BAB 7

Other Completed 4022

“Lya ..”
“Papa bohong! Papa tipu Lya kan .. Papa tolonglah! Ini bukannya masa untuk bergurau!Lya nak masuk! Lya nak jumpa ibu. Ibu dah lama tunggu Lya kan ..”

“ Alya !!” Kedua bahu gadis itu kini dicengkam kuat. Alya seakan hilang kewarasan.Alisa, yang melihat dari jauh, mula melurut jatuh menahan tangisnya.

“Papa tipu,Ibu takkan tinggalkan Lya macam ni. Ibu takkan .. “ suara gadis itu mulai kendur. Air mata sekadar dibiarkan merembes laju. Dia, tidak mampu menahannya kali ini. Sakit itu, kini terlalu berat dirasakan .Dunianya terasa kelam. Dia, benar-benar hilang segala-galanya.
*****************************************************************
Kereta yang dipandu dibrek tiba-tiba, secara mengejut. “Papa, bahaya tau tak tiba-tiba berhenti macam ni. Maunya accident, tak pasal-pasal.” Suara Alisa kedengaran dari belakang.

“Kenapa pa?” Melihat Haris masih terdiam, Alya mula menjenguk ke depan. Hanya seketika, pandangannya dikecilkan, cuba merauti wajah lelaki bersama motorsikalnya yang menghalang laluan dihadapan. Keningnya mula bertaut, dahinya berkerut. “Syah.. apa dia buat kat sini ?” Alya menggumam sendiri. Alisa disebelah mula tersenyum nipis.

“ Err ..kejap. Mamat ni nak jumpa anak dara papa yang mana satu sebenarnya ni? Cepat sikit boleh tak. Nanti terlewat.”

Alisa tergelak tiba-tiba. Disikunya gadis disebelah. Alya menjeling sekilas pada Alisa, dan papa, sudah mula tersenyum simpul. Perlahan pintu kereta dibuka dan melangkah menghampiri lelaki itu. Alisa tersenyum dalam diam.

“Kenapa?” Gadis itu bertanya ringkas. Aneh, entah apa yang lelaki itu inginkan. Syahrizat resah sendiri. Tadi, tindakannya hanya diluar kawalan. Luar kewarasan. Kenapa? Sanggup membawa motosikalnya laju sejauh beberapa kilometer mengejar kereta itu dan tiba-tiba menahan. Motif? Syahrizat menggosok-gosok belakang lehernya. Janggal tiba-tiba. “Lisa ada bagitahu yang kau balik kampung ayah kau hari ni.” Dia mula bersuara. Dan Alya sekadar mengangguk. Ayah,ayah kandungnya yang cuba dijejaki.

“ Memandangkan kau dah tamat sekolah sini, Lisa cakap mungkin kau akan pindah sana.“ Alya mula berkerut tidak memahami.

“Dan mungkin jugak, takkan balik sini lagi.. “ Lelaki itu meneruskan kata-katanya, membuatkan Alya bingung sendiri. Hanya seketika, gadis itu tersenyum nipis. “ Tak, mungkin ada salah faham sikit.”

“ Memang, aku sendiri tak boleh jangka selama mana nak duduk kat sana, tapi tak bermakna menetap sana terus.Papa dan Lisa masih ada kat sini, mustahil aku lupakan mereka setelah apa yang berlaku.“ Penerangan Alya membuat lelaki itu terlongo sendiri. What the hell?! Pantas, dia turut mengalihkan pandangan pada Alisa yang sudah pun berdiri diluar bersandarkan kereta hitam metallic itu. Alya pula sekadar tersenyum nipis mengeleng perlahan, hanya seketika ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience