Setengah jam kemudian, Ain terjaga dengan perasaan yang begitu takut dan tertanya - tanya dengan apa sebenar yang terjadi. Ain terpandang sesusuk tubuh disebelah katil tempat dia beristirehat “Ikram?…wei Ikram” Ain menolak tangan Ikram dengan menggunakan pen yang ada di meja di bilik rehat di situ,bertujuan untuk membangunkan Ikram dari tidurnya yang kurang selesa.
“Hmmm, eh Ain kau dah bangun? Kau okay tak ni” Ain dihujani dengan soalan yang bertubi - tubi dari Ikram. “Uishh, banyaknya soalan mana satu kena jawab dulu ni.” Ain tergelak melihat wajah Ikram yang berkerut - kerut itu. “Muka kau macam orang tua doo.”
“HAHAHAHAHAH sempat lagi ya nak menyakat aku, aku dah la risau pasal kau, kau buat lawak pula..haih.”
Ain berkata “alah rilek - rilek lah..aku saja je..wey kenapa aku ada kat sini eh? Aku pengsan ke tadi?”
“Haah,kau pengsan tadi..kau tak ingat ke paa yang berlaku tadi?”tanya Ikram dengan rasa pelik.
“Entah aku tak ingat apa - apa pun,cuma rasa pening - pening sikit. Kenapa aku ada buat masalah ke tadi?”
“Haa takde - takde, kau cuma tiba -tiba pengsan je” Ikram menyembunyikan perkara sebenar kerana tidak mahu mengejutkan Ain kerana Ain baru saja pulih dari kejadian rasuk.
“Ehem - ehem Ikram, kau ingat tak?”
“ Ingat apa?”balas Ikram dengan penuh kebingungan.
“Ala yang semalam tu ehek, yang belanja makan tu hehehehehe”.Kta Ain dengan perasaan malu.
“Haa sempat lagi ya, okay - okay petang ni jumpa kat kedai Mak lemak - lemak.
“Okay cun,heheheh”
Selepas balik sekolah itu,Ikram dan Ain pulang bersama - bersama untuk pergi ke kedai makan mak lemak - lemak. Sesampainya Ikram dan Ain di kedai makan itu, Ikram mencari tempat duduk agar tidak ketinggalan.
Makcik kedai pun mari, “adik nak order apa?”
“Saya nak nasi goreng kampung dan milo ais, kau Ain nak order apa?”
“Saya nak nasi goreng Usa dan air sirap bandung” kata Ain kepada makcik itu.
“Amboi kau..order yang mahal - mahal eh” sambil memandang tajam ke arah Ain.
“Heheheheh bukan selalu, lagi - lagi ade orang nak belanja huuhuhhuh” kata Ain dengan riak wajah tak malunya.
Selepas menunggu beberapa minit, makanan yang diorder tadi sudah sampai ke meja mereka. “Yuhuu makanan sudah sampai, jemput makan ya…makan dengan kenyang gituwww.”
“Bismillahhirahmanirrahim” Ain makan makanannya dengan begitu lahap sekali.Ikram memerhati Ain makan.
“Amboi kau ni makan..macam tak pernah makan setahun HAHAHAHAH”gelak Ikram kepada Ain.
Bila Ain mendengar, Ikram berkata begitu..Ain pun terus berdiri dan pergi dari situ dengan muka yang masam.
“Wey - wey ..kenapa ni, kau nak pergi mana?”tanya Ikram dengan rasa berdebar.Ikram pun bangun untuk mengejar Ain.
Ikram memanggil Ain “ Ain..Ain!!” namun Ain menghiraukan panggilan Ikram.Ikram mengejar dan lantas memegang beg Ain untuk menghentikan Ain.
“Weyy kenapa ni,kenapa kau keluar tadi..aku ada buat salah ke? Makanan kat situ tak sedap ke?”
Ain terus mendiamkan diri dan menaiki basikal lalu beredar meninggalkan Ikram.Ikram hanya berdiri di situ terpinga - pinga dengan reaksi Ain sebentar tadi.
Ain balik ke rumahnya, sudah Ain sampai..ayahnya menegur “Ain dah habis sekolah?”
“Dah” lalu Ain terus menaiki tangga untuk menuju ke biliknya yang berada dilantai dua.
Selepas Ain membersihkan diri,dan memakai baju ain beredar ke meja solek dan mengambil sikat. “Apesal dengan ikram tu ehh tibe tibe je cakap macam tu...mentang ii dia yg bayar,dia ingat suka hati dia la cakap macam tu, tak puas hati betul aku dengan perangai Ikram ni!”. Ain cakap sorang - sorang. Ain tidak sedar bahawa ayahnya memerhati di pintu bilik dengan perasaan hairan.
Ayahnya masuk dalam kamar Ain “Sweetie whats wrong with you today you look so mad.”
“Wow speaking naw ayah,takda apalah just masalah kecil je tadi”
“Really?,you okey?”tanya ayah Ain dengan penuh rasa risau.
“Yes I am okey” jawab Ain dengan senyum lesung pipit di pipinya.
Share this novel