BAB 3

Romance Completed 11666

“Dia Siti Zulaikha kan?” bisik Zul sambil menjeling ke arah Zulaikha. Roziana yang sedang kusyuk mendengar lawak Zul juga terdiam, jelitanya gadis itu pada hari itu. Ya, Zulaikha ialah pemilik rumah agam yang tesergam indah di pulau persendirian itu.

“Yalah. Habis tu siapa?”

Zul ternganga, tidak langsung mentup mulutnya. Seksi habis Zulaikha pada hari itu. Langkahnya memang membuat orang terliur. Zulaikha melintas di hadapan Adam yang turut seperti terpukau dengan kejelitaan yang dimiliki oleh Siti. Sudah 6 tahun mereka tidak berjumpa dengan gadis itu, dan ternyata dia memang sudah berubah. Adam hampir sahaja menjadi seperti orang gila, mengekori Zulaikha dari belakang tetapi sempat ditarik oleh Haireel dan Fahmi.

“Tulah korang, dulu asyik kutuk dia aje. Tengok, padan muka korang. Mengancam sungguh dia hari ini,” perli Ayu, menghampiri Zul dan Roziana. Zul sekadar melemparkan pandangan yang mengandungi seribu sumpah seranah. Zulaikha umpama ratu di atas pulau ini.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat datang ke rumah agam milik aku, Diamond Mansion…” Zulaikhaberdiri di aats podium yang disdiakan di dalam dewan ruamh agam yang bernilai jutaan ringgit. Semua mata yang ada di situ memandang ke arah Siti.

“Sempena perjumpaan semula kita pada hari ini, aku nak nak memperkenalkan bakal suami aku!” Zulaikha membuat pengumuman membuatkan semua yang ada di situ tergamam, sedikit terkejut. Seorang lelaki asing yang tinggi lampai, berbadan tegap serta berambut panjang menutup wajahnya berjalan ke arah podium lalu melayang kucupan di dahi Siti. Tak akanlah… dalam masa beberapa saat, bunyi tepukan gemuruh memenuhi rumah agam itu. Amirul dan Aishah yang sudah bergelar pasangan suami isteri itu naik ke atas podium untuk bersalaman dengan Zulaikha dan bakal suaminya itu.

“Sudahlah! Naik meluat aku!” rungut Adam tiba-tiba sambil meletakkan gelas kaca yang berisi air yang tidak habis diminum itu di atas meja yang menyediakan pelbagai lambakkan makanan. Adam kemudian menghilang dari majlis pada malam itu dengan bergerak ke arah biliknya. Zulaikha sempat tersenyum melihat keadaan Adam.

“Adam cemburu tu…” Haireel membuat kesimpulannya sendiri.

“Aku rasalah. Bukan ke diorang pernah bercinta masa tingkatan dua dulu? Masa Adam tu kasanova terhebat kat kelas kita, Roziana pun dia kaut. Bila kantoi, Adam tak nak mengaku yang dia bercinta dengan Zu. Sejak hari itu, Adam dengan Zulaikha macam anjing dan kucing…” Fahmi mengulit kembali kenangan lama yang terlipat rapi dahulu. Membuah ketawa Haireel sehingga menarik perhatian hadirin pada malam itu.

“Tahniah kawan…” Amirul bersalaman dengan Zulaikha dan lelaki kacak tinggi lampai yang berdiri di sebelah Zulaikha. Aishah mengambil kesempatan itu untuk berpeluk-pelukan dengan Zulaikha, rakan baiknya itu.

“Tahniah…”

“Panggil saya Aiman.”

“Tahniah Encik Aiman. Bertuah kamu dapat yang hot-hot macam Zulaikha,” Amirul cuba bercanda dengan Aiman. Merah wajah Zulaikha di buatnya.

Kok Fei dan Jia Sheng menghampiri Zulaikha di atas podium, mahu meminta kebenaran untuk pulang terlebih dahulu, ada hal yang mahu diuruskannya. Selepas itu, Zulaikha dan Aiman dilihat meninggalkan dewan, menaiki tangga berjalan ke arah bilik Naim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience