BAB 4

Other Completed 4022

“Lya nak pergi mana, dengan beg pakaian ni semua ?” Pandangan Alisa jatuh pada beg pakaian yang dibawa gadis itu. Alya merengus keras.

“ Kau tak payah nak sibuk!“ Alya ingin berlalu pergi tapi pantas ditahan gadis itu.
“Lya please, jangan macam ni. Cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ni, jangan burukkan lagi keadaan. Apa pun, at least tunggu papa balik. Kita boleh bincang benda ni.”

“Nak bincang apa lagi ?! Aku rimas kau tahu tak. Rimas sangat! Aku tak pernah tenang tinggal dalam rumah ni. Apa pun yang aku buat, semuanya tak betul, salah dimata semua. Aku dah muak dengan semua ni! Jalan yang terbaik, tingggalkan rumah ni terus, senang!” Alya pantas menarik begnya menuruni anak tangga.

Tiba sahaja di pintu pagar, langkahnya terhenti bila ada tangan yang menahan.Dia merengus halus. Pantas berpaling,singgah pada wajah redup Mak Sue. Wanita itu mengeleng perlahan, cukup memberi maksud, salah apa yang dilakukannya saat itu. Alya menggigit bibir, menahan rasa. Wajah sayu wanita itu, satu-satunya insan yang ada disaat dia kesusahan malah melayannya seperti anak sendiri, membuatkan hatinya direntap pilu. Rasa bersalah dibuang jauh. Kali ini, tangan wanita itu pula direntap kasar.

“ Risa nak pergi mana? Ini rumah Risa sayang. Tolong jangan buat keputusan terburu-buru macam ni.”
“ Lya tak pernah minta apapun dari Mak Sue sebelum ni. Cuma sekarang, satu je yang Lya minta, tolong lepaskan Lya. Benarkan Lya cari kehidupan yang lebih baik dari semua ni.” Tangan wanita itu ditepis.

“ Kehidupan macam mana lagi yang Risa cari? Tak cukupkah dengan apa yang Risa ada sekarang?! Apa lagi yang Risa nak ?” wanita itu mula meninggikan suaranya membuatkan Alya mula memendam rasa. Ternyata wanita itu sama dengan orang lain, tak pernah memahami apa yang dia benar-benar perlukan.
“ Lya, tolonglah. Walau apapun yang berlaku, ini bukan jalan penyelesaiannya.” Alisa turut memujuk.

“ Kenapa kamu semua buat aku macam ni ?Aku Cuma nakkan kebebasan, bebas dari semua masalah ni. Cuma itu!”
“ Tapi bukan ini caranya Risa!”

“ Kau diam! Kau jangan lupa, kau cuma orang gaji kat sini,langsung tak berhak nak campur urusan aku!” Kata-kata keras itu membuatkan wanita itu rasa terpukul. Menahan sendu dalam diam.“Narisa.. “ wanita itu masih cuba menahan. Rasa kecewa cuba dibuang jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience