4

Romance Completed 47668

“Baiklah,umi dan abah dah setuju untuk adakan majlis perkahwinan kamu dah Lariena 2 minggu lagi.”

Hans hanya membisu mendengar keputusan Umi dan Abah nya,Manakala Lariena sedikit terkejut mendengar perkahwinan akan dicepatkan.

“Arish,awak kena jumpa family saya dulu.kena minta restu lagi.wali lagi." Lariena terus membantah.

“aku boleh uruskan nanti." Hans terus bangun dan meninggalkan Lariena bersama keluarga nya dan terus keluar dari villa.

Lariena hanya menunduk kan kepala.

“umi dah tau semua cerita kamu Lariena,umi faham.” Puan Halimah memaut bahu Lariena.Encik Naufal,ayah kepada Hans hanya mengangguk menyetujui kata-kata isterinya.

“Tapi...ibu nak ke restukan hubungan kami?nak ke ayah jadi wali saya?" Lariena menekup mukanya,menahan tangisnya.

“Jangan risau.Hans akan uruskan semua tu " Hazhiq turut memujuk.Aduh comel gila perempuan ni.comel je dia tahan dia punya air mata.suka pula...

Hazhiq menggeleng kepala.Tak boleh.Lariena ni bakal isteri nya Hans.Ini lah momen melihat Hans berbahagia bersama perempuan pilihan nya setelah sekian lama memikirkan Hans gay kerana tidak menyukai perempuan.

“Terima kasih sebab terima saya dalam keluarga ni." Lembut lariena mengujar kata terima kasih.

Puan Halimah dan Encik Naufal tersenyum.Suka dengan sikap sopan dan lemah lembut Lariena.

Hazhiq terkekek kekek ketawa dalam hati.Asal Lariena ni cam tak kena je dengan Hans?Lariena lemah lembut,Hans dingin membatu.Kena ke?mesti Lariena kerap tersakiti nanti.

Darah berselerak kan di mana mana.suara tangisan bagaikan nyanyian indah di telinga nya.

“okey done"

Zayyan mencampak pistol ke arah Hans dan disambut dengan gayanya.

“Mati juga akhirnya perempuan ni.jijik aku.dah lah tak jaga perawan,sibuk lagi nak goda aku." Mayat Seorang wanita di lantai yang sudah tidak bernyawa disepak sepak.Hans ketawa sinis mendengar kan kata kata Zayyan.

“Kalau Lariena tu macam perempuan ni,kau nak buat apa?" Tanya Zayyan,sambil tersenyum sinis.

Hans membalas senyuman sinis itu.

“I will torture him. Then I will kill his family and then I will kill him."

Zayyan memandang langit dinding sambil menekup muka lalu ketawa dengan penuh kesinisan.

“wow,bagaimana pula kalau ada orang yang cuba rebut Lariena dari kau?dia cantik tahu”

“apa susah.Tinggal habuskan jelah budak yang cuba rampas Lariena dari aku."

“Bersihkan tempat ni.Buang je mayat budak perempuan ni.Habuskan bukti” Hans terus melangkah untuk meninggalkan Zayyan.

Zayyan hanya mengangguk.

Hans kembali ke villa tepat pada pukul 12.00 pagi.pasti perhuni villa sudah nyenyak dibuai mimpi.Dia terus keluar dari kerata dan berjalan santai masuk ke dalam villa yang sudah suram.hanya disimbahi dengan cahaya lampu kecil.

“baru balik?"

Hans memberhentikan langkah apabila mendengar kan suara yang sangat lembut dan halus.Dia terus ke suis lampu .

Pap!

“Lariena?kenapa kau tak tidur lagi ni?"

Hans terus mendekati gadis kecil itu dan memeluk nya.Pantas Lariena menolak dengan lembut.

“Saya haus.Jadi saya turun nak pergi dapur.Kenapa awak balik lambat?"

Hans senyum kecil.Dia menggosok lembut kepala Lariena.“Prihatin betul kau ni.Aku ada kerja tadi."

Lariena senyum namun senyuman nya mati apabila melihat lengan baju Hans mempunyai darah .

“awak...luka ke?"

Hans pantas melihat lengan nya.Sial...ni darah perempuan tadi...

“ahhh ye.sikit je lah.Boleh tolong masakkan apa apa untuk aku tak?aku lapar lah." Hans pantas mengalahkan topik.

“Boleh."

“Aku mandi dulu.Nanti kau tunggu tau kat dapur." Lariena hanya mengangguk kan kepalanya dan terus ke dapur.Hans senyum.Lariena memang patuh mendengar kan arahan nya.

Dia segera ke bilik nya untuk membersihkan diri.Air suam sejuk menyembah dirinya.Setelah selesai membersihkan diri dan memakai baju t-shirt santai,Hans segera turun ke dapur.

Terlihat Lariena yang sedang menghidang kan spageti ke pinggan.di meja sudah ada dua cawan air susu coklat suam.Hans senyum.Sah budak ni lapar lagi.

“Dah siap.Jom makan."

Hans mengangguk.Dia terus menikmati masakan Lariena.Sedap!Calon isteri idaman hm...

“Woi perempuan!!!kau masak apa ni?!!sampah ke apa ha?!!Kau ni memang lahir tak berguna lah sial!!" Hanger sudah selamat singgah ke badan Lariena.

“Ibu dah lah tu..."

Lariena sudah teresek esek menangis di lantai.Leo pantas memeluk adiknya untuk menenangkan nya.Puan Zubaidah mencebik.

“Kau ni tak habis-habis nak mempertahankan anak tak guna ni!dah lah bunuh suami aku, menyusahkan aku lagi.eiiii,kalau ikut marah aku lah,dah lama aku pukul kau sampai mati!"

“Ibu sudahlah tu." Leo pantas menarik Lariena keluar dari dapur dari terus dipukul Ibu meraka.

“Abang...jangan camni...Nanti abang kena pukul juga." Lariena mula merisaukan nasib abang nya nanti.

Leo Malik tersenyum manis sambil mengelap air mata Lariena yang semakin deras mengalir.

“Ibu jahat...hiks..."

“hush takleh cakap camtu.Dia tetap ibu Lariena tahu!"

Leo menggosok lembut kepala Lariena.Kasihan adiknya, dari kecil terpaksa menghadapi kesemua ini.Mujur adiknya seorang yang patuh dengan arahan sang ibu.

“abang sayang Lariena."

air matanya mengalir deras.Lariena terkedu.Mimpi rupanya...

Dia mengelap lembut air matanya dan melihat tingkap.dah pagi.

Lariena memejamkan mata.Dia perlukan abangnya.Insan yang membuat dirinya kuat untuk teruskan hidup.Walau abangnya tidak mampu melindungi nya dari ibunya, menyelamatkan nya untuk pergi dari ikatan Hans, tapi, sekurang-kurangnya Leo Malik mampu menyalurkan kekuatan dan kasih sayang yang ikhlas untuknya.

“abang...hiks..."

bab 5 saya uplod nnt malam yeee insyaallah.Follow saya tauuu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience