~aku tak dapat bayangkan hidup tanpa kau di sisi dan tanpa cinta kau. sudah pasti hanya kau yang bertakhta dalam hati ini.selamanya...~
“Doktor!! tolong doktor!! isteri saya dah nak melahirkan ni!!"
Hans panik melihat wajah kesakitan Lariena.“Sayang bertahan lah"
“encik mari sini.encik teman isteri encik bersalin."
Hans mengangguk mengikut doktor India itu adik ke wad persalinan.
Puan Zubaidah sudah ketakutan di luar sambil ditenangkan oleh Leo, juga keluarga Hans yang gelisah menanti kelahirannya cucu pertama mereka.
“Tarik nafas puan...saya kira sampai tiga, teran ye puan "
“Arghhhhh!!"
“sikit lagi puan, tarik nafas perlahan-lahan dan teran "
Hans menggengam tangan Lariena erat, menyalurkan kekuatan untuk isterinya.
Terdengar tangisan kecil bayi lelaki nya. Hans menghembuskan nafas lega.“ alhamdulillah..."
“sekali lagi puan, tarik nafas dan teran"
Hans memandang Isteri nya.Lah! ada seekor lagi?!
“arghhhhh!!"
suara tangisan bayi perempuan kedengaran.
“ Alhamdulillah Selamat ye Puan, Tuan, anak kembar nya sehat "
Lariena mengucup kedua anak nya sebelum mengembalikan untuk diazan.
Hans menarik nafas lega dan syok. padahal masa mereka pernah check cuma seorang dan bayi lelaki. manakala Lariena sudah menutup mata untuk berehat setelah melihat wajah anak anak nya .
“ alhamdulillah syukur...."
“ Wahh dua orang weh sekaligus!"
Hazhiq dan Leo girang mendapat anak buah sepasang sekali gus.
Lariena dan Hans hanya tersenyum.
Puan Zubaidah dan Puan Halimah berbual mesra sambil melihat cucu mereka.
Hans menggengam erat tangan Lariena.“terima kasih sayang lahirkan anak kita"
Lariena tersenyum dan mengangguk.
“nak bagi nama apa ni Hans?" Leo memandang ke arah pasangan mesra itu sambil mengendong bayi perempuan.Nampak nya Leo sangat menyukai bayi perempuan itu.
“sayang?"
Lariena mula berfikir sejenak sebelum tersenyum.
“Lelaki Karl Aden, kalau perempuan abang lah bagi "
“emm...Kala Aurora "
Hans tersenyum.Begitu Lariena.
“Karl Aden dan Kala Aurora "
Lariena bersandar sambil memerhatikan Leo dan Hazhiq mengacau anak kembarnya.
“dapat kembar? serius?!"
Zafirah berlari anak mendekati Karl dan Kala.Tersenyum dia melihat anak kembar itu.
“suka kau ye Fira." Sarah dengan perut yang memboyot mendekati anak kembar itu.
“siapa nama ni?" Qistina mendekati Lariena yang duduk bersebelahan katil bayi.
“Karl dan Kala."
“Cute macam mak nya lah si kala ni!"
“karl macam ikut bapak dia"
mereka ketawa kecil.
“lah Zafirah,macam mana kau boleh ada kat sini?" ilham muncul bersama Adrian dan Zayyan. turut diikuti Hans.
“Saya turun KL semalam bila dengar Lariena dah melahirkan "
Hans mendekati Lariena dan menggosok lembut kepala isteri nya.
“sayang dah okey dah? masih ada rasa sakit?"
“ye dah okey dah."
Mereka memutar biji mata melihat kemesraan Hans dan Lariena.
“Riena pantang kat mana nanti?" Ilham bertanya sambil meletakkan buah tangan di meja hospital lalu mengambil karl dari katilnya.
“Aku bawa Lariena pantang kat kampung lah.Biar ibu jaga Lariena.Biar dia banyak masa yang hilang dengan ibu dia" Lariena senyum melihat keprihatinan nya Hans.
“thanks"
“Habis, office siapa urus nanti"
“Hazhiq ada kan?"
Ilham mencebik.Ada ada sahaja.“comel nya karl ni..." karl diam sambil memberi reaksi dingin.
“monyet lah! sah besar ikut bapak dia nanti!" Zayyan bersuara sambil membalas tatapan dingin pada karl.karl terus memalingkan muka ke arah katil kala.
tidak seperti kala, dia cepat tersenyum bila dikacau atau digendong.Noh si abang nya ya allah...
Hans tersenyum sahaja melihat anak lelaki nya itu.Karl dari tadi memandang tempat tidur Kala yang disamping Zafirah.
“Karl ni takkan nagis kalau Kala tak menangis. Hairan aku" ujar Hans kesal. Zafirah perlahan mengendong Kala.“Riena,aku dukung kejap eh nak bawa lari jalan jalan" Lariena hanya mengangguk. Saat Zafirah mendekati pintu ....
Hiks!
“Hans, Karl nangis Hans! woi aku nak buat apa ni!"
Zafirah ketawa besar sambil mendekati kembali mereka semua.“ tak nangis konon! aku rembat adik dia nangis terus"
Kala diberikan kepada Zayyan kerana Zayyan paling dekat dengan Ilham dan karl.Benar,setelah Karl melihat Kala dia berhenti menangis dan terus memerhatikan Kala.
“ besar nanti dia akan jaga kala ketat ketat"ujar Qistina pula sambil ketawa melihat aksi tadi.Juga Sarah.
“bie, sayang nak anak kembar lah!" pinta qistina.Terbeliak Adrian mendengar permintaan Qistina.“ haaa sudah!"
mereka terus ketawa riang.
“Sayang rasa kan hubby nanti anak dalam perut ni lelaki sayang nak kahwin kan dengan Kala boleh?" cadang Sarah kepada Zayyan.
“tak nak abang berbesan dengan kawan abang sendiri." Zayyan mencebik sambil menjeling ke arah Hans.
“alah abang ni."
“Ilham bila kau nak kahwin? dalam geng ni kau sorang je tak kahwin lagi" ujar Adrian sambil mengambil Karl dari gendongan Ilham.
“aku nak kahwin dengan siapa toh..."
“Zafirah kan ada!" serentak mereka menyebut nama Zafirah.Memerah muka Zafirah bila namanya disebut.
“haish kau orang ni. tak naklah"
“kan aku tak nak kawin kalau tak jumpa lelaki idaman aku " Zafirah mencebik geram.
“Alah engkau.Tak habis habis ! mana lah nak cari ye lelaki idaman kau tu" sindir Lariena.
“tau ahh!" Zafirah menjelir lidah.
“lagipun bukan aku yang belum kahwin! Noh Zaim pun belum!"
“Zaim?"
Setelah sekian lama ,nama itu kini meniti di mulut Hans dan kawan kawan nya.Seolah lelaki itu sudah tidak wujud saking sudah lama insan itu menghilangkan diri.
“ha...lama aku tak jumpa dia. setiap kali aku pergi klinik dia,mesti setiausaha dia cakap, dia tak tau kemana Zaim pergi. dia hanya diberi tanggungjawab untuk mengawal keluar masuk Klinik tu." ujar Hans lalu duduk di sebelah Lariena.
“last aku jumpa masa aku pergi mall beberapa bulan yang lepas.lama dah" ujar Zayyan juga.
“Kemana ye mamat tu hilang? aku ada tanya keluarga dia, tapi keluarga dia sendiri dah lama tak dengar khabar Zaim.Hilang gitu je"
“mana ye dia pergi ye..." Keluh Ilham. antara mereka yang lain, dialah yang paling rapat dengan Zaim dan merupakan kawan yang Zaim paling sayang.
“entahlah.apa apapun nanti kita cari dia lagi. lagi dan lagi " tegas Adrian.
“Setuju!"
“dah jom makan.kita makan makanan orang pantang!"
“Maafkan Zayy mama , ayah, kalau kehadiran Zayy dekat dunia ni banyak menyusahkan mama dan ayah. sekali lagi Zayy mohon, restukan lah hubungan Zayy dengan Sarah." rayu Zayyan sambil melutut di hadapan Dato' Nasir dan Datin Aira.
Sarah menekup mulut, menahan tangisan melihat Zayyan berlutut.Mahu sahaja dia menghalang namun dia tidak berdaya kerana Zayyan menghalang dia mendekati mereka ,agak tidak berlaku perkara buruk terhadap dia dan kandungan nya.
Dato' Nasir memandang Sarah yang merenung bunga bunga yang berdekatan kolam ikan sambil mengusap perut yang memboyot nya. mungkin sekitar beberapa minggu Sarah akan melahirkan keturunan nya.
“Bangun Zayyan bangun!" arah Dato' Nasir. Zayyan kekah tidak bangun dari berlutut.Datin Aira di belakang sudah menangis teresak esak ditenangkan oleh Nia.Nazmi hanya melihat sahaja.
“Bangun dulu ayah cakap! kita bincang dulu!" tegas Dato' Nasir sambil menarik lengan Zayyan membantu anak bongsunya berdiri.
“Nia, bawa isteri Zayy masuk dalam.Kita bincang kat dalam"
Nia mengangguk dan terus mendekati Sarah.Dia terkedu melihat perut Sarah yang besar. wahhh dia akan dapat anak buah lah!
“awak isteri Zayy kan? mari masuk ,ayah ajak berbincang dulu" Nia menarik lembut lengan Sarah. Sarah hanya mengangguk.
“Saya Nia, Kakak Zayyan.siapa nama awak ye?"
“err.. Sarah"
“okey Sarah jom kita masuk ye."
Zayyan memandang Sarah lalu mendekati isterinya dan memimpin masuk ke dalam rumah agam milik keluarga nya.
mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu dengan wajah yang serius. Nia meminta diri untuk mengambil sneak dan minuman.
“Bagi alasan kat ayah kenapa Zayy tetap nak berkahwin dengan dia?"
Zayyan menggengam erat tangan Sarah. Sarah membalas genggaman itu.memberikan kekuatan kepada suaminya.
“Zayy cintakan Sarah.Zay tak kisah kedudukan dia macam mana.Dia baik, cerdik dan pandai dalam pelbagai aspek.Zayy terima dia seadanya."
Dato' Nasir mengangguk dan memandang isterinya.Datin Aira senyum.“mama tak kisah pun Zayyan, mama restu kan je."
“ayah?"
Dato' Nasir menghela nafas lemah. Zayyan memang dengan pendirian nya. berkekah tidak mahu wanita lain selain Sarah.
“Baiklah ayah restukan perkahwinan kamu dan Sarah. dengan satu syarat?"
“ha? syarat?"
“ayah nak tinggal kat rumah ni sampai Sarah melahirkan dan berpantang dekat sini. ayah nak main dengan cucu ayah"
Zayyan tersenyum. begitu Sarah.
“terima kasih yah"
“ ayah minta maaf sebab terlalu mengongkong kamu dalam membuat keputusan. ayah minta maaf sebab pukul kamu haritu Sarah "
Sarah senyum “ saya tak kisah pun. dah lama saya maafkan ayah.maaf haritu saya biadab dengan ayah "
“Zayy, maafkan aku sebab selalu api apikan keadaan kau" Nazmi bersuara sambil mendekati Zayyan. dia menghulurkan tangan tanda memohon maaf.
Zayyan terkelu. dia kembali senyum “aku okey jelah " dia menyambut tangan yang dihulurkan.
“sayang kau budak cengeng"
“sial kau"
Mereka akhirnya ketawa.sudah lama mereka tidak berkumpul dan ketawa bersama. kehadiran Sarah memang rahmat kepada keluarga mereka
kita lajukan, ouh ye lepas ni kisah Qistina pulak.
Share this novel