BAB 6

Other Completed 4022

Laut biru dipandang kosong, sekosong jiwanya saat itu.Seperti saban petang, hanya menghabiskan masanya merenung jauh mengenang kisah dosa silamnya. Semua itu, terlalu menyakitkan. Khilafnya, cukup menyeksakan.

“ Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Lya. Demi masa depan Lya, dia minta papa jaga Lya, ambil Lya sebagai anak angkat, sekaligus hilangkan terus haknya sebagai seorang ibu. Bukan kerana benci atau beban, tapi Mak Sue cuma ingin berikan kehidupan yang terbaik buat Lya. Dia tak nak Lya rasa kesusahan hidup yang sama seperti dia rasakan. Dia cuma nakkan yang terbaik buat anaknya. Kalaulah Lya faham semua tu .. “ Kata-kata papa beberapa hari yang lalu, ditelannya pahit. Sakit, sesak dada dirasakan. Dan dosanya pada wanita mulia itu, mungkinkah terampun ?? Alya menelan perit itu sendiri.

“ Assalamualaikum ..” Air mata diseka pantas sebelum dia mula berpaling ke belakang. Seketika keningnya bertaut.
“Syah?”

“Maaf..” Sepatah kata dari lelaki itu sebelum dia mula melabuhkan duduknya bersebelahan gadis itu.
“Kenapa?”

“Untuk semuanya.”

“Tapi untuk apa?Sebelum ni aku yang ..”

“Tentang kes sebelum ni, aku betul-betul minta maaf. Salah kami, silap aku,terlalu cepat menilai. Kau tak bersalah, tapi kami terlalu cepat menghukum. Sepatutnya..“
“Mungkin aku patut terima hukuman tu.” Alya tersenyum nipis, mematikan terus kata –kata lelaki itu.

“Setelah apa yang aku lakukan sebelum ni, memang ini balasannya. Dosa aku, salah aku, takkan semudah itu terampun.Aku manusia yang tak reti bersyukur. Tak pernah rasa puas dengan apa yang aku ada sebelum ni. Terlalu tamak, sehinggakan apa yang ada untuk aku didepan mata, aku tak pernah pandang semua tu. Masih tetap mengejar sesuatu yang mustahil, sesuatu yang bukan milik aku. Dan sekarang, mungkin aku dah kehilangan semua tu, tanpa sedar..”Gadis itu bersuara perlahan, menelan perit dalam sendu yang kian bermukim.

“Narisa.. “ Syahrizat tidak mampu bersuara kali ini. Dia tahu apa yang menimpa gadis itu, dia tahu apa yang gadis itu rasakan saat itu, tapi untuk berkongsi rasa itu dia tidak mampu. Kerana dia, Alya Narisa, hanya memendam rasa itu, menelannya sendiri. Alya tersenyum nipis. Nama yang meniti dibibir lelaki itu membuatkan sebaknya singgah kembali. Selama ini, hanya wanita itu yang memanggilnya dengan nama itu. Ibu … Kedua kakinya ditarik sebelum dipeluk kemas.Air mata yang mengalir sekadar dibiarkan menitis, seakan mampu membasuh dosa lalunya. Bisakah ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience