24

Romance Completed 47668

“Selamat ye Puan Qistina, awak mengandung. alhamdulillah dah masuk 4 bulan dah dan bayi sehat sahaja"

“eh 4 bulan dah? cepat nya dok?" pelik Qistina dibuatnya.

“awak tu tak check dah kenapa? dah tau lambat datang haid teruslah check " sindir doktor itu.Qistina mencebik.

“saya dah biasa tak datang haid.lambat aja. kekadang sampai 5 bulan. alhamdulillah saya subur ye"

Qistina ketawa kecil.begitu doktor muda itu.

“nah ni gambar nya.nanti bagilah kat suami ye"

Qistina mengangguk dan terus keluar dari bilik rawatan.Dia terus meninggalkan klinik dan ingin segera memberitahu suaminya.

eh tunggu.

Qistina memperlahan langkahnya.Adrian dah bersedia ke jadi ayah? suaminya seakan tidak peduli sama ada tidak mempunyai zuriat. saat awal perkahwinan, Adrian tidak berbincang pun tentang anak.

Adrian juga anak tunggal. pastilah ibu ayah Adrian mendesak Adrian segera memiliki anak. Namun ingatan nya masih ingat tentang Adrian berkata dia belum bersedia memiliki zuriat.

“ma,pa, jangan paksa Ad ye. Ad tak bersedia lagi nak jadi ayah."

Air matanya bertakung di balik dinding. Encik Noh Dan Puan Indah mengeluh halus.

“ikut kami Ad. tapi mama kalau boleh nak cepat ada cucu"

“iya ma, ad akan fikir nanti."

“kalau qistina mengandung macam mana?"

“ad tak tau ma pa, mungkin ad akan menjauh.ad tak bersedia "

arghhh!!! Qistina menghentak tangan nya ke dinding klinik.tangisan nya pecah.Dia tak mahu adrian jauh darinya saat fasa mengandung ini.

“perut ni makin lama makin membesar nanti mesti terbongkar."

Qistina menghela nafas lemah.“ sabar ye sayang mama akan cuba pujuk papa nanti."

Air diteguk laju. wajah sayang nya direnung tajam.

“Aku bingung, Rah. "

“aku pikir Adrian lelaki yang baik. ternyata lebih kejam dari Hans dan Zayyan." Sarah menyendir Adrian menbuat Qistina merenung tajam ke arah Sarah.

“Kau jangan dibodohkan dengan satu kesalahan je Sarah, aku yakin mesti ada sebab Adrian jadi begitu " Zafirah memaut lembut lengan Sarah.

Terkejut mereka berdua ketika Qistina menangis menghubungi mereka dan merayu untuk menolong nya.

Mujur, Zafirah membatalkan perjalanan nya ke Sarawak dan menunggu Sarah melahirkan.Dia ingin melihat anak Sarah. kalau tidak,hari ini sudah selamat mendarat di bandar Kuching.

“Aku... arghhh! Lariena dah tau pasal ni?"

“dia kan balik kampung berpantang kat sana. camne aku nak ajak dia?" Qistina mencebik geram.

“Qis, kau dan Adrian dah 5 bulan berkahwin. Sepatutnya dah merancang untuk dapatkan keturunan segera. and walau camne sekali pun, kau tetap kena bagitau Adrian tentang anak kau ni.Kau takleh sembunyikan dari dia." ujar Zafirah tenang

“tapi...aku takut dia jauh dari aku."

“biar aku yang uruskan dengan suami aku" tetiba Sarah bersuara, sedia untuk menghulurkan tangan membantu Qistina.

Qistina tersenyum lalu membelai lembut perutnya.“ lega aku, terima kasih semua"

“Dah jom makan"

“Qis, abang nak keluar ni.nak tempah apa apa tak?"

Qistina yang sedang mengemaskan bilik memandang Adrian sayu.

Adrian mengerutkan dahi melihat gelagat kesayangan nya itu.Dia mendekati Qistina dan mencapai tangan kecil qistina.“why sayang?"

“Qis...emmm takpelah"

“Qis, answer me,are you okey?"

Air matanya deras mengalir.Dia terus memeluk suaminya erat.Tersentak Adrian dibuatnya.Dah kenapa pulak isteri aku ni...Dia membelai lembut kepala Qistina.

“ Qis sayang abang..."

“ye, abang pun sayang kan Qis. kenapa ni sayang?"

Qistina melepaskan pelukan dan tersenyum hampa. dia mengelap air matanya .makin tertanya tanya Adrian dibuatnya.

“tak de apa. boleh abang belikan mangga muda? Qis teringin lah..."

“mangga muda? Sejak bila Qis suka mangga muda ni?"

“takde teringin je ..."

Adrian menghela nafas panjang.Dia yakin Qistina menyembunyikan sesuatu darinya .

“okey, nanti Qis jangan tunggu abang waktu makan malam. qis makan lah dulu ye. abang takut abang balik lambat."

Baru sahaja Adrian mahu melangkah ke pintu, Qistina segera mencapai tangan Adrian, seakan tidak mahu Adrina pergi jauh darinya. berkerut dahi Adrian. “why sayang?"

“ where you going? "

“abang nak pergi setel kan sikit masalah kat restoren."

Qistina melepaskan tangan Adrian dan mengangguk.

“sayang nak apa apa, sayang call abang ye"

“ye"

Dia hanya menghantar Adrian dengan pandangan matanya.Air matanya mengalir lagi.

Sarah, Zafirah...aku tak boleh, aku takut dia tinggalkan aku sebab dia tak nak budak ni...

Adrian mengerutkan dahi sambil memandang rumahnya dari dalam kereta.Raut wajah qistina bagaikan ingin menyatakan sesuatu.

Sayang sembunyikan apa dari abang?

Qistina menghela nafas lemah sambil mengusap air matanya.penat je nangis, dia terus turun menuju ke dapur untuk memasak spaghetti goreng sahaja.

aku takleh terus camni. perut ni akan membesar seiring berjalannya waktu. hmmm nak tak nak aku kena bersedia terima kenyataan Adrian takkan terima anak dalam perut ni.

Bunyi telefon nya berdering menyandarkan nya.Dia terus membuka telefon nya melihat siapa menghubungi nya.Lariena?

“ye?"

“Qis, mak aku dah takde..."

“ Innalillahi, okey okey tenang kan diri kau dulu. aku segera ke sana."

“ye Qis..."

panggil terputus.

Qistina terus bergegas ke bilik untuk bersiap siap .Dia sudah pastikan yang alatan dapur mati semua.

Kunci kereta diambil.baru sahaja ingin melangkah, dia terus teringat Adrian.

‘Tina, mak nak pesan, kamu dan jadi isteri sah Adrian. kamu kenalah patuh pada arahan dia dan jangan pernah mengingkari arahan nya. oh iya satu lagi, kami tetap kena bagitau Adrian kalau nak kemana mana kalau sendirian agak dia tau kamu nak kemana, tak salah faham dan menimbulkan fitnah'

Qistina menghela nafas panjang.Dia menarik telefon nya.

'Qis nak balik kampung.Mak Lariena dah meninggal ' - Qistina Zara Batrisya.

Dia terus mematikan telefon nya dan memulakan perjalanan nya kembali ke kampung halaman.

Hans memaut lembut bahu Lariena yang masih berlutut di hadapan tanah yang membukit itu.“ sayang,jom balik.Ikhlaskan ye kepergian ibu."

Lariena mengangguk.“ Nasuha pergi dulu ibu., terima kasih kerana sanggup bertahan sehingga anak anak nasuha lahir. terima kasih sudi maafkan dosa Nasuha selama ni."

Lariena terus melangkah pergi diikuti Hans yang setia di sisinya.

Qistina dan Zafirah sudah mengendong Karl dan Kala, sementara Zayyan dan Sarah menanti di kereta.

“takziah ye Lariena"

Lariena mengangguk dan mengendong Karl yang sudah meronta-ronta mahukan dukungan sang ibu.

“Manja lah Karl ni.Eh, Adrian mana ?" Tanya Lariena sambil berjalan menuju kerata.Matahari sudah semakin tenggelam ditelan bumi.

“Aku tak saing dengan dia tadi. dia ada kerja apa tah sampai kata dia balik lewat malam."

Hans mengerutkan dahi. Ilham sudah muncul di sebelahnya juga mengerutkan dahi.“ ha ,kerja apa lak Adrian ni..."

“call dia sekarang ilham, now! ada biarkan bini dia kat sini sorang sorang!" Arah Hans tegas dipatuhi Ilham.

‘nombor yang ada dail sedang berada di luar talian....'

“ weh tak boleh pun."

Qistina mengeluarkan telefon nya.Pesan nya di whatsapp juga hanya one tick sahaja.

abang pergi mana ni...

“Takziah ye Sayang..."

Puan Halimah memaut bahu menantu kecilnya.Lariena tersenyum dan mengangguk perlahan.

“kami tahu kamu kuat Lariena. jangan risau, kami semua ada untuk kamu" ujar Encik Naufal, lembut.

“terima kasih umi, abah"

“umi ada dua minggu kat kampung ni uruskan kamu sebelum balik ke rumah umi. biar kamu dapat tenangkan diri kan sini."

“terima kasih umi! sayang umi!"

sementara itu, Hans sudah berusaha menghubungi Adrian yang asyik masuk peti sahaja.

Ilham dan Zayyan melacak keberadaan Adrian dari gps telefon Adrian.

Qistina Sarah dan Zafirah membantu orang kampung menyiapkan tahlil untuk arwah.

Adrian menghidupkan mood pesawat dan mematikan telefon nya.Dia melangkah meninggalkan restoran menuju ke sebuah rumah agam yang jauh dari Kesibukan bandar, jauh juga dari jalan raya, hanya dikelilingi hutan dan gunung yang indah menghiasi sekitar rumah agam itu.

“baru sampai?" seorang lelaki keluar dari pintu rumah utama lalu mendekati Adrian dengan wajah serius.

“Kau nak buat apa sekarang?"

“aku hanya perlu tunggu hari kelahiran Sarah, and saat itu aku akan buat kekacauan."

“baik lah. aku tolong kau sampai sini je untuk awasi perempuan kau."

“ohh thanks Ad, kau memang kawan aku yang paling baik dan jujur. Simpan rahsia ni sampai tiba masanya untuk kau buka kepada Hans dan yang lain.

“baik."

“dah jom masuk, lepak kat dalam"

last eps 25 and ya epilog dan tamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience