon simpati kepada cikgu Hazim.

“Okey tapi awak semua tetap dikenakan tindakan disiplin.Kes awak semua akan dicatat dalam buku disiplin. Dan saya akan beritahu kes ini kepada ibu dan ayah awak semua.”

Reaksi Ikram masih sama, tidak menghiraukan apa yang berlaku.Cikgu Hazim menelefon ibu bapa mereka masing untuk mengabari hal tersebut.

Giliran menelefon ibu Ikram, Encik Hazim menelefon ibu Ikram… “Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam, siapa ni?”tanya ibu Ikram dengan penuh kehairanan.

“Ini Puan Rosmah ke?,ibu kepada Ikram?..saya Encik Hazim, cikgu disiplin sekolah Ikram.”

“Ya saya, saya ibu kepada Ikram…ada apa ya cikgu dengan anak saya?”tanya Puan Rosmah dengan risau.

“Haa, begini puan…anak Puan Ikram tertangkap kerana cubaan hendak ponteng sekolah tadi.Saya ingin minta puan datang ke sekolah untuk bincangkan hal ini.”

“Okey baiklah cikgu.”

Setengah jam kemudian ibu Ikram sudah sampai, Cikgu meminta Puan Rosmah duduk.Dan cikgu Hazim memanggil Ikram kemari ke biliknya.

Ibunya memandang ke arah Ikram, Ikram hanya mampu menunduk pandangannya.

Cikgu Hazim mulakan perbicaraannya “terima kasih Puan Rosmah, sudi datang…okey disini saya ingin membicarakan kes Ikram. Kebelakangan ini,perangai Ikram mula berubah ke arah negatif…dia mula tidur di dalam kelas, merokok, ponteng kelas dan sekarang dia ingin ponteng sekolah. Perkara ini amat terkejut pada saya kerana kita semua tahu bahawa Ikram budak harapan SPM di sekolah ini.”

Puan Rosmah terkejut apabila mendengarkannya, dia tidak tahu nak bercakap apa..Puan Rosmah memandang ke arah Ikram dengan wajah yang sedih.Puan Rosmah terus pergi tanpa berkata apa -apa.

“Haa Ikram kamu nampak reaksi wajah ibu kamu tadi, sedihnya ibu kamu bila dapat tahu yang kamu ni sudah berubah ke arah yang negatif. Nah, ini surat gantung sekolah kamu…kamu tidak dibenarkan ke sekolah selama seminggu tanpa mengira cuti umum.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience