BAB 9

Other Completed 4022

Malam kian larut, namun dia masih tidak mampu melelapkan mata walau seketika. Berita yang diterima sebaik sahaja rumah lelaki itu dijejaki, tidak mampu membendung rasa kecewa. Sekali lagi, dia terasa kehilangan. Ayah kandungnya, tanpa sempat melihat wajah itu,dia telah meninggalkannya,10 tahun yang lalu.Alya hanya mampu menyimpan rasa kecewa. Bahunya dipeluk tiba-tiba. Pantas berpaling pada papa disebelah. Lamunan yang panjang membuatkan dia tidak sedar kehadiran lelaki itu.

“ Tak mengantuk lagi?” Alya sekadar menegeleng perlahan. Haris melepaskan keluhan halus.
“Lya fikirkan apa?“ Dia, seperti hari-hari sebelumnya, masih cuba mencungkil rasa hati anak gadis itu. Alya Narisa, sehingga kini, masih menyimpan rasa itu sendirian.Alya tidak terus menjawab. Pandangannya masih pada langit yang langsung tidak menampakkan cahaya rembulan. Dia, kecewa sekali lagi. Malam terlalu kelam dirasakan. Kalung pemberian arwah ibunya digenggam lama. “ Lya,rindu ibu..“ serak suaranya terluah. Haris, pantas menarik bahu gadis itu, dipeluknya erat, berharap gadis itu tidak berasa sendirian. Dia, tetap ada untuk Alya.

“I’m really sorry dear.Papa tak cukup sempurna sebagai seorang bapa. Silap papa, salah papa tak pernah cuba memahami apa yang ada dalam hati anak-anak papa.selama ini papa cukup yakin, terlalu yakin yang papa dah jalankan tanggunggjawab papa sebaiknya. Tapi, hakikatnya, papa masih gagal. “
“Papa..” Alya mengeleng perlahan. Lelaki itu, sudah cukup sempurna, sebagai bapa, mahupun kawan.Haris tersenyum nipis. Kali ini, kepala gadis itu dierlus lembut. “Papa janji, papa akan jaga Alya, jaga Lisa, hingga akhir hayat papa. Walaupun tak mampu menjadi sebaik mama Lisa, sesempurna ibu Lya, papa akan tetap mencuba sayang. “

Alya terkedu. Kata-kata ikhlas itu membuatkan dia mampu tersenyum nipis dalam sendu. Dipeluknya erat lelaki itu, kehilangan dan kekosongan terasa terubat. Dia mengucap syukur. Sekalipun dia kehilangan sesuatu yang teramat berharga, dia masih punya Lisa, masih ada papa. Dan kasih dua insan itu takkan pernah memudar untuk dirinya. Dia yakin itu. Dan .. dia juga masih punya Dia.

Allah .. yang setia mendengar segala rintihannya saban malam. Ada disaat dia kekeliruan dalam dilema dosa lalu. Rasa syukur tidak pernah padam untuk segala pemberian itu. Kesilapan lalu, kesakitan semalam, takkan membuatkan dia rebah. Kerana semua itu lebih mengajarnya erti kehidupan. Dia .. harus kuat. Terima kasih Allah ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience