BAB 11

Romance Completed 11666

6 Sudah Mati, 6 Masih Hidup. Selepas ini giliran Ika.

“Mesej yang sama!” ujar Haireel. “Mungkin dia maksudkan Masita?”

“Aku rasa. Zulaikha masih belum diapa-apakan, sama juga macam Ika aku… kita!” Helmi menukarkan kata-katanya sebaik sahaja mendapat renungan tajam dari Haireel.

“Biar aku pergi mencari Zu… kau pergi cari Ika sebelum pembunuh tu dapat buah hati kita!” tutur Haireel tiba-tiba. “Dia lebih penting buat kau. Aku serahkan Ika pada kau, jaga dan lindungi gadis itu bagai nyawa kau sendiri. Buktikan pada aku yang kau lebih berhak ke atas gadis itu…” bilang Haireel tiba-tiba membuatkan Helmi bertukar bingung kerana perubahan sikap Haireel yang tiba-tiba.

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi…” Haireel lantas menghilang dalam hutan itu.

***

“Kau! Bukan ke aku suruh kau jangan apa-apakan Ika?” tegur Haireel pada satu susk tubuh yang tidak kelihatan wajahnya dalam kegelapan. “Ingat janji kita, aku bayar kau untuk membuatkan aku jadi hero di mata Ika dan rakan-rakan yang lain. Tapi, bukannya dengan cara ini!”

“Kau siapa nak arahkan aku? Aku buat semua ni atas keinginan aku. Dendam aku masa sekolah dulu masih membara. Aku bunuh mereka semua pun bukan atas apa yang kau suruh, aku buat ni atas kerelaan aku sendiri. Tapi, jangan risau, aku tulis aje dalam mesej tu. Aku biarkan kau dan Ika selamat dalam permainan aku. Sebenarnya, aku tak culik Ika, dia yang hilang tiba-tiba. Aku pun tak tahu ke mana…”

“Jangan bunuh orang lagi. Aku beri amaran…” Dan secara tiba-tiba, sedas tembakan dilepaskan dan mengenai dada Haireel. Haireel tergamam. Tak akanlah dia pun menjadi mangsa Si Bangsat tu? Perlahan-lahan dia rebah ke tanah, tapi sempat meninggalkan klu buat rakan-rakannya, Ika, Zul, Ayu, Zulaikha dan Helmi terutamanya mengenai siapakah dalang atas kematinnya. Dengan perlahan-lahan dia mengambil kesan darah di dadanya lalu menulis sesuatu di atas tanah.

Ratu sebuah pulau…

“Aku bencikan orang cuba mengarahkan aku. Kau tak layak…”

Zul, Ayu dan Helmi terkejut mendengar bunyi tembakan yang mewarnai pulau kecil itu. Telefon bimbit mereka bordering dan sebuah mesej tertera di atas telefon bimbit mereka…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience