20

Romance Completed 47668

“awak okey ke?"

Zayyan mengangguk perlahan sebelum tersenyum manis ke arah Sarah.

“terima kasih ye sebab bela aku tadi.tapi teruk dah kau kena pukul ni..."tangan nya memegang kedua pipi Sarah.Air matanya mengalir perlahan.Sarah ketawa kecil melihat zayyan menangis.suami aku cengeng rupanya.

“saya okey je. saya tak kisah sangat rasa sakit ni dari pada saya dengar awak dimaki oleh ayah awak sendiri."

“macam mana kau tau mereka keluarga aku?"

“saya pernah tanya Hans.Jadi dia kenalkan lah satu persatu dan saya tau masa silam awak."

Zayyan tersenyum kecil dan menggosok kepala Sarah perlahan.Sarah mengelap air mata yang membasahi wajah Zayyan.patut aku yang menangis sebab tengok dia kena belasah teruk dengan bapak dia sendiri.

“hans macam mana?dia okey ke?"

“apahal kau tanya suami orang tu. ?"

Sarah terbeliak melihat wajah geram Zayyan.Aku tanya ni sebab aku tengok Hans boleh tahan teruk kena belasah.Aku prihatinlah jadinya.

“awak ni saya tanya je."

“aku tak tau !"

Sarah terkekeh-kekeh ketawa. sah Zayyan cemburu.nak dengki lagilah.

“Adrian?tadi dia macam hampir kena belasah dengan abang awak, dia okey ke?"

”baik aku tutup mulut kau sebelum aku yang tutup kan nanti" Terkekeh-kekeh Sarah ketawa di dalam hati.Puas hatinya dapat menyakat Zayyan

“Ouh ye, awak tak apa apa ke ni, tadi saya tengok awak teruk juga."

Zayyan tersenyum kecil.Sarah memang prihatin dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan keadaan nya.

“aku dah biasa Sarah."

“ini penganiaya nama nya.kenapa takde siapa laporkan pihak berkuasa?"

“kita kalau ada duit,kita ada kuasa."

Sarah mengeluh halus.Terbayang wajah Lariena di fikirannya. Benar kata Zayyan, Lariena adalah gadis yang tinggal di keluarga yang dikatakan cukup kaya di kampung itu.

sepanjang penyeksaan gadis itu, tiada siapa mampu melaporkan kepada pihak berkuasa kerana amaran dari ibu Lariena.walau ada yang berani, pasti pihak tersebut akan disogok duit oleh ibu Lariena.

“kau fikir apa?"

“Riena, nasib dia sama dengan awak Zayyan.Saya berterima kasih sangat dengan takdir yang Lariena jumpa orang macam korang.Melindungi dia dari apa apa ancaman. kalau dia masih dengan ibu dia, hm.."

Zayyan menghela nafas lemah.Dia bersandar di kerusi.Benar kata Sarah.dia rasa bersyukur kerana walau dia sering ditolak banding kan dengan abang kakaknya,dia tidak pernah dipukul selalu. kalau Lariena,hm...gadis itu bagai menghitung hari menunggu mati sahaja.

“Tapi saya yakin semua akan berakhir.Saya harap sangat Lariena dapat pembelaan.Dia tak pernah bersalah dalam..." Sarah menekup mulutnya.Zayyan yang memejam mata membuka kembali kerana pelik Sarah berhenti bersuara.

“apanya Sarah?"

“takde apa lah.Saya laparlah."

Zayyan mengerutkan dahi.Sarah seperti menyembunyikan sesuatu tentang Lariena,yang mereka sendiri tidak tahu.

Air mata mengalir deras ke pipi.Arghh mimpi tu berulang lagi.

Lariena mengelap air matanya lembut.wajah sang suami yang lena itu direnung.Jam baru menunjukkan pukul 3 pagi.lengan Hans yang berbalut disentuh.

berbagai macam kisah yang telah dia saksikan.dijual,dinikahi,diculik dan banyak lagi.dia tersenyum kerana akhirnya dia tahu Hans benar benar menyayangi nya.

“kenapa tak tidur lagi ni?"

Lariena memalingkan muka nya.Hans menggosok mata sambil melihat jam.

“saya terbangun lah.takleh tidur dah."

Hans mengangguk dan berbaring semula.lariena menjenguk sedikit.Hans tertidur kembali.Mungkin dia penat?yelah penat lawan luka yang ada di badannya.

Dia terus turun dari katil, menuju bilik air dan membersihkan diri.setelah selesai dia terus keluar dari bilik menuju dapur.

Hans menguap perlahan.Dia melihat jam.Sudah pukul 6.dia memandang sebelah.terbeliak matanya melihat tiada sesiapa di sebelahnya

“sayang?lah?!"

Dia terus turun dari katil keluar dari biliknya.

“Sayang!Sayang!"

“Apa toh abang ni?bising tau tak"

Hans memberhentikan langkah memandang ke dapur.Lariena sambil memegang dulang memandang pelik ke arahnya.dia tersenyum dan menuju ke dapur.

“pikir sayang larilah tadi"

Lariena menjulingkan matanya ke atas.ada ada je suami aku ni.

“wah sayang masak kek? cookies pun ada.eh sayang mengidam ke?" Lariena hanya mengangguk.

“Lah kenapa tak cakap? abang boleh tolong"

“abang kan sakit.takpe sayang boleh buat lah"

Hans tersenyum sambil menggosok kepala Lariena lembut.

“Abang mandi dulu ye sayang kuuuu"

Lariena menunjukkan wajah geli sebelum menuju ke oven untuk mengeluarkan cookies dari ketuhar.

Hans ketawa kecil sebelum berlari menuju bilik.Tak sabar nak menikmati kek dan cookies buatan isterinya.

Setelah selesai mandi, dia terus turun menuju meja makan yang sudah dinantikan Lariena.

“Abang makan dulu ye sayang"

Lariena mengangguk sahaja.Dia terus mengunyah kek coklat yang dibuatnya tadi.emm sedap nya aku masak.

“ohh ye bang,nanti kita melawat Sarah dengan Zayyan boleh?"

Hans mengangguk sahaja.Dia terus mengunyah kek yang dibuat oleh isterinya.sedap sangat.

“Macam mana keadaan kau Zayyan?dah okey ke?" Hans menepuk lembut bahu Zayyan.Jejaka itu mengangguk sahaja.Suasana wad VVIP sunyi seketika.

“Sarah! Zayyan! awak semua okey ke?"

Lariena muncul di pintu vvip bersama Adrian dan Qistina.Sarah yang dari tadi termenung di atas katil memalingkan muka.

“Eh korang!"

Hans mendekati Lariena dan menjentik kuat dahi Lariena.Berdecit kesakitan Lariena dibuatnya.

“kau tanya je Sarah jangan tanya zayyan.dia tu kena bom belum tentu mati"

Lariena mengangkat kening.Zayyan dan adrian menggeleng kepala sahaja melihat kelakuan Hans.

“abang ni..."

“Qis, kau kenapa tak nak bawa Zafirah pergi KL?"

Qistina menghela nafas lemah.“aku tak tau nak cakap macam mana ni"

Lariena mendekati Qistina dan Sarah untuk mendengar apa yang mereka bincangkan.

“aku baru je call Zafirah.Dia memang takleh ikut ke kl lantaran dia banyak kerja kat taska tu.tapi kalau rindu sangat apa kata ikut aku balik kampung?nak?"

Sarah memandang Zayyan.Zayyan diam memikirkan bagaimana hendak bersuara.

“Aku pun aku ikut.aku nak jumpa ibu "

Qistina memandang Lariena risau.“kau betul ke nak jumpa ibu kau? kau dah bersedia?"

“Aku rasa dah tiba masanya kita bagitau hal sebenarnya.Sampai bila Puan Zubaidah nak memikir tentang kebenaran yang salah?tak begitu Lariena?"

Hans yang membelakangi mereka mengerutkan dahi.dia memandang Zayyan dan Adrian yang fokus mencerna perbualan wanita mereka.

“Tapi..."

“sampai bila Riena? sampai bila kau nak kena tindas dengan mak kau sendiri?pikir lah dah berbelas tahun kau kena tindasan sebab mak kau tau hal yang salah!" Sarah menjerit kesal.Qistina mengangguk setuju.

“ha...baiklah"

Hans bangun meninggalkan ruangan.Dia bersandar di dinding luar wad.kepala nya berputar-putar memikirkan masalah isterinya.

“Sedapnya cookies isteri Hans buat!"

Hans mendongak.Ilham tersengih sambil memegang bekas berisi cookies buatan Lariena.

“Sial kau! sinilah kau Ilham!!!!"

Pistol diletak perlahan ke tepi.badan yang sudah kaku berdarah disepak perlahan.kedengaran tawa sinis melihat keadaan mayat lelaki itu

“Lama aku tak bunuh orang." ilham mendekati Zayyan yang berada di kerusi kebesaran nya bersebelahan dengan Hans yang bermain iPhone nya.

“Cam mana dengan rancangan korang nak bawa wanita korang ke kampung mereka?"

Hans mendongak memandang langit siling sebelum mengeluh halus.

“Aku masih tertanya apa lagi yang Lariena sembunyikan dari aku.Kau tak cuba tanya Sarah ke?"

“Aku haritu hampir tau,tapi Sarah dah perasan dia terlepas cakap.jadi ya begitulah"

Ilham hanya menggeleng kepala perlahan.

“bereskan mayat.Panggil adrian ke sini sekarang."

“baik!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience