bab 2

Short Story Series 10673

Hari keesokannya pula, Ikram pergi ke sekolah seperti biasa, sebelum tu Ikram sarapan dan bersalaman dengan ibunya.

“Ibu, along pergi sekolah dulu ya, Assalamualaikum”….Ibunya menjawab salam dan minta anaknya untuk berhati - hati.

Aku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal, apabila sudah sampai aq memarkir basikalku dan mengunci tayar basikal supaya tidak dicuri atau diambil oleh orang lain.Sesudah itu, aku menuju ke kelas. Keadaan pada waktu itu agak sunyi tanpa pencemaran bunyi yang dihasilkan manusia, maklumlah hari masih begitu pagi dan hanya beberapa orang saja yang baru hadir ke sekolah. Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi. Aku pergi ke kelas melalui tangga terdekat. Tap, tap, tap. Aku melangkah menaiki anak tangga, aku terserempak dengan geng budak 'samseng' sekolah atau yang dikenali sebagai pembuli berantai. Aku mundur dan berpatah balik tetapi aku tidak berhasil.

“ "Woi, Ikram! Mau pergi mana? HAHAHAHAHAHA. Sini lah. Lai lai,” suara itu dtg dari ketua geng itu iaitu Syam. Syam seorang budak paling gangster dan mempunyai kuasa besar dalam sekolah itu. Aku sering dibuli olehnya.

Aku pun pergi berjalan ke arahnya dengan rasa takut. “ Ikram, kau sihat, AHAHAHAHAHA…nak pinjam duit boleh x Ikram?” kata Sham dengan gelaknya. “Duit aku habis beli rokok tadi, pinjam 5 ringgit je” kate Syam dengan senyum jahatnya.

“Aku xde duit la..cukup ii je untuk aq makan, sorry aku pergi dulu”

“Wey ii Ikram …..alaa harini je aku mintak dah”

“Aku takde duit la… dah la korang kacau aku, aku nak pergi ke kelas ni” ujar Ikram kepada Syam dengan rayuannya.

“ Alaa Ikram please….boleh lah, HAHAHAHAHAHAH…haih alamak dia taknak bagi pulak…geng kasi ajar sikit budak ni ”

Disaat Ikram dibelasah,dari kejauhan terdengar suara seorang perempuan. “ Woi korang! korang buat apa ni haa…lepaskan si Ikram tu” Ikram menoleh ke arah sumber suara tu. Dan ternyata pemilik suara tersebut adalah Ain.

Syam memandang tajam ke arah Ain dengan perasaan yang geram. “ Wei pompuan takyah masuk campur lah ni hal lelaki, gi blah la” dengan berlagaknya Syam berkata begitu ke Ain.


Ain dengan riak wajah tidak berpuas hati berkata “ hah kau buli yang lemah boleh la” ujar Ain dengan marah sambil menunjuk ke arah dirinya menggunakan jari telunjuknya.

“HAHAHHAHAHA sapa yang setanding dengan aku kat sekolah ni, kau ke HAHAHAHAHAHA” gelak Syam bersama geng nya.

Ain tidak dapat menahan kemarahannya, Ain langsung membuka langkah seni bela diri. “ Kau main - main dengan aku, kau pandang rendah dekat aku sebab aku perempuan kan…Meh aku ajar cara nak belasah orang dengan betul”. Dush, dush,dush satu per satu ahli kumpulan Syam dibelasah teruk oleh Ain. Ketua samseng itu juga turut ditumpaskan dengan sekelip mata. Sementara itu, Ikram tergamam melihat Ain menumpaskan semua ahli kumpulan Syam dengan begitu lincahnya.

Syam merayu kepada Ain supaya berhenti memukulnya.. “Ain, aku minta maaf.. aku janji tak buat hal dah..aq tak akan pandang rendah kau dan aku takkan kacau Ikram lagi” kata Syam sambil menangis teresak - resak.

“ Ni last warning untuk korang semua, kalau aku dapat tahu lagi..nahas korang semua” ujar Ain kepada Syam dan gengnya. Lantas itu, Ain memanggil Ikram untuk pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience