Lariena mengunyah sesuap kek dengan perasan geram.Wajah Hans yang dingin dan wajah Dato' Shahrizat yang serius membahaskan projek yang dia sendiri tidak memahami.Dia kat sini dah macam patung cendana sudah.
“Tuan Hans,saya nak pergi tandas dulu ye" Hans hanya mengangguk dan terus membincangkan projek baharunya.
Lariena menepuk kuat sebelah singki.Sakit lah.. Wajah nya yang dipantul di cermin ditilik.
Ada sedikit keserian di matanya.Dia tidak semuram dahulu.Dia senyum.Rasanya bahagia.Dikelilingi oleh insan yang memahami nya.
“Haish apa aku lamun kan ni."Lariena terus mengambil lipbam dan mengoleskan nya di bibir yang sudah pucat itu.
“I'm done." Lariena terus keluar dari bilik air dan langkah nya terhenti memerhatikan sosok yang sangat dia kenali.
“Ammar?eh?"
Lariena menggelang kepala dan terus ke meja Hans.Ahh mungkin itu khayalannya.Ammar mesti masih di kampung halaman.
Ammar mengeluh halus.Dia sudah setengah jam menunggu Rafizi dan Zafirah membeli makanan ringan.Diorang masak ke?
“woi sorryy lambat!"
Rafizi menepuk pundak Ammar perlahan menyadarkan Ammar dari lamunan.Zafirah yang sudah memegang tiga plastik makanan ringan nya
“Haah korang memang suruh aku jadi udang bakar kat sini!"Ammar mendengus dan terus ke motor berkuasa tinggi nya diikuti Zafirah dan Rafizi.
“Sorry bro.Tadi aku sembang dengan orang yang tolong carikan keberadaan Lariena."
Ammar tersentak lalu memandang Rafizi.“macam mana?ada maklumat baru?"
“Ada! Orang aku ada terjumpa Lariena dekat banglo orang ternama di sini." Zafirah mula memberi maklumat yang dia dapat bersama Rafizi.
“ouh orang kau orang dah jumpa Lariena lah?kenapa tak terus culik je?"
“itu masalah nya.orang aku takleh culik dia sebab Lariena ni berada di banglo yang cukup ketat pengawalan nya.Padahal banglo tu memang jauh sikit dari kesibukan kota.memang dekat dengan kawasan cukup sunyi." Rafizi menjelaskan panjang lebar.
“aku dah tak sedap hati.Napa Lariena boleh ada kat situ.?" Zafirah mengeluh.
“suruh orang kau sharelock alamat tempat tu.nanti kita sendiri siasat dan ikut kemana dia pergi."
“ocie"
Lariena merebahkan badannya ke sofa.Leganya dapat balik.Setelah selesai kerjanya,dia terus pulang tanpa pamitan dengan Hans.Apa dia perduli?Asalkan dia tak lari itu sudah cukup.
kerana badannya terlalu letih kerana seharian sibuk berkerja membuat dia mengantuk dan akhir terlelap di sofa.
Hans melangkah masuk ke dalam rumah sambil menantal telefon nya untuk membalas satu persatu mesej dari Zayyan.Namun matanya teralih melihat siapa insan yang sedang tertidur di atas sofa panjang.
“Lariena?lah...tertidur ke?"
Hans terus menyimpan telefon di kocek dan mendekati isterinya.Wajah ayu isteri nya dipandang dan dibelai lembut.
Cantiknya bini aku ni...wajah Lariena yang sedang nyenyak dibuai mimpi terlihat tentang sahaja.Mungkin dia sedang bermimpi sesuatu yang indah.
Tubuh isterinya diangkat dan dibawa masuk ke bilik.Tubuh isteri nya perlahan diletak di atas katil yang empuk itu.Dia senyum.Dia turut berbaring di sebelah Lariena dan memeluk nya.Mungkin keletihan dia juga akhirnya terlelap.
Lariena menggosok matanya pelahan lalu melihat sekeliling.ini bukan di ruang tamu ni...saat dia mahu bangun tubuh jatuh ke atas badan seseorang.
aduh siapa pulak ni...Lariena memandang sebelah nya dan alangkah terkejutnya dia melihat Hans yang sedang nyenyak sambung memeluk pinggang nya.jam pantas dilihat.sudah 10 malam.
“awak... bangun lah...mandi dulu.pastu sambung tidur balik " Lariena menepuk lembut bahu Hans.Hans bergerak gerak perlahan namun matanya masih tertutup rapat.
Lariena mengeluh“Hans Arish Aryan,I said wake up! take a shower and then go back to sleep!" Lariena menepuk kuat bahu Hans dan meninggikan suara.Hans tersentak dan terus bangun.Dia memandang Lariena berkelip-kelip.
“Pergi mandi! Pastu baru sambung tidur!go!"
Terkedek-kedek Hans keluar dari bilik Lariena dan ke biliknya di tingkat 3.
Lariena menekup mulut.Dia marah?tak,tu arahan.aduh!asal aku cakap camtu?!Dia segera turun dari katil dan terus ke bilik air untuk melegakan badan nya yang sudah melekit.
Hans menggosok rambut nya yang basah dengan tuala kecil.matanya segar melihat cermin.Dia tersenyum mengingat hal tadi.Ye Lariena meninggikan suara memberikan arahan.Dia pula boleh patuh mengikut arahan yang diberikan.
Dia terus menukar tuala yang di pinggang dengan seluar pendek dan terus keluar dari biliknya menuju bilik Lariena.
Lariena yang sudah siap membersih kan diri dan sedang bersantai di atas sofa sambil bermain laptop yang diberikan Hans siang tadi memalingkan muka ke pintu dan melihat Hans sudah berdiri di situ dengan berseluar pendek serta six pack nya yang ditayang.
kecik besar kecik besar Lariena melihat suaminya itu merebahkan badan ke katil.Dia ni kan...namun dia tidak menghalang dan terus menekan butang laptop.sudan setengah jam bermain laptop dia menutup dan terus menuju ke katil nya.
Suaminya sudah nyenyak tidur sambil memeluk bantal peluknya.Dia terus berbaring di sebelahnya dan tidak perlu masa yang lama,dirinya sudah terlelap dan terjun ke dunia mimpi.
“Selamat pagi ! nak beli roti apa?nak minum air apa?
“Bagi saya roti coklat panas satu dengan air susu suam ye" Lariena terus duduk di kerusi menunggu sambil termenung jauh.awal lagi dia sudah gerak setelah menyelesaikan sarapan untuk Hans.keperluan suami nya itu memang suami nya sediakan sendiri di sebab suaminya tidak membenarkan dia masuk ke bilik nya.
sibuk je tidur bilik orang!geram pula aku.Lariena berdengus sambil melihat permandangan matahari terbit di luar kaca pintu.
“Lariena?!"
Lariena mendongak kan wajah nya.
“Ammar?"
“selamat menjamu sarapan puan,tuan"
Air kopi susu dicicip sedikit sebelum melihat wajah gadis yang sudah dia cari seminggu di kota besar ini.
“Cam mana khabar kau sekarang?okey?"
Lariena mengangguk lemah.Ammar mengeluh.
“kau okey?"
“aku okey...cuma...kenapa kau ada kat sini?"
“aku cari kau lah.Apa lagi?"
Lariena mengeluh.Dia memandang luar kafe.“aku rasa baik kau balik.Jangan cari aku lagi."
Ammar berdecit.“why?kau kena jual kan?aku ke sini nak bawa kau pergi."
“aku tak kena jual.Aku dah diselamatkan."
Ammar mengeluh lagi.“Mari balik Riena.Sini bukan tempat kau."
“Kalau aku balik aku akan diseksa sedang di sini semua orang bahagiakan aku" Lariena menekup muka.
“ibu takkan terima aku lagi."
Ammar menepuk lembut meja makan.“Riena,kau boleh tinggal rumah Sarah,Zafirah tak pun Qistina."
“Bukan tu masalah nya Ammar..."
“apanya?"
“aku dah kahwin"
sorry lambat update
Share this novel