22

Romance Completed 47668

“Puan Zubaidah kanser otak tahap 3. maaf sebab tak dapat nak selamatkan ibu kamu.Dia dah tak lama.Tapi saya yakin dia akan hidup lagi beberapa bulan ke depan jika mampu melawan rasa sakitnya. kita tak tau kan ajal dia bila" Doktor India itu cuba menenangkan dua beranak yang syok mendengar penyataan itu.

Terduduk Lariena, syok mendengar penyakit ibunya. Leo hanya mampu memejamkan matanya.

“abang... ibu abang"

Leo memaut bahu Lariena, menyuruh nya menenangkan diri terlebih dahulu dan menyuruh nya masuk ke dalam wad ibu mereka.

“ibu tak kisah ke kalau Riena jumpa dia?"

“Pergilah"

Lariena mengangguk dan terus melangkah masuk ke dalam wad yang menepat ibu mereka.

Hans merenung tajam ke arah Leo sedari tadi dia hanya mendiamkan diri.

“baik kau jujur dengan aku, apa sebenarnya yang berlaku kat Lariena masa dia kecik sampai ibu benci dia? tak cakap mati lah malam ni"

Leo menghembuskan nafas lemah.

“ibuuuuu"

Puan Zubaidah memalingkan muka.Wajah cantik Lariena menyapa matanya dengan pandangan sayu.Lariena Nasuha...anak perempuan nya, yang telah dia berikan masa silam yang sangat buruk.

“Ibu, Riena minta maaf kalau ibu masih terasa atas kematian ayah.Lariena tau ibu terpukul.Riena minta maaf sangat sangat.andai masa tu Riena yang mati, mesti ayah masih hidup, Hiks..."

bahu anak perempuan nya dipaut dan dipandang sayu.“ibu minta maaf Nasuha."

Lariena mendongak kan wajah.Sudah lama dirinya tidak mendengar panggilan dari nama second nya itu. Nama itu paling disukai ayah nya saat nya masih hidup.

“Ibu minta maaf dah bagi masa masa kamu yang buruk sangat.Ibu sepatutnya bersyukur, ibu dapat tengok anak ibu hidup di mata ibu, bersyukur ada seorang suami yang sanggup berkorban nyawa untuk kamu.Ibu minta maaf. ibu nyesal. sakit mungkin kerana karma ala ibu buat ke atas kamu Nasuha."

Ahh kesal dirinya.Di hujung nyawanya,barulah dirinya menyesali perbuatannya.Lariena tersenyum dan terus memeluk ibunya.dia menangis teresak esak.Dia merindui kasih sayang dari ibunya.sudah lama dia tidak merasa kan itu.

“Riena mengandung bu, Riena harap,umur ibu panjang, dapat tengok anak Lariena, sentuh dia, jaga Lariena nanti..."

Puan Zubaidah mengelap air mata yang mengalir dari tubir mata anak perempuan.“ibu akan cuba ye sayang.ibu akan bertahan untuk kamu."

Hans membuka pintu lalu tersenyum ke arah mereka berdua yang sudah memandang nya.

Lariena berlari kecil memeluk lengan suaminya membawa menemui ibunya.

“ assalamualaikum ibu. saya dah bawkana makanan ni. "

Puan Zubaidah menyambut salam dan mengangguk.

“Abang beli chicken chop tak?"

“beli sayang"

Leo yang baru masuk tersenyum mendengar Hans memanggil Lariena sayang. bersyukur dirinya mengetahui Lariena bahagia dan Hans yang pandai membahagiakan Lariena .

Jeritan nyaring kedengaran bercampur dengan jeritan kesakitan, tembakan,rayuan dan tangisan penyesalan. Bunyi heretan besi menjadi saksi kematian mereka.

Yang digantung sudah diikat seketat ketat agar darah terus mengalir membasahi lantai.Yang dibantai habis habisan dicincang dan dibuang ke kandang haiwan kesayangan nya.

Tawa besar dan kejam kedengaran di seluruh negara bawa tanah.Kepala ketua mereka dipenggal dan dicampak ke kandang haiwan kesayangan nya dan badan diberikan ke buaya yang lahap.

Hans melangkah meletakkan pistol, rantai dan pedang di tempatnya.dia sudah bermandikan darah.

“ahh sial!"

Zayyan melangkah bersama Adrian dan Ilham setelah puas membantai orang orang yang telah bersubahat dalam kasus pembunuhan ayah Lariena dan keluarga Zafirah.

“good job! bersihkan diri dan jom balik ke kampung wanita kita."

“ceh, korang jelah, aku mana ada perempuan" sempat lagi ilham berseloroh dan terus berlari menuju bilik air setelah ditatap tajam oleh Hans.

“Kau ni kan, cuba cakap kenapa kau suruh kami bunuh geng tu? bersih pulak tu kita bantai tadi." ujar Adrian sambil melepaskan jaket yang di pakai, yang sudah dipenuhi dengan darah.

“inilah geng yang bunuh ayah Lariena dan ayah ibu Zafirah.Sebab mereka, Lariena dapat masa yang cukup buruk di di masa lalunya."

“ouh, jadi mak Lariena tak terima kematian suami dia sebab apa?" tanya Zayyan pula.Hans mengeluh.

“Ayah Lariena melindungi Lariena dan Zafirah dari tembakan.Sayang, doktornya tak sempat selamatkan ayah lariena.juga ibu ayah Zafirah.Doktor mampu selamat Ibu Lariena dan abang Lariena yang sempat lari dari situ dengan kecederaan di lengan itu je."

mereka berdua hanya mengangguk sahaja.

“Fergie mana? lama aku tak nampak dia" tanya ilham setelah masuk ke dalam bilik Hans.

“Fergie hilang.aku tak tau dan malas nak tau" ujar Hans sebal atas pengkhianat yang dilakukan oleh orang nya itu.

dia mendongak ke atas langit siling.Dia teringat, Fergie sangat patuh dengan. arahan Zaim.Dia tersenyum sinis.Ohh macam gitu rupanya.

“hubby pergi mana ha? pukul 12 baru balik? dah lah terus blah je waktu saya dan kawan kawan pergi hospital.Hans, Adrian semua gone.Awak semua ni buat apa hah?!"

Zayyan hanya menulikan telinga dan berjalan masuk ke dalam rumah diikuti Sarah yang masih membebel.

“hubby penat sayang.please jangan marah camni..."

“hubby bunuh siapa hah?"

Zayyan sekali lagi menulikan telinga dan merebah badan bersandar ke sofa panjang.

Sarah menarik nafas lemah.Dia harus tau kehidupan Zayyan seperti apa.Dia duduk di sebelah Zayyan yang menutup mata.

“Ouh ye, tadi siang sayang nak cakap apa kat hubby?" ujar Zayyan lemah kepenatan.Sarah sedikit kasihan melihat kepenatan Zayyan.

“hubby penat kan?takpe esok je sayang cakap"

“tak apa,Sayang cakap lah sekarang "

Sarah mengeluh perlahan sebelum mengeluarkan sesuatu di kocek nya.

“ini..."

Zayyan memandang apa yang ada di tangan Sarah dan mencapai nya.

testpad?

dua garis?

Zayyan blur seketika sebelum terbeliak.Dia terus tersenyum girang lalu memeluk Sarah dan mencium pipi Sarah bertubi tubi.

“Hubbyyyy"

Sarah ketawa kecil melihat perangai Zayyan.

“sayang, serius ke ni? i'm so happy! jadinya anak kita akan sebaya lah dengan anak Hans?arghhh hubby tak sabar lah!"

Sarah hanya mampu mengangguk kerana masih dalam pelukannya Zayyan.

“dah dah, jom tidur"

Zayyan mengendong Sarah dan membawa masuk ke bilik tidur mereka.Dia menduduk kan Sarah di katil dan merebahkan kepala di atas peha Sarah yang gebu.

“belai..."

Sarah mencebik kesal melihat perangai manja Zayyan.Patut aku dibelai nya,dia lak gatal nak aku belai.dia tersenyum melihat wajah kesayangan ketiduran di pangkuan nya.

“Aku rancang nak pergi Sarawak lah, lagipun macam dah takde apa kat sini. kalau di sana, masih ada Ammar dan Rafizi.Aku pun rindu diorang."

Pagi yang indah disulami sinaran lembut sang matahari.Orang kampung berjalan ke sana sini menuju ke tempat untuk mencari rezeki.makcik makcik bawang depan kedai sayur tak lekang dengan gosip nya.

“kau biar betul Fira? kau takde rancang nak kawin gitu.?" tanya Sarah serius sambil meneguk air hotlik suam.

“takde lah pula. aku tak jumpa lelaki idaman aku" ujar Zafirah dengan mata bersinar.

“macam mana lelaki idaman kau?" tanya Lariena pula sambil memerhatikan Hans dan Zayyan bergaduh kecil di depan meja kaunter manakala Adrian dan ilham berusaha menenangkan mereka.

“Aku suka lelaki yang baik, rajin, pandai, tau jaga diri, pandai jaga aku, berkerja, dan paling penting aku nak lelaki yang obses dan posasif kat aku"

“Apa?!!!"

Terbeliak Lariena,Sarah dan Qistina mendengar ciri lelaki idaman yang sangat diminati oleh Zafirah.

“kenapa?" Zafirah sudah tersengih dan sempat bertanya lagi .

”okey, kalau yang baik, apa semua tu, ilham ada ke ciri ciri tu, tapi obses dan posasif, kau nak cari kat mana Zafirah oiii" ujar Lariena geram.

“Dalam berjuta orang kat dunia ni, takkan takde yang kalah jatuh cinta, dia akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan orang tu.mesti ada kan?"

“iya aku tahuuu, tapi kau larat ke nak layan lelaki camtu? obses sampai dia kurung kau kat rumah, ikat kau dan tak bagi kau secebis kebebasan?" Ujar Qistina pula.Zafirah terdiam seketika.

“ tapi aku nak lelaki camtu"

“ha, sudahlah, jangan borak lagi jom makan" Mereka semua memandang ke arah empat lelaki itu sambil menatang makanan sarapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience