12

Romance Completed 47668

Lariena bersantai santai di sofa panjang mengunyah kacang sambil menonton drama cinta kegemaran nya di televisyen.Sesekali dia tersenyum melihat babak romantik.

“tengok apa tu?"

Hans yang baru sahaja selesai mandi mendekati sang isteri nya yang sedang khusyuk menonton drama. televisyen direnung tajam melihat tajuk cerita.

“apa lah kau ni, tengok drama berepisod ni.baik tengok filem lagi best" remot control diambil dan menukar siaran.

“apa awak ni?!"

“Ahhh takde ,baik tengok filem hantu lagi best"

Lariena berdecit melihat sikap suaminya itu.Penatlah.Dia bangun dari sofa dan terus meninggal kan Hans sendirian di ruang tamu.Hans mengangkat bahu dan terus melihat televisyen.

Lariena terus merebahkan badan ke katil empuk nya.Perut disentuh.

Semenjak Hans menyentuh nya buat pertama kali nya,sejak itu dia tidak pernah datang haid lagi atau tanda tanda nya itu.wajah nya melepaskan keluh resah.

Bang!Bang!Bang!

“okey done!"

Hans merebahkan badan ke kerusi kebesaran nya.Kaca sudah berselerakan di mana-mana.Darahnya juga menghiasi kaca itu.

Zayyan mendekati Hans yang baru sahaja melampias amarah.Apa yang buat Hans mengamuk lagi ni...

“Kau ni kenapa Hans?" Hans menggeleng kan Zayyan mengangkat tangan ke dua anak buahnya dan memberi isyarat kaca di bilik permainan Hans.

“Alah kau risaukan Lariena kan??"

“buat dia bunting jelah apa susah"

“Tak agak agak idea kau ni Zayyan."

Zaim muncul di pintu sambil menggeleng kepala.“Kawan kau tu nak outstation ke Amerika." Zaim menjelaskan masalah Hans.

“bawa jelah"

“Kepala hotak kau.Nanti dia kena serang dengan musuh aku camne?!"Hans memicit kepala bila mendengar idea Zayyan yang sudah gila gila melampau.

“Takpe lah Hans,bagi je kami jaga Lariena.Jangan risau kami takkan apa apakan dia" Zaim memberikan cadangan.

“Napa tak suruh mak ayah kau je Hans?" Zayyan mengangkat kening mempertanyakan hal itu.

“Lariena kena kerjalah.rumah keluarga dia dah lah jauh.Hazhiq belum balik lagi pula tu" jawab Hans sambil mengeluh halus.“Aku malas nak suruh family aku jaga lariena."

“Susah sangat lah.Takpe biarkan kami je jaga dia.Kami akan tengok pergerakan dia kemana je."

“Kenapa kau tak bunting kan je si Lariena tu?Biar dia nak kemana mana akan terbatas" Pap!!Satu tamparan hinggap di bahu Zayyan.“kau pikir senang ke?sekali buat terus jadi?" Zaim menjeling tajam ke arah Zayyan.

“susah sangat biar aku buat kan "

Buk!

satu tumbukan hinggap di pipi Zayyan.Hans merenung tajam ke arah Zayyan.

“Jangan macam macam lah Zayyan" Zaim menggeleng kepala.

karipap dikunyah perlahan.Adrian bersantai sambil membuka tab membaca read the news.Sunyi rumah bujang ini.Setelah semua sibuk berkerja.seekor manusia tu dah berkahwin dah.

foto di tepi tab direnung tajam.Gambar seorang gadis berambut pendek separas bahu itu diambil dan direnung dalam.

“lawa betul...kawan kawan lariena memang lawa lawa ye.empunya kawan je lawa,apatah lagi kawan nya..." Adrian tersenyum.dia dan ilham menerima tugas untuk membantu Zayyan dan Zaim menyiasat kawan kawan Lariena.setelah dikumpulkan semua gambar kawan kawan lariena dan maklumat peribadi,Dia cukup tertarik dengan gadis di foto itu.

“cis.Macam aku ni Hans tu.main kasar dapat perempuan.Aku guna ilmu Islam aku.tak dapat juga ilmu dukun aku guna."

Ilham yang baru memasuki rumah terkedu mendengar kata Adrian.“Kepala hotak kau! kalau dah tak jodoh,guna ilmu dukun pun tak jalan lah!"

Adrian terkejut lalu dia tersenyum dan kemudian ketawa terkekeh-kekeh.“Aku gurau je weh."

Ilham menggelang kepala dan mengambil seketul karipap bersaiz mini dah di suakan kan ke mulut nya. “ Zayyan dan Zaim akan gerak turun kampung Lariena malam ni.Aku baru dapat tugas dari Zayyan untuk jaga pergerakan lariena sepanjang Hans dan kau berasa di Amerika."

“boleh pula Hans berjauhan dengan Lariena?"

“Hmm setelah dipaksa,dia pasrah untuk biar lariena stay Malaysia." Ilham tersenyum membayangkan Hans yang merindui lariena nanti.

“lama ke Zayyan dan Zaim turun sana?"

“tengok sejauh mana yang dia dapat maklumat tentang 5 budak tu.Salah satu akan diculik and akan menjadi peneman Lariena kat sini."

“ouhhh damn in!Tak kejam sangat ke?"

ilham mengangkat bahu.Adrian hanya mengeluh.Hanya dia lah satu satu nya yang tidak berdiri di lantai berdarah itu.dia hanya menyimpan rahsia dan menbantu dalam mencari maklumat.Dia tidak pernah sentuh pistol,pedang samurai atau bermain dengan haiwan buas.

Sarah mengeluh halus.Dah malam rupanya.lama dia berkurung di pejabat untuk menyiapkan projek yang abah berikan padanya.

Langkah nya terhenti bila merasakan ada yang mengekorinya.Dia menggelang kepala dan berlari laju ke rumah qistina yang tidak jauh dari pejabat kecil milik ayahnya itu.

Zafirah mengunyah bebola cheese sambil menantal layar telefon.setelah seharian mengerah tenaga di taska untuk menjaga anak kecil yang comel,baru lah dia dapat berjalan jalan ke pekan terdekat.

srek srek...

Langkahnya terhenti.dia menoleh.Tiada siapa.Dia terus melangkah santai menuju kereta,wahdal jantung nya sudah mahu tercabut.

“Ya Allah lindungi hamba MU ini..."

Zafirah terus masuk kereta dan menghidupkan enjin, memecut laju meninggalkan pekan yang semakin sunyi dimakan malam.

Zaim keluar dari tempat persembunyian.wajahnya serius dan dingin.wajah gadis yang lembut tadi menyapa di ingatan.ligat dia merancang sesuatu.

“Aku ingat aku sorang je yang alami.kau pun sama Zafirah?!"

Zafirah mengangguk laju.Sarah sudah menunjukkan wajah risau dan takut.Qistina meraup wajahnya.Sudah...apa lagi ini.Ammar dan Rafizi pulak di negara kayangan.siapa lagi boleh menjaga meraka bedua?

“makin takut aku nak pergi KL.Aku ada urusan lak kat sana."

Zafirah menepuk lembut bahu Qistina.“Jangan risau.Insya Allah tak der apa yang terjadi."

“betul.kami akan sentiasa berhati-hati lepas ni."

qistina hanya mampu tersenyum.malam semakin larut.Sarah dan Zafirah akhirnya di minta tidur di rumah nya atas arahan mak nya kerana risau keselamatan meraka.

“mak cik harap takde apa terjadi."

“kami harap macam gitu makcik.macam macam dah kejadian pelik lepas saya balik dari KL." Zafirah mengeluh halus.

“hati hati lepas ni.Ada yang ikuti kau ke sini"

maaf pendek je.tangan tak larat nak taip sangat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience