“Saya tak tahu sangat lah selok-belok KL ni.Macam mana saya nak pergi syarikat awak?"
“Itu kau tak perlu risau.Aku akan suruh ilham datang rumah untuk bawa kau pergi syarikat aku." ujar Hans lalu meneguk air kopi yang baru sahaja Lariena bancuh kan untuk nya.
“Hish,kenapa tak awak je Arish bawa saya pergi pejabat awak?"
Hans tersenyum sinis tanpa Lariena sedari.
“Aku malas nak dengar gosip kat syarikat aku.Kau faham itu kan?",
Lariena mengangguk lemah.Dia keliru dengan suaminya itu.sifatnya selalu berubah ubah.
Air coklat suam yang baru sahaja dibancuh direnung sayu.Banyak rahsia yang Hans sembunyikan darinya.Yang dia sendiri sukar untuk memahami.
Padahal kan...kalau kat rumah keluarga dia,elok je aku tidur sebilik.kenapa kat rumah sendiri tak boleh?Dia betul ke sayang aku?Dia anggap aku apa sebenarnya?kalau dia anggap aku isteri kan,dia mesti akan ceritakan semua hal dia kat aku.Hatinya terhambat rasa sedih dan kecewa.
“Lariena,sampai bila kau nak tenung je air coklat tu?baik kau minum sekarang " Lariena tersedar dari lamunan yang panjang.Lariena hanya senyum tawar dan meneguk perlahan air coklat nya itu.Dah sejuk.
“Awak,saya nak tahu sangat,kenapa awak tak kasi saya naik tingkat tiga tu dengan bilik kat tingkat satu?"
Hans yang sedang membelek ipad memandang Lariena.
“Kau nak tahu?" Lariena mengangguk laju.
“kau akan tahu nanti.tanpa perlu aku bagitau" Hans bangun dan terus meninggalkan Lariena yang masih termenung di meja makan.
Lariena memandang sayu cawan nya yang sudah kosong.Lemah dia bangun menuju ke sinki untuk membersihkan cawan.setelah selesai tugasnya,Lariena melangkah lemah mendaki tangga.
Hans memeluk tubuh memerhatikan pergerakan Lariena melalui CCTV yang dia pasang di setiap sudut rumah malahan di bilik Lariena.
Telefon nya bergetar di sebelah komputer.Pantas dia melihat siapa yang menghubungi nya dan menjawab
“Keadaan sana macam mana?aman kan?"
“..."
“bagus.teruskan kawalan.".
“..."
“ye aku nak kau hantar pengikut untuk mengikut setiap pergerakan Lariena esok.Aku tak nak ketinggalan satu pun.Titik!"
Hans terus mematikan panggilan dan merenung layar komputer.Hmm...isterinya sudah lena.
skrin komputer disentuh kemudian dia tersenyum mistik.
“you are really beautiful dear"
“Pagi Hans!!Lariena selamat tiba di syarikat kau!"
Hans mencebik melihat ilham sudah muncul.Lariena pula berada di belakang ilham.
Hans terpana melihat Lariena yang berpakaian baju dress labuh berwarna abu abu dan rambut diikat satu.simpel tapi cantik.Mukanya tanpa olesan makeup dan pemerah bibir.natural.
“Sampai bila kau nak tenung bini kau ni." Ilham membaling pen ke muka Hans agar Hans sedar dari khayalan.
“Marilah Lariena.I tunjukkan bilik you dan apa je tugas you." Ilham terus melangkah keluar dari bilik Hans diikuti Lariena tanpa memandang Hans sedikit pun.
“Nah!ni bilik you."
Ilham mula memberitahu tugas yang harus Lariena ikuti dan larangan yang ada di pejabat.
“You dilarang bergaul dengan perkerja lain.Kat sini takde perkerja perempuan selain you.Kalau ada,meraka di aras paling bawah." Lariena mengangguk sahaja.
“Kalau you dah faham,i pergi dulu.I kena cepat pergi pejabat i.ada urusan." Ilham terus keluar dari bilik kerja Lariena .
Lariena mengeluh halus dan terus ke tingkap.tirai di selak.
“Allah cantiknya...."
Terpapar keindahan awan dan langit kebiruan dan keadaan kota yang sibuk.Lariena senyum.Dia suka kan pandangan ni.
Ha...aku kena kumpul duit dan pergi dari sini.Aku kena balik jumpa abang, ibu dan kawan kawan aku.Aku rindukan diorang.
“Aku cuma kerjakan dia jadi setiausaha aku sebulan je sementara Hazhiq ada rombongan pergi Turki tu.Aku takkan biarkan Lariena kerja.Aku tak nak dia kena goda dengan lelaki lain "
Zayyan sudah ketawa terkekeh-kekeh mendengar Hans mengomel dari tadi.“asal kau takutkan yang itu?kau patut risau kan orang dekat dia.Aku tengok dia cam selesa dengan Ilham.Boleh jadi dia akan suka Ilham"
Hans menggengam kuat tangan nya sebelum menumbuk keras meja kerja nya.Zayyan hanya tersenyum sinis.
“kau belum tengok lagi tatapan adik kau si Hazhiq tu kat Lariena.Aku boleh rasakan Hazhiq sukakan Lariena tapi disebabkan Lariena milik kau dia takleh buat apa dah" Zayyan terus mengapi api kan kecemburuan Hans.
“Baik kau diam sebelum melayang penumbuk aku kat muka kau",
Zayyan ketawa sinis.
“aku harap kau jaga pergaulan Lariena tu. Dia cantik,dia baik.lucu dan comel lagi.Semua orang suka.baik kau bagitau kesemua kakitangan syarikat kau ni yang setiausaha kau tu bini kesayangan kau" Zayyan terus bangun.
Hans bersandar di kerusi kebesaran nya dan mengeluh kasar.Tali leher dilonggarkan dan dua butang baju dibuka.Rimas.
“Lariena dah dikasi tugas belum?" Tanya Zayyan.Hans mengangguk.
tok!tok!
“Masuk." Zayyan mengarah.Muncul kepala Lariena yang tersenyum nipis.Terkedu Hans dan Zayyan.Tak pernah Lariena tersenyum.Kalau senyum seolah terpaksa.
“aku geram dulu bro " Zayyan terus meninggalkan Hans dan Lariena berdua di dalam pejabat Hans.Ada nanti dia tengok senyuman Lariena,ada yang kena terkam.Aipp,bini orang Zayyan oiii.
“Terima kasih ye sebab bagi bilik yang boleh tengok pemandangan secantik itu." Lariena tersenyum manis menceritakan keterujaan nya di dalam bilik itu.Hans mengangguk.
“hari ni...errr..tu.." Lariena agak tergagap-gagap ingin memanggil Hans Tuan Hans.
Hans tersenyum.
“Hari ni,tuan ada meeting pukul 9.30 pagi.Kemudian lepas lunch ,tuan ada perjumpaan dengan Dato Shahrizat.itu je Tuan "
“pandai juga eh kau.Okey kau boleh balik bilik kau.ohh,ni siapkan laporan ni sebelum jumpa Dato' Shahrizat" file yang dihulur disambut lembut oleh Lariena.
“saya pergi dulu" Lariena bergegas keluar dan menutup pintu pejabat Hans,sedikit kuat.
haaaaa,aku baru kerja sehari dah dikasi kerja suruh buat laporan ni!apalah mana aku faham satu habuk pun.
“kau okey?"
Lariena memaling kan muka.Wajah Zayyan tersenyum sinis memandang nya.Glup!
“Saya okey.Saya pergi dulu ye"
Lariena ingin bergerak meninggalkan Zayyan namun lengan baju nya ditarik lembut oleh Zayyan.
“tunggu.Kalau kau tak faham macam mana nak siapkan laporan tu,kau tinggal tanya jelah Hans.Kau tak perlulah takut dengan dia."
“emm..."
Lariena merenung file itu.kalau salah mesti Hans akan marah teruk dengan nya.Dia mengeluh halus.
“dekat aras ni takde perkerja lain.Kau dan Hans je.susah kan nak cari pekerja lain untuk tolong kau.?baik kau hanya je Hans nanti.okey aku gerak dulu" Zayyan terus berlalu meninggalkan Lariena yang bersandar di dinding sambil mengeluh halus.
Hans mendongak melihat siapa yang masuk.Wajah sang isteri terpapar di matanya.
“Saya...tak reti lah.Ajar lah saya."
Hans tersenyum.
“mari aku ajar kan kau"
mcm boring je chap ni. :^) .chap 9 insyaallah kalau sempat saya update nnt tengah malam sikit
Share this novel