Situasi Ain
.
.
.
.
.
Keesokkan paginya Ain mula teringat bahawa telefonnya sudah tidak boleh digunakan lagi. Ain berlari menuruni tangga untuk ke dapur.
“Jangan berlari atas tangga tu Ain nanti jatuh bahaya”terdengar suara Tuan Mustafa dari arah dapur. “Baik ayah” Ain mula memperlahankan langkahnya dan menuruni tangga dengan berhati hati. Sesampainya di dapur Ain kembali berlari menhampiri ayahnya. “Ya Allah budak ni,ni mesti ada yang dia nak ni” “hehe ayah ni tahu tahu je” Ain tersengih dah memeluk ayahnya. “Dah mari makan dulu” “okie donkie” Ain melepaskan pelukkannya dan berlaki anak kearah meja makan.Ain melihat makanan yang dihidangkan oleh pembantu rumahnya..mak Yah... " Fuyoo nasi lemak kepala ikan..sedap ermm"sambil menggosok perutnya.Ain mengambil senduk ...dan mengambil nasi untuk ayahnya dan dirinya. "Okey jom makan." Tersenyum Ain dengan lebarnya.
"Amboi bab - bab makan laju ye...AHHAHAHAHAH."Kata ayahnya sambil ketawa.
"Memanglah kena laju..makanan ni boleh buat kita kenyang...bila perut kenyang, kita pun happy hehehehe."
"Ada - ada je anak ayah ni ya...dah makan - makan, sejuk lauk nanti."
"Ayah" Ain memanggil ayahnya dengan suara yang sangat manja."hmm nak apa" Tuan Mustafa menyahut dengan mulut yang penuh dengan makanan. "Phone Ain rosak lah ayah,kita beli yang baru boleh" Ain memandang ayahnya dengan mata yang bercahaya. " Lepas makan ni kite pergi beli ye, makan dulu nasi tu".
Selepas makan dan bersiap mereka mula bertolak ke kedai telefon.Sesampainya mereka di kedai telefon, mereka mula melihat-lihat telefon yang ada disana.
"Ayah….Ain nak yang tu" Ain memanggil ayahnya sambil menunjuk ke arah Iphone 11 keluaran terbaru. "Nak warna apa?"ayahnya turut melihat telefon yang dipilih oleh Ain. "Ain nak warna rose gold tu boleh?"Ain langsung menjawab dengan senyuman yang lebar. “Dik ambik nak telefon ni satu warna rose gold ye."
"Baiklah tuan, sila tunggu sebentar" Tuan Mustafa menganggukkan kepalanya dan memberikan senyuman kepada pekerja itu. "yea!!" Ain melompat anak disitu sebaik sahaja pekerja itu memberikan telefon itu kepada Tuan Mustafa. "Isshh kamu ni macam budak budak". Mereka hanya bersiar-siar pada hari itu dan mereka memutuskan untuk makan malam di KFC sahaja pada malam itu.
Share this novel