BAB 13

Other Completed 4022

Setelah dia pasti memang tiada sesiapa yang hadir lagi ke masjid, maka dia pun mengangkat takbir melaksanakan suruhan Allah swt. Solat subuh di pagi yang hening itu dengan perasaan sedikit terharu. Solatlah dia bersendirian. Sewaktu dia membaca doa iftitah tiba-tiba terasa ada kelibat seseorang di belakang berimamkan dia. Dia meneruskan solat dengan penuh khusu’ berjemaah dengan seseorang yang tidak diketahui siapakah gerangannya.

Belum pernah dia menjadi imam solat subuh.Pertama kali menjadi imam rasa cuak juga. Tetapi kalau sudah menjadi tanggungjawab , mahu tak mahu terpaksa dipikul dan diteruskan juga. Selalunya dia menjadi makmum kepada Haji Kamal, Pak Imam Haji Musa atau Ustaz Nazir. Cuma kadang- kadang saja dia disuruh oleh Haji Kamal menjadi Imam solat Zohor dan Asar. Itupun jarang-jarang sangat.Tugasnya di masjid Kampung Kaki Bukit hanyalah seorang siak. Memastikan kebersihan dalam dan luar masjid. Dia bukan bilal dan bukan imam.

Pada salam akhir ke kiri, dia sedaya upaya mengerling melirik dengon ekor matanya cuba memastikan siapa makmum di belakangnya. “Haji Kamal.” Bisik hati kecilnya. Dia meneruskan dengan berwirid panjang. Kemudian menadah tangan berdoa. Dia antara dengar tak dengar Haji Kamal mengaminkan doa yang dibacanya. Namun dia sudah biasa dengan Haji Kamal yang bersuara perlahan bila berbicara dengan sesiapa pun. Sifat Haji Kamal yang lemah lembut itu jarang sekali bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah. Terutama kalau di dalam masjid, Haji Kamal tidak berbual-bual seperti jemaah lain. Haji Kamal hanya membasahkan bibirnya dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan berzikir.

Selesai dia menghabiskan doanya, dia pun meraupkan tanganya ke muka. Kemudia menoleh ke belakang bersalaman dengan Haji Kamal. “Sihat haji?” Dia bersalam sambil bertanya dengan penuh mesra. Dilihatnya wajah Haji Kamal sangat berseri-seri di pagi itu. Haji Kamal bersalam sambil mengangguk-angguk dengan senyum mesra.Kemudian Haji Kamal berlalu pergi tanpa melontarkan sepatah perkataan. Dia hanya membiarkan Haji Kamal melangkah perlahan keluar dari masjid. Dia mengambil sebuah kitab Al-Quran dari rak kitab-kitab yang terletak di bucu masjid. Lalu dia membaca surah Al-Kahfi hingga selesai.
Sementara menunggu langit cerah sedikit dia melipat sejadah dan susun di dalam almari. Biar nampak kemas..Kemudian dia memvakum karpet masjid hingga bersih. Setelah itu dia sapu lantai masjid yang bermozek dan mengelapnya dengan menggunakan mop. Setelah dia pastikan keadaan di dalam masjid sudah bersih, dia pun membersihkan sampah-sarap dan debu-debu di perkarangan masjid dengan menggunakan mesin penyembur angin. Persekitaran masjid sudah bersih termasuklah lomgkang-longkangnya.

Terasa penat melakukan kerja-kerja pembersihan itu dia pun berehat seketika. Fikirnya sebelum balik ke rumah dia ingin mencuci tandas terlebih dahulu. Dia pun duduk di kerusi dalam stor menyimpas perkakas mencuci. Hatinya tertanya-tanya ke mana pergi jemaah-jemaah yang selalu ke masjid Kampung Kaki Bukit. Setahunya Pak Imam Haji Musa ke Alor Star kenduri menyambut menantu. Pakcik Soh barangkali melawat kakanya di Felda Kota Gelanggi dan Tuan Syed Ahmad katanya nak ke Kuala Lumpur melawat anaknya yang belajar di sana. Ustaz Nazir juga barangkali ada hal di tempat lain.

Tetapi ke mana perginya orang-orang kampung yang lain. Sepatutnya anak-anak muda di kampung perlu turut sama mengimarakkan masjid. Golongan muda adalah pelapis kepada generasi baru. Kalau nak harapkan orang tua saja, akibatnya satu hari nanti kosonglah masjid.Dia mula memikirkan perkara yang amat membimbangkannya. Dia bimbang kalau- kalau sudah tidak ada lagi solat berjemaah di kampungnya. Dia fikir perlu ada cara terbaru untuk menarik minat orang-orang muda atau orang-orang kampung datang ke masjid. Dia akan berbincang dengan Haji Kamal. Barangakali Haji Kamal ada idea yang bernas. Lagi pun Haji Kamal adalah orang tua yang cukup berpengalaman dan berpengaruh di Kampung Kaki Bukit. Barangkali juga selepas berbicang dengan Haji Kamal mereka akan bertemu pula dengan ketua kampung. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ya sesuatu perlu dilakukan. Dia kembali bersemangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience