Pang!!
“Dasar anak tak guna! menyesal aku besarkan kau selama ini!"
Zayyan hanya tunduk memandang lantai sambil memegang pipinya yang ditampar sang ayah.
“Zay,mama sekolah kan kamu untuk belajar. Bukan untuk tunjuk siapa yang kuat ke apa." mama mendekati Zayyan dan memaut bahu anaknya.
Dato' Nasir hanya merengus geram dan duduk di sofa empuk.Datin Aira hanya menggeleng kepala.
“maafkan Zay, ma,ayah."
itu sahaja kata katanya yang mampu keluar dari mulut Zayyan.Andai mereka tahu,dirinya hanya ingin melindungi Ilham yang dibuli oleh senior mereka.Namun dia tak mahu ilham turut terlibat dimarah oleh Ayahnya.Bukan dia tak kenal siapa ayahnya.
“Pergi lah mandi sana,pastu makan.ye?"
Anggukan sahaja dibalas dan terus meninggalkan ruang tamu.Namun dia sempat menangkap suara ayah memarahi sang mama.
“Awak jelah jumpa cikgu disiplin sana.Jangan libatkan abang"
“abang,mesti ada sebab Zayyan belasah senior dia..."
Zayyan melangkah laju ke biliknya dan menguncinya.Bibir diketap.Air mata jantan mengalir.
begini lah kehidupan.Sejak kecil,dia sudah diatur dan dikongkong oleh ayah.Dia tak sebebas abangnya Nazmi Faiz dan kakaknya,Nia Daniati.Kesalahan kecil sahaja dipukul seteruk-teruk.apalagi kesalahan besar.
“Hiks...Hiks..."
“Kau kena pukul dengan ayah kau lagi ke Zayyan?maafkan aku. sebab aku kau kena pukul dengan ayah kau." ilham mendekati Zayyan yang fokus menyelesaikan kerja sekolah.
“santai jelah bro.Dah biasa.takkan aku nak biarkan kau kena tindas dengan senior tak guna tu."
“lain kali ajak aku lah.Biar aku belasah sekali." Zaim muncul memeluk belakang bahu Zayyan.
“lepas tak?beban sial"
Zaim ketawa kecil sebelum duduk bersebelahan dengan Ilham.Hans dan Adrian pula rancak berbual sambil membincangkan projek mereka.
“Zayyan,kau dah kena turun kelas ke?" Zaim mula bersuara lagi.Zayyan hanya mengangguk lemah.
“takpelah,baru f2.lama lagi kan?buat apa nak pikirkan."
“beza kelas lah nanti.Dah aku sekelas dengan Zaim." ilham mencebik.Zaim terkekeh-kekeh ketawa.
“maknanya kau sekelas dengan Hans lah kan?Adrian dah dipindahkan ke kelas 2 SSR 2." Zayyan mengangguk mengiyakan kata ilham.
“apa apa pun,jangan sampai bubar ye!"
“Ye!"
Mereka memandang Adrian dan Hans yang fokus dengan kerja mereka.apalah.Adrian memang pelajar pandai bergitu Hans juga.malah Hans lebih berbakat dan kreatif.namum sikap nya yang kasar dia diletakkan kelas paling bawah.apalah.
“Awak okey ke?"
Sarah yang sedang mengunyah gula-gula mengerut dahi melihat tiba-tiba air mata Zayyan mengalir.
“Sarah, dulu pernah ke kau kena buli atau selamatkan kawan kau dari kena buli?"
Sarah semakin pelik mendengar pertanyaan Zayyan.dah kenapa dah suami aku ni?
“saya tak pernah kena buli, selamatkan ye adalah.itu selamatkan Zafirah " hanya Zafirah yang kerap dibuli dan diganggu.
“Pernah tak kau kena denda dengan pihak sekolah sebab selamatkan Zafirah dulu? atau kena marah dengan ayah kau ke apa ke?" Zayyan menegakkan badan memandang Sarah yang masih mengunyah gula-gula.
“Pernah kena gantung sekolah je.Kalau kena marah dengan ayah atau ibu tak pernah lah."
“kenapa ayah kau tak marah?"
“awak kenapa Zayyan?Kenapa ayah saya kena marah sebab saya selamatkan Zafirah dari kena buli?itu perbuatan yang baik tau."
Zayyan menghela nafas lemah.Dia merenung lagi Sarah yang masih mengunyah gula-gula.Dia pantas merampas balang yang berisi gula gula itu.
“Dah! banyak lak kau makan"
Sarah hanya senyum malu dan terus ke dapur untuk mengambil air.Zayyan hanya menggeleng kepala.
“sarah sarah"
Perut Lariena disentuh.Sarah tersenyum.“mesti comel kan baby kau ni?macam kau?"Lariena hanya tersenyum.
“aku bila lah kan hm..."
Bahu Sarah dipaut lembut.“jangan camtu.kan belum rezeki."
“Zayyan kan belum sentuh aku" Lariena mengerutkan dahinya.aii? bohong.
lelaki buas seperti Zayyan tak pernah sentuh Sarah.Sedangkan dia tahu,Zayyan sudah terlalu kerap bergaul dengan perempuan malam apatah lagi dia memilih club malam sendiri.takkan dia takde nafsu dengan Sarah?
“Rasa dia jijik kot dengan aku.aku kan perempuan kampung.Tak setanding dengan perempuan yang pernah layan dia." air mata mengenangkan.Lariena pantas memegang erat tangan Sarah.
“Sarah jangan cam ni.emm aku nak tanya,kau sayang Zayyan?"
“mestilah aku sayang dia.Aku suka dia masa pertama kali aku buka mata tengok muka dia depan aku.Masa tu aku rasa bangga sangat sebab aku dipertemukan dengan dia.Dia baik,tak kasar dengan aku..." akhirnya air matanya mengalir deras ke pipi.Lariena pantas mengelap perlahan air mata Sarah yang deras mengalir.
“aku yakin Zayyan sayangkan kau."
“ta..tapi Riena..."
“shhhh, dah dah.kan Zayyan tau kau nagis,habis aku nanti kena bebel" Sarah senyum melihat wajah panik Lariena sambil melihat sekeliling.
“Zayyan tengah borak dengan suami kau.Tak dengar lah tu."
“aku sentiasa diperhatikan "
sarah hanya ketawa kecil.
“Jom aku ajak kau pusing laman." tangan kecil Lariena ditarik untuk keluar dari rumah.Laman yang indah menyapa matanya.
Hans dan Zayyan pula rancak berborak di gazebo mini bersebelahan garaj.Zayyan menghulurkan senyuman kecil padanya dan dengan segera dia melarikan matanya ke arah lain.
“aku nak bagi ikan makan boleh Sarah?" Sarah mengangguk dan terus mengambil makanan ikan di sebelah rak kasut dan terus mengikuti langkah Lariena yang sudah sampai ke kolam ikan.
Hans tersenyum melihat Lariena yang lucu berlarian kecil dengan perut yang sedikit membukit.Zayyan hanya menggeleng kepala.
Zayyan merenung belakang Sarah yang melayan Lariena yang ketawa riang mengacau ikan yang melompat lompat keluar dari air.
“Kau dah sentuh Sarah?"
Zayyan hanya menggeleng.
“Kenapa?kau bukan tak senang duduk bila kau jumpa perempuan dara macam Sarah?"
“bukan.aku nak tunggu dia betul betul bersedia.Aku tidur sebelah dia je dia dah takut,apa lagi aku sentuh dia."
“amboi Zayyan.Sejak bila kau jadi baik ni.?tabik lah aku.Aku je malam pertama terus terkam si Lariena.Tak tahan punya pasal."
“Kau aja lah.Aku masih boleh lah juga tahan walau iman aku dah goyah."
Hans mengangguk mengiyakan ucapan Zayyan dan terus merenung Lariena yang masih ligat mengacau ikan ikan di kolam.
“Kau dah nak balik ke Lariena?"
Lariena menggosok perlahan kepala Sarah walau Sarah lebih tinggi darinya.Yelah,dia kan pendek sikit.cih.
“Nanti datang lah lagi ye.Teman aku kat sini."
“ye ye.Balik dulu ye"
Lariena menundukkan kepala nya sedikit di hadapan Zayyan dan terus melangkah ke kereta.Hans sudah menunggu di dalam.
Sarah hanya menghantar Lariena dengan matanya.Setelah bayangan nya hilang, Sarah terus melangkah masuk ke dalam diikuti Zayyan.
“Kau nagis ke tadi Sarah?"
Sarah memandang Zayyan yang memandang nya dengan tajam.Hah sudah.dari mana dia tau. tadi dia check mata dia tak lak merah.
“Taklah taklah.Saya pergi masak dulu ye."
Zayyan hanya menjeling tajam ke arah tubuh Sarah yang berlari ke dapur. betul lah? dia menangis?
“zayyan, comel tak patung beruang ni?"
gembira Sarah bila Zayyan membawa nya jalan-jalan ke mall.tempat pertama dia tuju ialah kedai mainan. haish...
“comel sangat. macam kau." Zayyan memperlahan suaranya agak Sarah tidak mendengarkan nya.Sarah tersenyum sambil mengelus lembut kepala beruang itu.
“saya nak ni boleh ke Zayyan?"
“boleh je sarah.apa kau nak aku tunaikan."
“wahhh untung nya dapat suami kaya. jom pergi bayar"
Zayyan hanya menggeleng perlahan dan mengikuti langkah Sarah ke kaunter bayaran.
Langkah nya terhenti melihat seseorang yang cukup dia kenali.orang itu melangkah keluar dari restoran tempat biasa para perniagaan berjumpa klien.Orang itu memandangnya terkejut dan terus melangkah laju meninggalkan tempat itu.
Zaim?!
“saya nak pergi beli coklat boleh tak?" dia terus memandang Sarah yang memegang baju lengan nya.
“emm kau pergilah.Ni kad.jangan lari eh.aku nak pergi tandas kejap.lepas tu tunggu aku kat sini jangan kemana mana"
Sarah berdecit geram dan mengangguk sahaja.Patung beruang itu diserahkan kepada Zayyan sebelum dia masuk ke kedai coklat.
Zayyan berlari laju ke arah Zaim yang sudah sampai di pintu utama mall.
“Zaim tunggu!"
Zaim menghentikan langkah dan memandang Zayyan .Wajah nya dingin dan tiada reaction.
“Kau pergi mana hah?asal tetiba jauh dari kitaorang?" bahu Zaim digenggam erat.
“kau tak perlu tau kenapa.Blah lah!" tangan Zayyan ditolak dari bahu nya dan terus meninggalkan Zayyan yang masih tertanya tanya.
damn! kalau tak sebab bini aku lah,lama aku kejar kau Zaim. Zayyan hanya melihat sahaja Zaim tenggelam dalam kegelapan malam.kemana lelaki ni nak pergi.
“Awak pergi mana ni Zayyan?lama betul!"
Zayyan hanya tersenyum dan menghulurkan tangan untuk memegang beg kertas di tangan Sarah.
“satu beg je?macam sikit je kau beli.." isi beg kertas dibuka.benar.hanya ada tiga kotak coklat yang bersaiz kecil dan dua paket Cadbury bersaiz sederhana.
“nah kad awak.ni kan duit awak.takkan lah saya nak habiskan." kad berwarna hitam di tangan Sarah dipandang sepi.
“kau pegang je kad tu and satu lagi, kalau kau nak beli apa beli je sepuas kau.paham?" Sarah hanya lah mengangguk. malas ingin membesarkan isu.
“jom ,kita beli baju pulak "
“okeyyyy"
aipp. cerita ni dah nak habis dah.last eps 25.tunggu yeee
Share this novel