BAB 10

Romance Completed 11666

“Bunyi letupanlah…” bisik Haireel perlahan ketika mereka bersama-sama berjalan ke arah kawasan perkuburan yang kononnya dihuni oleh askar Jepun yang telah mati. Helmi menoleh ke arah Haireel, memang dia turut mendengar bunyi letupan itu.

“Apa benda yang meletup tu?” soal Helmi sambil menjeling ke arah Haireel. Haireel sekadar mengangkat bahunya. Tiba-tiba telefon bimbit Helmi berbunyi. Tertera nama Zul di skrin telefon bimbitnya itu. Sebuah pesanan ringkas telah dihantar kepadanya.

Bot yang digunakan oleh Masita ketika datang ke sini meletup. Adam dan Fahmi ada di dalamnya, cuba melarikan diri diri aku rasa. Tapi, pembunuh tu macam dah aturkan sebuah permainan untuk kita, selagi hasrat dia belum tercapai, tak ada seorang pun dapat pergi dari sini . Aku pergi tinjau kawasan kemalangan, kau orang boleh teruskan pencarian . –Zul-

Haireel turut menerima mesej yang sama seperti Helmi. Tiba-tiba, sekali lagi telefon bimbit Helmi dan Haireel berdering. Sebuah mesej lagi menjenguk telefon bimbit mereka dan kali ini membuatkan darah mereka menyirap ke otak .

5 Sudah Mati. 7 Masih Hidup !

Helmi dan Haireel saling berpandang-pandangan. Maknanya, ada dua orang rakan mereka yang sudah pergi? Haireel terlutut di tanah. Parti yang dihadirinya dengan harapan untuk bergembira dan bersua dengan rakan-rakannya yang telah lama berpisah, bertukar menjadi tragedi. Mereka terlibat dengan satu sandiwara berdarah dan permainan gila seorang pembunuh yang tidak mengenal erti peri kemanusian.

“Apa yang kita nak buat sekarang ni?” soal Haireel.

“Serahkan benda ni pada Zul. Dia kata kita kena teruskan pencarian kita. Kita kena teruskan pencarian kita. Kita tak boleh biarkan Ika mengalami nasib yang sama dengan rakan-rakan kita yang lain. Dia adalah ratu kita, nyawa kedua kita!” balas Helmi serius, sambil menepuk bahu Haireel. Mereka yang baru sahaja sebentar tadi menjadi seperti anjing dan kucing kini sanggup bersama-sama berganding bahu demi seorang gadis yang bernama Ika. Hanya kerana Ika dia menjadi sekuat itu dan… satu susuk tubuh jatuh dari atas mereka, mungkin tergantung sebentar tadi. Masita sudah tidak bernyawa sambil tubuhnya berlumuran darah.

“Masitalah!” teriak Haireel tidak percaya. Dengan pantas, Helmi mencapai telefon bimbitnya lalu cuba mendail nombor Zulaikha untuk mendapat pengesahan dari gadis itu bagaimana Masita yang seharusnya bersama dengan dirinya boleh ada di hadpaannya, malah sudah tidak bernyawa lagi.

“Hello. Helmi ke?” tanya Zulaikha sebaik sahaja menjawab panggilan dari Helmi.

“Kau dengan siapa?” soal Helmi.

“Aku seorang. Masita tiba-tiba hilang tadi masa kita tengah berjalan. Aku tengah cari Masita sekarang ni… kenapa?” soal Zulaikha. Helmi meraup wajahnya penuh kekesalan. Patutlah…

“Masita dah mati.. tubuh dia jatuh dari atas pokok. Aku rasa pembunuh dah bunuh dia lama lalu letakkan di atas pokok. Kebetulan masa kami lalu di tempat ini, tubuhnya jatuh. Di hadapan kami,” Helmi memberikan penjelasan. Zulaikha menunjukka reaksi terkejut. Dia menjerit.

“Maafkan aku…” Zulaikha memohon maaf. “Aku septutnya jaga dia elok-elok,” tambah Zulaikha lagi.

“Engkau dekat mana? Beritahu kami. Aku tak nak biarkan kau keseorangan dekat hutan ni. Aku dan Haireel…” tiba-tiba panggilan dimatikan atau terputus.

“Zulaikha? Zulaikha? Jawab Zulaikha!” Namun tidak bersahut.

“Sial! Jahanam! Ada sesuatu berlaku pada Zulaikha!” Helmi memberitahu Haireel yang sedang menutup mata Masita yang hampir terbeliak.

“Tak akanlah Zulaikha pula…” Teelfon bimbit Haireel dan Helmi berbunyi. Mesej terbaru dari Annoymous atau pembunuh sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience