BAB 7

Romance Completed 11666

Apabila semua sudah beredar dari tempat kejadian, Helmi dan Zul duduk mencangkung sambil memerhatikan mayat dengan tajam. Kemungkinan besar Dr. Naim jatuh dari tingkat dua, berhampiran dengan bilik Helmi. Mayat benar-benar terbaring di kawasan dewan, tempat di mana berlangsung maljis tari-menari itu. Tali halus kelihatan melilit leher Naim.

“Aku rasalah pembunuh dikalangan kita…” bisik Helmi perlahan.

“Aku pun sama… pulau ni hanya ada kita aje…” tutur Zul perlahan. “Mari ke ruang tamu, kita lihat apa yang sedang berlaku!” kata mereka sambil meninggalkan mayat Naim, tidak mahu ada yang menganggu nanti.

***

Hanya Zul sahaja yang bergerak ke arah ruang tamu sebaliknya Helmi berjalan masuk ke dalam bilik di mana Ika… Helmi tergamam. Ika hilang. Tanpa membuang masa, dia lantas membuka langkah seribu ke arah ruang tamu. Satu lagi kejutan menjelma, Zulaikha sedang menangis sambil beberapa orang sedang menenangkannya.

“Aku dah tak tahan!” teriak Adam tiba-tiba.

“Ika hilang,” aku menyampaikan berita itu dengan berat hati. Riak terkejut semakin jelas kelihatan pada wajah setiap orang yang ada di situ. Adam pula semakin menggila tampaknya.

“Apa? Ika hilang?” Masita kelihatan tidak percaya dengan apa yang berlaku. “Tadi Aiman mati, sekarang Emam pula yang hilang?” Masita kelihatan sangat geram, juga menyesal menghadiri majlis itu pada lewat malam.

“Aiman mati? Tapi, macam mana?” soal Helmi sambil merenung wajah Masita dengan sangat mendalam, ingin mendapatkan kepastian dari Masita.

“Tadi, Aiman dan Zulaikha pergi cari telefon kat tingkat 4 rumah ni. Tapi, wayar telefon dah putus. Zulaikha pula nak ke tandas, jadi dia suruh Aiman tunggu dia kat luar, tapi…” Masita terdiam apabila tangisan Zulaikha makin kuat berdendang.

“Sabarlah Zulaikha…” Ayu cuba menenangkan gadis itu.

Bam! Adam menunjukkan perangai panas barannya itu. Dia menendang dinding di ruang tamu itu. Menyesal dia mengikuti reunion itu, tidak tahu pula sesuatu seburuk itu bakal menjelma.

“Aku nak keluar cari Ika!” tutur Helmi dengan berani menimbulkan reaksi lain pada setiap yang ada di ruang tamu. Haireel menghampiri Helmi lalu melepaskan sebuah tumbukan mengenai pipinya. Helmi terjatuh tersembam.

“Aku tak nak tengok ada yang akan mati lagi! Kau tak takut mati ke?” soal Haireel. Helmi merenung wajah lelaki itu dengan berang.

“Habis tu kau nak biarkan Ika mati kat luar tu?” soal Helmi sambil menggengam koler Haireel, berang benar dengan Haireel yang melepaskan kemarahan pada dirinya.

“Kenapa kau pedulikan sangat si Ika tu?” tambah Haireel lagi.

“Sebab aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku!” tempelak Helmi sambil menghadiahkan tumbukan mengenai pipi Haireel. Haireel bangkit dan melepaskan sebuah tendangan yang tepat pada perut Helmi membuat Helmi terduduk.

“Sayang kau bilang? Kau sayangkan dia lebih dari nyawa kau? Jangan buat aku tergelak! Pa yang kau boleh buat kalau kau sayang dia, dia tak sayangkan kau? Hakikatnya, aku tetap tunang dia. Dia pilih aku dari kau! Kau tahu tak yang aku adalah tunang dia? Dia pilih aku dari kau!” Dunia bagai berpinar, Helmi tergamam. Tak akanlah… Ika yang sering dia puja dan cinta kini rupanya sudah disambar oleh lelaki lain.

“Kalau ada orang yang harus mencari Ika, orang itu dalah aku. Aku ialah bakal suami Ika!” Haireel memberi amaran, cemburu akan kemesraan Ika dan Helmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience