BAB 14

Other Completed 4022

Dia ambil penyapu berus lantai serta peralatan mencuci tandas lalu menuju ke tandas. Dia siramkan lantai tandas dengan air yang dicampur dengan cecair pencuci. Dia berus lantai tandas dengan penuh bersemangat. Biar bersih. Fikirnya. Kemudian dibersihkan mangkuk tandas, sinki serta didingnya digosok-gosok dengan air sabun. Berpeluh juga menghabiskan tugasnya. Namun dia puas kerana melakukan kerja-kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Setelah itu dia mengumpil semula peralatan mencuci dan susun semula ke dalam stor dengan rapi. Sememangnya dia sukakan sesuatu yang bersih dan kemas.

Jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul lapan. Dia bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Selepas ini dia hendak mengerjakan kebun sawitnya pula. Itulah rutin harianya untuk menyara kehidupan keluarganya. Dia menghidupkan enjin motorsikal dan bergerak perlahan meninggalkan perkarangan masjid Kampung Kaki Bukit. Hatinya masih memikir-mikirkan, kesian pada masjidnya kerana tiada orang yang sudi berjemaah di dalamnya. Itu pun baru difardhukan lima kali sehari. Bayangkan kalu lima puluh kali sehari. Dia masih memikir-mikirkan.

Sampai di halaman rumahnya dia lihat isterinya sedang sibuk menyidai pakaian. Setelah dia memberi salam kepada isterinya dia pun masuk ke dalam rumah lalu menukar pakaianya. Seperti kebiasaannya dia memakai seluar panjag dan baju T lengan pendek untuk ke kebun. Sebelum ke kebun sawitnya di bersarapan nasi lemak dan teh o panas yang disediakan oleh isterinya di meja sarapan. Di rumahnya itu cuma dia bersama insterinya saja. Anaknya dua orang masing-masing belajar dan tinggal di asrama. Anakya yang sulung perempuan belajar di UITM Shah Alam dan anak lelakinya belajar di sekolah berasrama penuh. Selesai bersarapan di mengambil peralatan ke kebun sepeti sabit dan parang lalu bersiap-siap untuk ke kebunnya pula.

Tiba di luar rumah dia terus menuju ke arah motorsikalnya Sebelum dia menghidupkan enjin motorsikalnya dia sempat menyapa isterinya.

“Yang abang nak ke kebun ni.”

“Dah sarapan ke?” Tanya isterinya sambil menuju ke arahnya dengan membawa bakul kain yang telah kosong.
“Dah,,,dah kenyang dah . Alhamdulillah.” Sambutnya dengan senyum mesra.

“Baiklah hati-hati ya bang.” Kata isterinya sambil menyalami dan mencium tangannya. Dia mengangguk-angguk sambil membelai kepala dan mengucup dahi isterinya. Dia mula ingin menghidupkan enjin motorsikalnya.

“Eh,,,eh,,,eh,,,kejap bang. Abang tak pergi ke menjenguk Haji Kamal di hospital. Orang kampung ramai dah yang pergi. Tenat katanya.” Isterinya beria-ia memberitahunya.

“Baru hantar tadi ke?” Soalnya kehairanan.

“Kan dah lebih dua minggu kat hospital,belum balik rumah lagi.” Isterinya menjelaskan kepadanya yang nampak kebingungan.
“Errr,,,baiklah jomlah kita tukar pakaian dan pergi sama-sama.” Dia merenung wajah isterinya dengan suatu persoalan yang dia sendiri pun tidak tahu akan jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience