BAB 6

Romance Completed 11666

“Ika, awak tidur sini. Biar saya yang pergi lihat apa yang sedang berlaku!” Ika mengangguk. Baru sahaja Helmi mahu melangkah, Ika mencapai tangan Helmi membuatkan Helmi sempat menoleh ke arah Ika, gadis yang berambut hitam sehingga ke parah pinggang itu.

“Terima kasih sebab jaga saya. Jangan pergi lama-lama, saya takut duduk seorang dalam bilik ni…”

“Ya tuan puteri,” Helmi bercanda sedikit membuatkan Ika tersenyum. Kalau Zulaikha kelihatan seperti ratu di atas pulau ini, Ika pula ialah puterinya.

***

Masita sedang menggigil sambil menundingkan jari hantunya ke arah sekujur tubuh yang tidak bernyawa, berlumuran darah dan yang paling menakutkan, kepala jasad itu hilang. Dalaam masa beberapa saat, seluruh isi rumah agam itu menghampiri tempat kejadian.

“Astagfirullah…” ucap Ayu panjang sambil Fahmi kelihatan seperti mahu muntah, jijik dengan keadaan jasad tersebut.

“Mayat siapa ni?” soal Zulaikha yang sudah memakai baju-T dan seluar tidurnya.

“Dr. Naim…” tuturku perlahan. Aku kenal jasad itu sebab kot yang dipakai oleh Naim ketika merawat Ika.

“Kau bunuh dia ke Masita? Dan.. aku tak ingat bila kau ada dengan kami!” Adam menuduh perkara yang bukan-bukan. Masita menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba menafikan tuduhan melulu yang dibuat oleh Adam. Ayu kelihatan menghampiri Masita.

“Aku… baru aje sampai. Terlewat sikit sebab ada hal. Lepas tu, aku nampak Naim cuba terjun dari tingkat dua. Aku cuba menghalang dengan menjerit.. tapi lelaki tu terus terjun aje!” jelas Masita. Aku tidak mengambil pusing cerita sebaliknya menarik Zul mendekatiku. Fahmi pula sedang berbicara dengan Masita.

“Kau polis kan, Zul?” soalku.

“Kau nampak tak ada kesan seperti tali baru sehaja terhiris pada tempat pemegang tu… macam kes pembunuhan…” bisikku. Zul tersenyum. Dia fikir hanya dia sahaja yang bijak di dalam rumah itu, rupanya Helmi turut berkongsi benda yang sama. Mungkiin Naim diikat di sejenis pemberat lalu apabila benang atau tali itu putus lalu membuatkan Naim seakan-akan membunuh diri. Pembunuh yang professional.

“Seseorang telefon polis sekarang. Ada kes pembunuhan di dalam rumah ini!” arah Aiman serius. Zulaikha berbisik sesuatu pada Aiman. Riak wajah Aiman lantas berubah. Kemudian Aiman menundukkan wajahnya.

“Kenapa Aiman?” soal Ayu.

“Sebenarnya pulau ni tak ada line sangat. Susah nak telefon ke tanah besar. Telefon bimbit kat sini tak ada gunanya. Cuma, kena guna telefon rumah. Itu aje cara kita…” celah Zulaikha.

“Kalian semua pergi ke ruang tamu. Berkumpul di sana, aku Inspektor Zul dan Helmi akan menyiasat kes ini. Zulaikha kau pergi telefon polis cepat. Aiman, temankan dia. Aku tak nak ada sesuatu yang terjadi pada mereka!” arah Zul serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience