BAB 2

Other Completed 4022

“Alya Narisa Haris. Awak memang tak serik-serikkan. Tak cukup dengan apa yang awak buat selama ni, awak nak tambahkan lagi masalah?!”

Alya terkesima. Wajah merah padam En. Azmi ditatapnya lama. Dia tahu lelaki itu marah, tapi apa salahnya kali ini ? Beberapa kotak rokok dilemparkan keatas meja, dihadapannya. Alya masih terkebil-kebil. Tidak memahami situasi didepannya kala itu.

“Saya.. tak buat semua ni” Alya bersuara perlahan. Matanya masih melekap pada kotak-kotak rokok yang terdampar di atas meja. En. Azmi hanya mampu mengeluh berat. Penafian gadis itu, mana mungkin dia terima setelah banyak aduan dan juga bukti yang ditemui menunjukkan gadis itu bersalah.

Syahrizat, hanya memandang dari suatu sudut. Melihat wajah kusut gadis itu, dia hanya mampu mengeluh berat. Entah kenapa, dia tidak mampu tersenyum bangga kali ini sekalipun kes tentang pengedaran rokok yang menjadi isu disekolah itu sejak dua bulan yang lalu dapat diselesaikan. Selama ini, dia juga yang bersungguh mencari kesalahan gadis itu yang seringkali melanggar peraturan. Tapi sekarang, kenapa dia tidak mampu menarik nafas lega ?

Pang !!

Alisa terkedu. Pantas dia ingin cuba meleraikan kemarahan papa, namun ditahan oleh Mak Sue. Wanita itu mengeleng perlahan bersama wajah redupnya. Cukup memberi maksud dia tidak seharusnya masuk campur dalam masalah itu. Dan Alya, hanya mampu berdiri kaku. Pipinya yang perit ditampar, langsung tidak meninggalkan bekas sedangkan hatinya saat itu lebih sakit dirasakan. Cecair merah ditubir bibir dikesat perlahan.

“Apa yang kau nak sebenarnya Lya. Bagitahu aku, apa yang kau nak sebenarnya?!”
“Selama ni, papa ingatkan Lya boleh berubah, takkan buat benda yang memalukan keluarga kita. Tapi sekarang ? Apa semua ni ?!!” surat gantung sekolah gadis itu yang baru sahaja diterimanya direnyuk kasar sebelum dibuang ke lantai.Tindakan gadis itu mencabar kesabarannya.

“Lya memang anak tak berguna kan? Selalu susahkan papa dan semua. Mungkin itu pada pandangan papa selama ni.“ Alya tiba-tiba bersuara setelah terdiam dari tadi. Kali ini pandangannya mula diangkat, menatap wajah papa yang mulai berubah reaksi. Lelaki itu kelihatan bersalah kali ini.
“Apa yang Lya merepek ni . Papa tak pernah ..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience