BAB 8

Other Completed 4022

“Jadi kenapa?” Dia bertanya tiba-tiba, mengalihkan kembali pandangan lelaki itu. “Kalau aku nak menetap sana terus, dan takkan balik sini lagi, jadi kenapa?”

Soalan itu, Syahrizat mengerti. Sekali lagi dia menggosok belakang lehernya.Rambutnya diraup kebelakang sebelum tangannya mula menyeluk saku jeansnya mengeluarkan sesuatu.“ Sebenarnya,ada sesuatu yang aku nak bagi.”

Alya terpaku seketika. Lama pandangannya jatuh pada kalung berbentuk hati itu.

“ Maaf. Aku tahu aku salah. Tak sepatutnya aku simpan benda ni. Dah bertahun tapi aku tak mampu kembalikan pada pemiliknya. Aku ego, sepatutnya aku berikan balik benda ni sekalipun kau dah buangnya sebelum ni. Tapi sekarang.. “Loket kecil berbentuk hati itu dibukanya.Jelas dimata Alya,wajah ibunya yang merangkul bayi kecil. Gambar yang terselit dalam loket kecil itu, yang dia tidak pernah pandang walau sekilas, membuatkan nafasnya sesak kembali. Kalung itu, pemberian ibu untuk hari lahirnya yang ke13. Yang dia buang dengan mudah dulu.

Tangan gadis itu ditarik sebelum kalung itu diletakkan dalam genggaman Alya. “Aku tak minta apa-apa Risa. Cuma satu, hidup baik-baik, walau apa pun yang terjadi.” kata-kata itu cukup ikhlas ditutur. Entah sejak bila, dia Cuma mahu gadis itu belajar, dan matang dalam menghadapi segala rencah kehidupan.

Syahrizat mula mengatur langkah, menaiki motorsikalnya.Memulangkan kembali kalung itu membuatkan hatinya tenang.Benar, kalung itu dikutipnya 4 tahun yang lalu,ketika pertengkarannya dengan gadis itu.Entah kenapa,dia masih menyimpannya sekian lama dan gambar yang ditemui dalam loket itu membuatkan dia yakin, kalung itu harus dikembalikan .

“Syah.” Alya memanggil. Syarizat berpaling kembali. Melihat senyuman nipis gadis itu,membuatkannya tersenyum sama.

“Terima kasih.” Ringkas, tapi cukup ikhlas. Kalung ditangannya dibawa ke dada, digenggam kemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience