BAB 10 - Hari yang Sepi

Other Completed 4022

KOKOKAN ayam mengejutkan lenanya. Digosok-gosok matanya yang masih kuyu. Matanya tertumpu pada jam dinding antik berbingkai kayu. Jarum pendek menunjukkan pukul lima. Dilawannya rasa mengantuk yang amat sangat. Seketika dia menggeliat. Melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik air. Lama juga dia menenung air di dalam kolah. Airnya dingin dari puncak bukit. Sedingin salju.Dia membasuh mukanya beberapa kali. Terasa segar dan hilang ngantuknya. Dia berkumur-kumur beberapa kali. Bersugi kemudian mandi seketika.

Angin dingin pagi itu terasa menusuk hingga ke tulangnya. Namun digagahinya jua. Dia mengelap-ngelap air bekas mandi diseluruh anggotanya. Kering. Kurang sedikit rasa sejukya. Dia memakai kain pelikat putih, menyarung jubah kelabu dan berkopiah putih di kepalanya. Kemudian dia mencapai lampu suluh dan mengambil kunci motorsikal yang tersangkut di dinding. Sebelum dia melangkah keluar, sempat di mengejutkan isterinya.

“Yang, abang dah nak ke masjid ni, dah dekat Subuh ni, bangun lah.” Selepas dia mengunci pintu depan rumah, diapun menuruni anak tangga bercahayakan lampu suluh di tangan kananya. Diapun menghidupkan enjin motorsikal Hoonda Wave putih. Vrooom… Bunyi enjin moeorsikalnya memecah kesunyian pagi. Lalu perlahan-lahan motorsikalny bergerak meninggalkan rumahnya membelah kepekatan dinhari.

Perjalanan ke masjid Kampung Kaki Bukit dari rumahnya lebih kurang lima belas minit. Kabus yang agak tebal menyelinap disepanjang perjalanannya, membuatkan pandangan tidaklah berapa jelas. “Barangkali wap bumi sudah terlalu panas, maka muncullah kabus begini. Barangkali juga pokok-pokok balak banyak yang telah tumbang dan bukit-bukau semakin gondol maka muncullah wap panas. Benarlah tangan-tangan manusia sendiri yang merosakkan alam ini, Benarlah dunia semakin akhir zaman.” Fikirnya di dalam hati.

Dalam dia bermonolog, tiba-tiba seekor kucing hutan melintas di hadapanya. Cepet-cepat dia menekan brek. “Alhamdulillah, Astaghfirullah hal adzim, Subhanallah.” Terkumat-kumit bibirnya melafaz zikir. Nasib baiklah juga bukan Pak Belalai yang melintas. Kalau tidak tak ke masjid lah dia. Sekarang memang musim binatang liar itu masuk kampung. Kebun pisang penduduk kampung di sebelah hulu jambatan habis dilanyaknya. Barangkali ini jugalah akibat daripada penebangan hutan berleluasa. Binatang liar itu sukar mencari makan Habitatnya musnah. Ibarat manusialah, bagaimana kalau rumah kita diroboh.

Perjalanannya semakin berhati-hati. Matanya diluaskan agar tajam penglihatannya. Disebelah kanannya kelihatan kebun-kebun getah yang masih kegelapan tanpa cahaya. Manakala di sebelah kirinya adalah kawasan perkampungan yang jarang-jarang jarak rumahnya.Kelihatan cahaya dari rumah-rumah orang kampung yaitu jiran dan saudara-maranya juga masih berbalam-balam. Barangkali mereka semua masih belum bangun. Masih terlena diulit mimpi-mipi indah. Dia meninjau-ninjau dengan penuh hati-hati. Bimbang kalau-kalau ada lagi binatang liar yang melintas. Kawasan yang dilaluinya memang menjadi tempat binatang liar berkeliaran. Samada kongkang, landak ,tapir, lembu atau khinzir. Selalu melintas secara mengejut waktu sebelum subuh. Tambahan ketika musim buah-buahan sedang masak dan gugur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience