BAB 8

Romance Completed 11666

Pada awalnya, dia yang mahu menjemput Ika, namun gadis itu menolak dan mengatakan dia sudah dewasa, biarlah dia yang ke Diamond Mansion sendirian. Namun lain pula jadinya, Haireel berang apabila melihat sekali lagi Helmi menjadi hero menyelamatkan Ika. Dia cuba menyembunyikan perasan cemburu yang merajai diri, namun tak berdaya. Apatah lagi ketika Helmi menemani Ika sepanjang malam. Dia merasakan bahawa dia gagal sebagai kekasih hati Ika. Dia tidak berada di sisi Ika, ketika Ika memerlukannya. Helmi telah merompak segala-galanya.

Semua mata yang ada memerhatikan sahaja adegan perkelahian antara Haireel dan Helmi. Helmi menghampiri Haireel lalu menumbuknya. Bibir Haireel berdarah.

“Kau ialah tunang dia bukan? Tak akanlah kau cemburu dengan aku, sampai nak halang aku daripada mencari dia? Bangunlah kawan! Kalau kau sayangkan dia, kau tak akan biarkan dia…”

“Aku yang akan cari dia, bukan kau. Aku tunang dia, kau tak ada apa-apa dengan Ika!” celah Haireel pantas.

“Aku dan kau yang akan cari dia bersama-sama!” tambah Helmi tegas. Haireel terdiam.

Adam kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Fahmi, kemudian kedua-dua orang itu tersenyum lebar. “Kami sertai kamu mencari Ika!” Helmi dan Haireel saling berpandangan. Zulaikha mengesat air matanya.

“Salah aku kamu semua terperangkap kat pulau ni… jadi aku nak cari Ika bersama-sama. Aku tahu segala selok belok pulau ni. Ada sebuah tapak perkuburan lama, kata orang tu tapak perkuburan askar jepun… aku nak cari dia di sana!” ujar Zulaikha.

“Apa? Pulau ni… ada kubur hantu Jepun?” Masita seakan-akan tidak percaya.

“Kau tinggal seorang diri kat dalam rumah ni, langsung tak takut apa-apa?” soal Ayu pula.

“Er.. sebenarnya aku tak tinggal sini. Aku cuma beli pulau ni dan rumah ni untuk dijadikan tempat aku bercuti. Aku ada rumah lain di Kuala Lumpur. Aku tinggal dengan diorang,” Zulaikha berlaku jujur.

Ayu menjerit tidak percaya. Jadi, memang benar kata lelaki tua menghantar mereka ke sini bahawa pulau ini sememangnya berhantu. Dia menggelengkan kepalanya tidak keruan. “Kalau korang nak pergi cari Ika, aku tak nak ikut, Aku nak tidur aje!” Masita mengangkat bahunya melihat sikap Ayu yang pengecut itu. Dia mengeleng-geleng kesal.

“Zulaikha, aku ikut kau!” Masita menawarkan dirinya, dijelingnya penuh mengancam ke arah Ayu yang sedang duduk berpeluk tubuh, berlagak pengecut. Ayu masih berdiam diri, melihat rakan-rakannya yang lain mempamerkan sikap setiakawan.

“Kau nak duduk sorang-sorang ke kat dalam rumah besar ni?” soal Masita. Ayu sekadar menganguk sambil mengalihkan wajahnya dari direnung sakan oleh Masita.

“Ya!” Ayu kelihatan telah mengatur seribu tekad, dan apa-apa pun yang mereka lakukan, dia tetap berkers mahu sendirian di dalam rumah itu.

“Kita berpecah… pulau ni besar. Zul nak kekal di dalam rumah ni sebab nak siasat kematian Aiman. Aku dengan Haireel, Fami dengan Adam, Masita dengan Zulaika. Kita berpecah untuk cari Ika. Masing-masing ada telefon bimbit bukan? Kalau ada masalah, telefon salah seorang dari kami atau tinggalkan mesej aje” Helmi memberikan arahan,lagaknya seperti seorang ketua. Haireel pula menjeling cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience