“Sayang, abang suami sayang dan sayang suami abang. abang harap sangat takde rahsia di balik kita semua."
Lariena yang sedang mengemas dapur memandang Hans pelik.
“sayang tak rahsia kan apa apa"
“tipu, sayang tak pernah cerita tentang apa yang sayang cerita kat Sarah dan Qistina tadi.".
Lariena menelan air liur.Dia takut menceritakan kepada Hans.Hans mafia yang kejam dan berdendam. dia takut kalau dia ceritakan Hans akan mencari orang yang diceritakan dan menghabiskan nya.
“Maaf belum masanya untuk sayang cerita kat abang. hal sayang ni biar sayang dan ibu sayang je yang setelkan. Sayang mohon, jangan masuk campur dalam hal sayang ni" Lariena terus melangkah meninggalkan Hans yang masih duduk di kerusi meja dapur.
Hans merenung tajam ke hadapan. kalau tak sebab Lariena mengandung, sudah lama dia bantai tu badan. Sabar Hans sabar.
“ada abang dia...aku boleh cari tau dari abang dia"
Bang! Bang!
“Fira,sini lari cepat!!!"
Nasuha pantas menarik Zafirah yang sudah menggigil melihat ibu dan ayahnya mati ditembak anggota musuh perniagaan keluarga mereka.
“Ibu! ayah!"
“Nasuha! Zafirah! sini ikut ayah cepat!"
Encik Umar merupakan ayah kepada Lariena Nasuha, menarik tangan kedua gadis itu pergi dari gudang kecil itu.
“Ayah! belakang!"
Encik Umar pantas menolak anak gadis itu dan bang!bang!bang!
“Lari Nasuha! Zafirah!"
Nasuha menahan tangisan dan terus menarik Zafirah meninggalkan gudang itu walau mereka dikejar penjahat itu.
Nasuha membantu Zafirah mengelakkan dari tembakan yang dilepaskan dan terus meninggalkan kawasan itu.
Nasuha membaringkan tubuh Zafirah yang sudah pengsan akibat kejutan tadi.Dia bersandar di balik pokok besar, berjaga jaga dari pihak musuh ayah dan keluarga Zafirah
air matanya mengalir laju.Saat berusia 7 tahun, dia telah menyaksikan persembahan berdarah itu. Takut, trauma, marah, benci, segalanya menyatu di fikirannya.
“ayah dah mati....ayah dah mati....hiks..."
“kenapa lindungi Nasihat ayah...biarkan nasuha mati dan bawa lah Fira lari.dia kecik lagi ayah..."
Kepala Zafirah diusap.gadis kecil yang berusia 6 tahun yang masih pengsan di pangkuan nya.
“kita takleh keluar dari sini selagi orang kampung tak temui kita.Tahan ye Fira. maafkan aku..."
siapa sangka hari yang tenang dibasahi dengan darah yang berselerakan di hadapan matanya.Di saat dia bermain dengan Zafirah di taman bersama keluarga yang lain, dia dan Zafirah diculik oleh musuh perniagaan keluarga nya dan Zafirah.Saat itu hanya ada Ayah, dan ibu ayah Zafirah.Ibu nya tidak ikut kerana kesibukan kerja.
Dia dibawa ke gudang terbiar di kawasan yang sudah tiada kehidupan,tiada tanaman dan hanya ada bangunan terbiar. sialnya ibu ayah mereka datang tanpa membawa pihak polis kerana diugut oleh musuh.
Mereka bergaduh mulut sebelum salah satu dari mereka menembak kepala ibu Zafirah,menikam perut ibunya dan menembak berkali kali ayah Zafirah.Ayah sempat mendapatkan kami dan membawa keluar namun turut dikejar oleh mereka semua dan begitu akhirnya.menyaksikan kematian orang disayangi di hadapan matanya.
“shhh, Nasuha, abang Leo ni..."
Nasuha memandang wajah abangnya yang melihat sekitar sambil memegang pisau.Dia mengendong Zafirah dan memandang Nasuha.
“mari, kita pergi hospital sekarang.Ayah ibu kita semua dah ditahan oleh pihak hospital."
“abang, musuh ayah macam mana?"
“ mereka terbebas begitu sahaja! tak guna!"
Nasuha hanya mengeluh halus.
Pang!!
berbirat pipi Nasuha menerima tamparan dari Puan Zubaidah yang masih duduk di ranjang rumah sakit.Ibunya lah satu satunya yang selamat dan setelah mengetahui ayah meninggal sebab lindungi nya, Puan Zubaidah terus menampar Nasuha.
“Anak tak guna! kau je yang patut mati dari suami aku!!"
“bu, dah lah..."
“Diam Leo!"
“mulai hari ini kau bukan anak aku lagi, pembawa sial!"
Nasuha terbeliak kecil mendengar ayat itu keluar dari mulut ibu kandung nya sendiri.
Leo menarik lembut lengan Nasuha keluar dari wad ibu mereka dan diluar, Zafirah sudah duduk di kerusi duduk dengan wajah yang baru lepas menangis.
“Dengar sini, mulai hari ini, kau bukan lagi adik aku yang bernama Nasuha. mulai hari ini kau adalah Lariena. Adik aku yang bernama Nasuha dah pun mati"
Zafirah memandang ke arah adik beradik itu dengan pandangan sayu ke arah Nasuha.
“panggil dia Riena mulai hari ini, Zafirah dan lupakan kisah tragis ini dan berjalan kehidupan seperti biasa. jangan guna nama nasuha agar kita semua tak mengingat kisah ni lagi."
Lariena Nasuha. Nasuha adalah nama yang indah,yang diberikan oleh Encik Umar kerena ayahnya sangat menyukai anak perempuan nya yang cantik dan lembut.
Demi mengingatkan kematian ayah mereka dan menutup kenangan gelap, Leo membuat keputusan untuk tidak menggunakan nama nasuha kembali, kerana itu adalah nama kesukaan ayah mereka.
Setelah kisah gelap itu, bermulalah perjalanan kehidupan gadis kecil yang malang yang terus disiksa oleh ibunya kerana tidak menerima kematian sang suami.
Zafirah dihantar ke kota besar untuk dijaga oleh ibu saudaranya.
air matanya deras mengalir ke pipi. Ingin sekali dia mencari musuh perniagaan itu dan membunuhnya. tapi dia tidak sampai hati.
Dia hanya berserah kepada Nya untuk menghukum mereka.
Hans merenung isterinya dari jauh.Lariena yang termenung jauh memandang bukit bukit tinggi di hadapan nya.
“Sayang?"
Lariena memandang ke arah Hans yang sudah mendekati nya di balkoni.
“iya?"
“kemaslah barang,kita pergi balik kampung sekarang "
Lariena tersenyum manis.“serius?"
“iya!"
Lariena terus bangun menuju almari untuk mengemas barang-barang nya.Hans pula membantu sikit sikit sahaja selebihnya tidur.
Tak guna punya suami!ada biarkan isterinya mengandung mengemas semua barang barang dia?
Hans memusingkan badan dan mengeluarkan iPhone dari poket nya.Dia membaca chat dari Zayyan mengatakan dia gerak dahulu ke kampung wanita mereka.
Sarah berkira kira mahu masuk atau tidak. dia memandang Zayyan yang juga gugup.Eh dia ni kan dah jumpa Mak ayah aku pahal still gugup?
“Sayang...hubby takutlah, takut mereka salah faham tengok luka sayang ni..."
Sarah melihat lengan dan menyentuh kepalanya, lalu tersenyum.“ saya akan jelaskan pada mereka nanti"
“ assalamualaikum!"
“ waalaikumussalam,ye sekejap!"
Puan Salmi terkejut melihat puteri kesayangan sudah berada tepat di hadapan matanya.
“Sarah!!"
“ibu!!"
mereka saling berpelukan melepaskan rindu yang mendalam di hati mereka.Encik Badrul dari belakang tersenyum sahaja.Zayyan mendekati encik Badrul dan menyalami nya.
plak!
bahu Zayyan dipukul keras.berdecit kesakitan Zayyan dibuatnya.
“tau pun bawa Sarah balik sini"
“ehehehhe iyalah ayah"
Sarah ye tersenyum melihat keakrab ayah dan suaminya.
“mari masuk. ibu masakkan special untuk kamu berdua."
Sarah mengangguk bergitu juga Zayyan.Namun langkah Sarah terhenti bila melihat Zafirah berlari mendekati rumah nya.
“Sarah! kau dah balik? cepat hubungi Riena Sarah! mak dia pengsan! aku dan Leo takleh hubungi mereka ni!"
Zayyan yang tahu terus menghubungi Adrian kerena sahabat satu ini saing dengan Hans dan Lariena.Dia sudah maklum Hans dan Lariena suka meletakkan fon di mood senyap.
“Cepat balik lah! mak Lariena pengsan dan masuk hospital sekarang!"
ingat nak upda ye dua terus, tapi bab 22 tetiba gone! malas dah jadi nya nak taip balik. esk jelah update sekali dengan bab 23 insya Allah serentak dengan bab 24.
Share this novel