“sssstt, sakitlah"
Leo terkekeh-kekeh ketawa melihat raut kesakitan di muka Adrian saat membubuh kan ubat di luka Adrian.
“Padan muka! siapa suruh cari nahas ? dua benda kau dah buat dalam satu masa tau! nasib tak mati kau tadi."
“aku ada alasan kan?"
Leo hanya menggeleng kepala sambil terus mengubat luka dia wajah kacak Adrian.Hazhiq juga turut membalut tangan Adrian yang juga terluka.
Manakala Lariena sudah hilang mengurungkan diri di dalam bilik, membawa Karl dan Kala sekali.
Hans menghela nafas lemah.Penat menahan emosi hari ini. Ilham sudah dibebel teruk oleh Zafirah kerana membelasah Adrian seteruk itu.Zayyan bersama Sarah sudah berpindah ke alam dapur.
Hanya Qistina yang di beranda, merenung adrian di parkin bersama Leo dan Hazhiq , mengubati luka di wajah suaminya.
sayu dirinya melihat keadaan Adrian yang terluka.dia segera turun mendekati Adrian yang berbaring di pondok parkin itu.
“abang masih sakit ke?"
Adrian yang dari tadi memejam kan mata terbeliak mendengar suara lembut dan panik milik Qistina.Dia mampu mengangguk sahaja.
“kau cuba jelaskan sikit apa sebenarnya berlaku? laju sangat sampai stres aku dibuatnya." ujar Hazhiq geram.
“Aku...haaa, takde apalah " dia memejam kan mata, berharap dia segera terlena masuk ke dunia mimpinya.
“Ad! kau jangan lah buat aku tertanya!" Hazhiq menepuk kuat paha Adrian.
“Aku takde tenaga nak bersuara.please, aku nak tidur. aku dah ceritakan kat Lariena.Tanya lah dia sendiri, aku malas dah nak buka mulut"
Qistina mengeluh.Dia tau Adrian terasa ini.
“abang..."
“diam lah Qis. bagi abang rehat kejap, abang penat,abang stres"
Qistina mengangguk sahaja dan duduk di sebelah Adrian.
“Qis minta maaf"
“Diam lah.abang nak tidur kat sini. sanalah masuk rumah."
Tersentak Qistina bila Adrian menghalau nya.Mungkin pembawaan bayi, dia sedikit terasa.Namun dia tahan. Dia mahu tahu hal sebenar benarnya.
“marilah masuk rumah.Tidur kat katil.Kan sele..."
“blah lah! ada abang kena bantai lagi dengan Hans dan Ilham!"
Qistina mengeluh.Hazhiq mendekati Qistina dan menarik baju lengan Qistina.
“dah biarkan dia tenangkan diri dulu.Masuklah, kau mengandung, jaga emosi dan perasaan kau sikit agak tak menganggu baby dalam perut"
“thanks ziq, aku masuk dulu."
Hazhiq mengangguk, setelah melihat wanita berbadan dua itu menjauh, dia terus menepuk kuat dada Adrian.
“sakit shibal!"
“cakap dengan aku sekarang, apa yang kau cuba rahsiakan dari abang aku dan kawan kawan kau?"
Adrian mengeluh.Sambil berbaring, dia menceritakan tentang saudara kembar nya dan trauma nya.
Hazhiq dan Leo saling berpandangan dan mengangguk.
Lariena meniduri Karl dan Kala sambil bernyanyian kecil.Kepala pusing memikirkan bagaimana cara mahu memulih kan keadaan Qistina dan Adrian sedang kan dia baru sahaja merajuk dari Hans.
aku nak buat camne ni? aku kalau keluar habis aku kena hadap abang lagi. gerutu Lariena dibuatnya.
tok..tok...
“riena? ni abang ni. buka lah dulu."
Lariena terbata bata turun dari katil setelah mendengar suara sang abang.please jangan ada Hans. dia sedikit terkilan dengan sikap Hans yang suka membuat keputusan terburu buru.
“Ye abang? ada apa?"
“kita bincang sekejap?"
“ha?"
Leo menarik Lariena masuk ke bilik dan mengunci pintu.Dia mengeluh seketika.
“abang dah tau pasal Adrian "
“habis?"
“kita takleh masuk campur. biarkan sahaja mereka."
“kesian lah bang, Adrian kan tak bersalah" Lariena sedikit geram dengan sikap abang nya ini.
“apa kita boleh buat Lariena? please, jangan masuk campur urusan mereka. kita dah tau, kita diam je. nanti kalau kita cakap makin teruk keadaan. biarkan Adrian sendiri yang cakap dengan Qistina sendiri."
“kasihan Qistina juga bang, dia salah faham dan salah anggap"
“dah biarkan je.kita orang luar, takleh masuk campur." Leo menggosok lembut rambut Lariena. Adik kesayangan nya itu hanya mengangguk kecil.
“Adrian, mari masuk makan, nanti malam ikutlah tahlil kat surau ye" Ujar puan Halimah lembut. Adrian hanya mengangguk sahaja.
Sepanjang di meja makan, semua diam menikmati makanan di meja.
“Aku dengan Sarah balik KL esok , persalinan Sarah dah nak dekat and mama aku nak Sarah lahir kat KL je. family sini pun dah setuju" akhirnya Zayyan membuka mulut, mencairkan suasana yang tegang.
“ kau balik lah .aku masih nak duduk sini, best, boleh jumpa Fira ehehehe" Ujar Ilham, membuat muka Zafirah memerah.
“ tapi saya tak nak jumpa awak"
Ilham mencebik mendengar kata kata Zafirah.Sampai hati gadis ini...
“Qis kena ikut juga Adrian balik KL. ibu mertua Qis nak buat doa tahlil juga" ujar Hazhiq lalu meneguk air suam perlahan.
“ha, dia tahlil untuk siapa?" Adrian memandang tajam ke arah hazhiq yang santai sahaja.
“ Tu tahlil untuk arwah Adriana"
“siapa Adriana? " Hans akhir nya bersuara sekian kalinya diam membeku sambil menyuap Lariena makan. Diorang ni gaduh tapi siap makan suap suap. gaduh apa tah.
“Takde siapa lah"
“bini pertama dia" Hazhiq bersuara perlahan namun didengari oleh semua orang di meja.
“apa?!"
Terkekeh-kekeh Lariena ketawa diikuti Leo dan Hazhiq.
“bila masa kau..." Ilham tersekat sekat memgujar kata kata.
“bukanlah , Adriana kan saudara kembar aku. kau kenapa zhiq bagi info yang tak betul?" Hazhiq hanya tersengih.
“kau ada kembar?" Zayyan bertanya sambil memandang tajam ke arah Adrian yang mengangguk sahaja.
“jelaskan lepas makan" ujar Hans dingin lalu menyuap Lariena dengan lembut.
Adrian mengangguk sahaja.
“Sorry aku tumbuk kau. tak tau kau ada kisah sekelam tu" ujar Hans dengan serba salah. Adrian mengangguk dan senyum.
“takpe aku tak kisah"
“Maafkan Qis ye abang, dah salah faham dengan abang" Qistina memeluk erat tubuh Adrian dan menangis kecil. Serba salah Adrian dibuatnya.
“takpe, abang dah maafkan.Salah abang juga, terlalu takut sangat."
“Dah habis kan masalah nya? Ad, kau tak perlu takut. Setiap takdir orang semua berbeza beza." ujar leo lembut
“aku cuma risau je aku akan hilang orang paling aku sayang sekali lagi..."
“haip, jangan cakap macam tu." Ilham menumbuk keras belakang badan Adrian.
“sakit gila!"
“dah kau sendiri kan fikir aneh aneh semua!"
Semua tergelak kecil melihat Adrian dan Ilham bagai anjing dan kucing dah sekarang.
Lariena tersenyum bahagia. kekal kan lah kebahagiaan kami sehingga akhirnya...
“ siapa nama?" tanya Lariena sambil mengendong anak perempuan dari Zayyan dan Sarah.
“ Fatimah Al Zahra "
“ assalamualaikum Fatimah" Ujar Zafirah geram melihat pipi chubby milik Fatimah.
Setelah dua hari kembali dari kampung Lariena, Sarah dikhabarkan selamat melahirkan bayi perempuan yang lucu dan comel.
“ aku lak tak sabar nak tunggu anak Qistina dan Adrian pulak" ujar Sarah girang. Qistina sudah tersenyum kecil sambil membelai perutnya lembut.
“habis je kau pantang, kita semua pergi bercuti tau kat Langkawi." ujar Qistina sambil bermain main pipi dengan Fatimah.
“Dah bincang ke dengan suami korang? aku on je"
“Dah lah. tapi tunggu kau habis pantang lah" ujar Lariena pula.
“ ha on je. kau bila nak kahwin ni Zafirah oiii"
Zafirah mencebik geram.
“jodoh belum sampai "
“aku cakap kahwin je dengan ilham kau tak nak" sindir Qistina.
“aku tak suka dia lah!" Zafirah mencebik geram sambil memerhatikan Ilham di balkoni yang asyik berbual dengan Hans, Zayyan, dan Adrian.
“tak suka tapi tengokkkk" sindir Lariena pula.
“kenapa eiiii"
Mereka ketawa riang setelah berjaya menyakat Zafirah.
Share this novel