BAB 1

Romance Completed 11666

KAU MAHU MAIN SATU PERMAINAN?

Permainan apa?

Permainan yang hanya ada dua pilihan, hidup atau mati. Kalau kau benar anak lelaki, aku cabar kau untuk menyahut cabaran ku ini.

Parah!

Kondisi laut yang dalam dan bergelora ini membuatkan hatinya sedikit gundah namun Helmi melangkah cekal, turun dari bot yang membawanya ke sebuah pulau sunyi. Jeti tempat dia turun itu langsung tidak kelihatan batang hidung sesiapa pun.

Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seakan ada sesuatu yang bakal berlaku. Pandangan lelaki tua dihadapannya yang acapkali melihatnya dengan penuh kehairanan membuatkan gejolak di hatinya mencanak-canak.

“Anak muda… betul ke anak muda mahu ke pulau ni?” soal lelaki tua, tongkang bot yang membawanya. Helmi sekadar mengangguk. Namun riak wajah lelaki tua itu berubah serta merta. Dia memerhatikan Helmi dari atas hingga bawah.

“Pak cik tahu tak saya kena ikut mana nak ke Diamond Mansion?” soal Helmi sambil menggaru kepalanya. Di sebalik jeti itu ada dua denai yang bersimpangan serta membawa mereka ke arah kawasan yang berlainan, tetapi masih menghala ke dalam hutan tebal. Dia mendongak, melihat sebuah rumah agam tesergam indah di atas bukit.

“Adik tak pernah dengar cerita tentang rumah berhantu tu ke?” soal lelaki tua itu lagi. Helmi tergelak kecil… hantu? Tak adalah. Dia datang ke sini untuk menyambut majlis reunion bekas pelajar 5P1 2010 SMK Dato’ Onn. Manakan boleh ada hantu… kalau ada pun, mungkin itu kerja rakan-rakannya yang lain. Adam dan Fahmi barangkali, memang kebiasaan sikap mereka. Sebenarnya, dia memasang niat untuk bersua dengan Ika Natalia, gadis yang telah lama mencuri hatinya sejak persekolahan lagi. Bagaimanalah keadaan Ika agaknya?

“Err. Pak cik tak tahu!” balas lelaki tua itu lagi. “Jangan salahkan aku kalau sesuatu terjadi pada kamu semua!” kata lelaki tua lagi buat terakhir kalinya lalu memecut laju dengan botnya. Helmi mengangkat bahunya, kurang mengerti dengan sikap lelaki tua lalu berjalan dengan laju, tidak sabar untuk tiba di puncak bukit pulau persendirian itu.

Ketika Helmi melangkah masuk ke dalam hutan yang mengelilingi pulau itu, tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara orang mengerang kesakitan. Suara perempuan agaknya. Helmi mula resah, siapa pula di dalam hutan malam-malam begini?

“Seseorang… tolong Ika …” jerit suara itu lagi. Ika ? Memang itu suara Ika , dia memasang telinga, sambil matanya tajam mencari kelibat Ika . Tanpa membuang masa, lampu suluh yang tersimpan di dalam poket jeannya lantas diambil dan dihalakan ke arah sekelilingya. Akhirnya dia ketemu juga sama Ika, yang sedang terbaring sambil memegang kakinya.

“Ika?” panggil Helmi lalu berlari ke arah Ika.

“Helmi… tolong saya!” teriak Ika sambil menangis. Helmi melutut di sebelah Ika sambil mengesat air mata gadis itu. Terkesima Ika sejenak, lelaki itu masih romantik seperti dahulu, hanya kepadanya…

“Kenapa ni awak?” soal Helmi perlahan. Ika sedikit tersentuh apabila dengan romantisnya Helmi mengesat air matanya.

“Kaki saya… ular patuk tadi!” balas Ika perlahan. Helmi terkejut, lalu tanpa membuang masa dia lantas menggendong Ika. Ika sedikit terkejut dengan tindakan spontan Helmi itu.

“Kenapa awak gendong saya?” soal Ika.

“Saya kena bawa awak ke rumah agam tu, dapatkan bantuan. Mungkin ada kawan-kawan kita yang dah menjadi doktor. Kita boleh minta tolong mereka,” serius shaja nada suara Helmi menjawab pertanyaan Ika. Helmi memang sudah berubah, perwatakannya lebih matang, orang lebih kacak serta baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience