BAB 11

Other Completed 4022

Beberapa minggu yang lalu, Azmi anak Pak Imam Haji Musa terlanggar khinzir ketika pulang dari kerja. Ketika itu jam sebelas setengah malam. Betul-betul di puncak bukit Kampung Bukit Seroja.. Agaknya ketika menaiki bukit dia memecut motorsikalnya dan kebetulan khinzir melintas.. Nasib baik tidak cedera parah Cuma luka disiku dan lengan. Sekadar mendapat rawatan di Klinik Desa Kampung Kaki Bukit yang terletak berhadapan dengan sekolah kebangsaan, Tapi yang anehnya khinzir yang mati. Barangkali mati terkejut. Ajalnya sudah sampai. Puas pekerja pembersih jalan menolak dan menimbus bangkai ke tepi.

Manusia hari ini memang tamak. Ketamakan yang tidak dapat dibendung lagi. Tamak haloba. Tidak seperti orang-orang terdahulu. Perbandingannya orang dulu-dulu kalau mencari ikan di sungai, dapat sekali memasak cukuplah. Tapi orang kini, selagi tak habis ikan di sungai dijalanya dijaringnya, ditubanya atau dikarannya. Sehingga hampir pupus ikan di sungai. Begitu juga bab harta benda, orang dulu-dulu suka bersedekah. Seumpama makanan.buah-buahan atau tanah diagih-agihkan kepada saudara-mara atau jiran tetangga. Jauh sekali dengan tabiat orang zaman sekarang. Sanggup berebut-rebut. Terutama pasal tanah. Tak cukup sesekar, dua ekar. Tak cukup sepuluh ekar dua puluh ekar, malah beratus-ratus ekar pun tak cukup-cukup juga. Habis tanah ditebas, ditebang , ditarah. Sehunggakan tiada lagi tempat binatang liar berteduh.

Itulah hakikatnya. Yang rakus terus mencari laba dan yang lurus akan keciciran. Namun bila terjadi malapetaka, semua menanggung seksanya. Barangkali bumi ini sudah terlalu tua dan hanya menanti masa. Fikirannya terlalu jauh menerawang bersama perjalanannya.

Lampu bilik air masjid semakin jelas di hadapannya. Menandakan dia sudah hampir sampai ke perkarangan masjid. Cuma lampu bilik air sahaja yang terpasang. Lampu di dalam masjid masih tertutup, menunjukkan belum ada seiapa di dalamnya. Biasanya Haji Kamal yang sampai dulu darinya. Atau Pakcik Soh atau Tuan Syed Ahmad yang membantu memasang lampu dan membentangkan sejadah. Tapi pagi ini tidak ada sesiapa lagi yang sampai ke Masjid Kampung Kaki Bukit. Barangkali sekejap lagi sampailah pak imam nanti. Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience