BAB 14

Romance Completed 11666

“Sebelum aku mati, aku akan pastikan buah hati kau ini akan mati. Kau nakkan benda tu berlaku… dia pasti akan mati…” kata Zualikha lalu sekali lagi ketawa besar. Helmi mengerutkan dahinya. Menyesal dia hadir ke majlis reunion itu.

“Lepaskan dia… tolonglah…”

“Serahkan pistol itu kepada aku… aku akan serahkan Ika kepada kau,” ujar Zulaikha. Helmi mengangguk lalu.

“Kita serahkan serentak. Aku akan tendang pistol ini kepada kau dan kau akan tolak Ika kepada aku. Zulaikha mengangguk lalu menolak Ika yang kemudiannya berlari ke arah Helmi sambil Helmi menendang pistol Zulaikha. Zulaikha tunduk mengambil pistol itu sambil memandang tajam ke arah Helmi yang sedang memeluk erat Ika.

“Bodoh!” kata Zulaikha lalu melepaskan tembakan ke arah Ika yang sedang membelakanginya. Helmi menyedari awal apa yang dilakukan oleh Zulaika tadi lalu menolak Ika dan… peluru itu membaham dada Helmi. Darah membuak keluar dari dadanya… dan juga mulut. Sekali lagi Zulaika melepaskan sedas tembakan dan kali ini, Helmi rebah ke tanah sambil tersenyum. Sekurang-kurangnya dia mati sebagai wira, dia rela mati demi Ika. Ika terkejut dengan apa yang dipaparkan di hadapan matanya itu.

“Tidak!” teriak Ika lalu berlari ke arah Helmi yang sedang nazak itu. Ika merangkul tubuh Helmi lalu ditekapkan ke tubuhnya. “Helmi! Bertahanlah… jangan pergi. Ika sayangkan Helmi!”

Helmi tersenyum. Tangannya perlahan di angkat, lalu menyentuh pipi Ika buat kali terakhir dan… mata lelaki itu terpejam. “Saya sayangkan awak, Ika. Selama-lamanya..” Sekali lagi bunyi tembakan memenuhi rumah agam itu, peluru membaham belakang Ika pula. Ika rebah ke lantai, dalam keadaan memegang erat tangan Helmi. Terima kasih Zulaikha. Akhirnya aku boleh mati serentak dengan kekasih hati aku, Helmi. Ika turut memejamkan matanya.

Bunyi siren bot polis tiba-tiba kedengaran memecah kekelaman malam. Dalam masa beberapa minit rumah tersebut dipenuhi oleh puluhan anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Iqbal. Dalam keadaan kacau bilau itu, Zulaikha tahu dia sudah tidak ada pilihan lain, hanya ada satu pilihan! Ya itu sahaja yang terbaik untuknya!

Berbaki sebutir lagi peluru yang ada, perlahan-lahan Zulaikha itu mengacukan pistol tepat ke dahinya dan dalam beberapa saat sedas tembakan berbunyi. Gadis itu rebah terkulai layu parah.

Akhirnya permainan dendam terbalas. Satu terhapus dan kini cuma ada Zul sahaja yang tinggal menjadi satu-satunya saksi utama pembunuhan ngeri dan kejam yang berlaku dalam lipatan sejarah negara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience