10

Romance Completed 47668

matahari sudah menegak.Hans mengeluh dan mendengus kasar.

“Maaf,saya lambat"

Lariena kini berdiri betul-betul dihadapan nya menunduk kan wajah.

“Dahlah,penat aku berdebat dengan kau.Apa jadual aku hari ni?"

Lariena mula membuka tab dan memberitahu kan jadual yang sudah dia atur.Hans mengangguk.“Buat aku coffee sana"

“Baik"

Lariena terus keluar dari bilik Hans dan terus ke mini kitchen.Dia merenung mag sambil mengingati penjanjian nya dengan Ammar.

“Petang lepas habis kerja kau terus jumpa aku kat kafe ni balik tau."

Lariena memejamkan mata.Dia sebenarnya tidak berani menjumpai lelaki itu lagi.Dia takut seandainya nya Hans tau,teruk nanti tubuhnya kena.

“Hoii!kau buat kopi apa sampai setengah jam?!"

Lariena hanya menunduk kan wajah.Hans meraup muka.“ahhh,sudahlah pergi sana buat kerja kau." Lariena mengangguk laju.

“Tu...tuan,petang ni saya balik lambat sikit.Nak jalan jalan sekejap"

Hans merenung tajam ke arah isterinya. “Jangan cuba lari ehh ." Lariena mengangguk laju.

“Iyalah"

Lariena terus keluar dari bilik Hans tanpa pamitan.Hans yang sedang menghirup kopi merenung tajam ke arah pintu lalu tersenyum sinis.Rakaman CCTV di kafe yang biasa Lariena kunjungi ditonton berulangkali.

Lariena...Lariena...jantan mana kau cuba sembunyikan dari aku hm?

“Hm kau memang dah tak nak balik dengan aku ke Lariena?"

Ammar merenung Lariena yang sudah termenung jauh ke luar kafe.Terlihat gadis kecil kesayangan nya itu mengeluh halus.

“aku takleh tinggal dia .dia suami aku Mar.Orang yang aku takleh mendurhakai"

“...tapi ini bukan tempat kau Lariena "

air mata Lariena mengalir laju.“takleh Ammar.Aku tak nak kena seksa dengan ibu.Aku tak nak kena jual lagi.Aku juga terhutang budi dengan Hans sebab dia sanggup bayarkan hutang ibu dan bawa aku berteduh di rumah dia."

Ammar meraup wajahnya.sepotong kek lemon yogurt direnung sebelum mengambil sesudu dan disuakan ke mulut sambil merenung Lariena yang sudah melentokkan kepala ke meja.

“Baiklah...aku tak paksa kau.Tapi aku ada satu permintaan lagi" Lariena menegakkan badan dan merenung sahabat lelaki di hadapannya.

“Apanya?"

“Jom jalan jalan tengok matahari terbenam."

Lariena senyum dan mengangguk.Ini mungkin peluang nya berjalan-jalan dengan orang yang selalu memahami nya.

“kau naik apa ke sini?"

“grab sebab motor aku kawan suami aku pinjam" Lariena menarik telefon dari kocek dan membuka.Ada satu pesan dari Hans namun dia abaikan.

“dah jom naik kerata."

“eh kerata siapa ni?kau bukan cuma ada motor berkuasa tinggi tu je ke?"

“Zafirah punya kereta lah.Aku pinjam je"

Lariena terus memasukkan dirinya ke dalam kerata dan bergitu juga Ammar.Kerata meluncur laju meninggalkan kafe.

“you really challenge me, honey"

Lariena merenung luar tingkap.Ammar menjeling sekilas sebelum fokus memandu dan kerata dibelok ke sebuah tasik.

“aku nak ajak kau jumpa Zafirah dengan Rafizi.Dia orang rindu kau"

“Zafirah ada kat KL gak?Kasi pula Qistina" berkerut dahi lariena.

Setahunya,Qistina Batrisyia sangat mengawal pergerakan Zafirah kerana dalam kumpulan meraka, Zafirah gadis yang paling cantik dan comel namun sangat penakut dan tidak mempunyai seni bela diri yang cukup membuatkan ramai lelaki yang suka menakutkan nya dan mengambil kesempatan ke atasnya.

“kan ada Rafizi.Qistina cuma percaya kan Rafizi je weh.Sial betul" Lariena hanya ketawa kecil mendengar ocehan Ammar.

“Dah sampai ni,jom turun "

Lariena mengangguk.Angin petang yang sempoi bahasa meniup lembut rambut nya yang terurai jatuh ke pinggang.Ammar senyum dalam diam melihat Lariena bergitu cantik petang ini.Nasib kau dah jadi milik orang lain Lariena...

“Riena!!!"

Zafirah berlari memeluk Lariena dan menangis kecil di bahu nya.Lariena membalas pelukan Zafirah dan menggosok lembut belakang badan Zafirah.

“kau okey Riena?!Ada sesiapa jahat kan kau ke kat sini?!" Rafizi di belakang Zafirah terus bertanya laju membuat Lariena tersenyum nipis.

“aku okeylah kat sini.Ada insan yang baik hati selamat kan aku dari kena jadi pelayan malam tu."

Rafizi tersenyum lega.Ammar duduk diri kerusi yang berada di tepi tasik melepaskan keluh penatnya.

Zafirah melepaskan pelukan dan meraikan tangan Lariena.Dia terkedu melihat jari manis Lariena bersarung cincin emas berlian .

“kau...dah kawin ke?"

Lariena mengeluh halus.Kenapa lah Leo tidak menceritakan kepada rakan rakan nya ni?

“iya...aku kawin dengan orang yang dah selamat kan aku." Zafirah mengeluh halus. dia menggenggam erat tangan Lariena. “kau rasa selamat ke Lariena bila jauh dari ibu kau?"

“aku..." Lariena tunduk.

Ammar menyampuk lembut perbualan Zafirah. “mestilah.Dia tak perlu lagi kena pukul kat sana.Aku rasa lega dan aman bila Lariena jauh dari ibu dia"

Lariena mengangguk “tapi satu saat nanti,aku akan balik kampung tu dan jumpa ibu. Nak jumpa kawan kawan kita yang lain dan ucapkan terima kasih dekat Leo yang selalu lindungi aku."

Rafizi senyum.“Kami perlu balik dah petang ni juga.Zafirah tak leh lama lama kat sini.Ammar pun ada urusan."

“Mari kami hantar kau balik.Share sini alamat kau tinggal." Ammar bangun dan terus menuju kerata Zafirah.

tiba sahaja di hadapan rumah mewah , Lariena keluar diikuti Zafirah dan Rafizi.Meraka kagum melihat rumah mewah gah berdiri jauh dari kesibukan kota ini.

Zafirah meletakkan kertas yang bertulis kan nombor nya dan rakan rakan nya yang lain di telapak tangan Lariena. “Riena, kau jaga diri tau kat sini.kau boleh hubungi kami bila bila je bila kau perlukan bantuan.Aku akan doakan kebahagiaan dan perlindungan kau dari jauh, insyaallah "

“Betul tu.Kami gembira sangat dapat jumpa kau lagi.Kami jumpa kau dengan keadaan yang selamat.Riena, Semua kat sana rindu kan kau.Jangan lupakan kami. Ajaklah suami kau singgah ke kampung kita dan kenalkan kat kami." Rafizi bersuara sambil tersenyum manis.

Lariena mengangguk dan tersenyum bahagia.“Terima kasih sudi cari aku kat sini.Aku takkan lupakan korang"

Ammar bangun dari duduk nya dan mendekati gadis kecil itu. “Riena,aku cinta kan kau." Lariena terkedu.Rafizi dan Zafirah terkejut mendengar pengakuan Ammar.

“...jaga diri lariena nasuha."

Ammar kembali memasuki kerata menantikan Zafirah dan Rafizi.

“Kami pergi dulu Lariena.maaf tak leh lama-lama."Rafizi menundukkan kepala nya sedikit dan terus masuk ke kerata.

Tangisan Zafirah pecah dan terus memeluk Lariena. “Riena, kau lah sahabat kami dari dahulu lagi.aku nak sangat kau selalu tersenyum bahagia dan ketawa bersama orang yang menghargai kau lebih dari kami semua."

Lariena membalas pelukan Zafirah dan mengangguk kecil.

“Jangan sedih sedih tau!!" Zafirah melepaskan pelukan dan terus masuk ke kerata.Dia membuka tingkap dan melambaikan tangan.Bergitu juga Rafizi dan Ammar.Lariena membalas dengan senyuman yang manis yang jarang dia tunjukkan.

Setelah hilang bayangan kerata Zafirah, Lariena melangkah masuk ke dalam rumah mewah milik Hans ini.Wajah didongak melihat langit.Hari sudah menjelang maghrib.Habislah...teruk aku nanti ni.

Pintu ditutup perlahan.Wajah nya jelas kepenatan.Baru sahaja merebahkan badan ke sofa,suara garau menyapa telinga nya.

“pergi mana? magrib baru nak balik?"

alah boring ye part ni.btw,sorry lambat update.Sye ada program ehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience