BAB 13

Romance Completed 11666

“Bagus!” kata Zul sambil tersenyum puas. “Ayu, kau balik ke rumah agam tu, aku nak cari mayat rakan-rakan kita yang lain. Ada benda yang perlu aku siasat!” kata Zul sebaik sahaja membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Helmi itu.

“Aku kena pergi sorang diri?”

“Ya!” tegas Zul bersuara. Ayu terpaksa akur lalu membawa kakinya yang berat itu melangkah. Jauh dari Zul, dia menyumpah seranah Zul. Setelah beebrapa minit berjalan, meninggalkan Zul jauh, dia tiba di perkuburan tentera Jepun yang diceritakan oleh Zulaikha, sesatlah pulak. Ada sesuatu di situ, macam sejenis kertas pelan pulau itu beserta sejenis kayu yang berlumuran darah di aats salah stau dari kubur yang luas itu. Senjata pembunuh itu ada di situ dan dia lantas berlari ke arahs enjata itu dan… peluru sesat hinggap di kepalanya. Darah membuak-membuak keluar. Pembunuh itu tersenyum dalam gelap lalu berjalan pergi dari situ. Dia sempat menulis mesej kepada Helmi dan Zul. Menandakan bahawa 8 sudah mati.

***

“Ratu sebuah pulau…” Zul membaca pesanan yang ditinggalkan oleh Haireel sebelum jejaka itu pergi. Akhirnya dia tahu siapa dalang yang merancang permainan gila ini untuk mereka. Tak syak lagi… dia adalah orangnya. Orang itu… Zul lantas berlari ke arah rumah agam Zulaikha. Ada sesuatu yang mahu dibongkarkannya di sana.

***

“Ika? Mana kau pergi?” Zulaikha berlari ke arah Ika, cuba untuk memeluk gadis itu tetapi Ika menepisnya. Zulaikha tambah bingung apabila Helmi menarik Ika menjauhi dirinya.

“Kenapa kau buat semua ni?” Soal Helmi sambil merenung Zulaikha jahat. Lengannya erat dipeluk oleh Ika. “Aku tak sangka yang kau sekejam tu…”

“Er… aku tak faham apa yang kau orang cakap ni?” Zulaikha menggelengkan kepalanya.

“Kau yang bunuh Naim, Aiman, Adam, Fami, Masita dan Haireel bukan?” soal Ika berani.

“Aku apa? Bunuh? Hahaha… apa yang kau merepk ni Ika. Helmi kau percaya aje cakap perempuan gila ni. Tak akanlah aku sampai hati nak bunuh kawan-kawan kita… kalau perempuan tu. Aku tak tahu…”

“Aku nampak dengan mata kasar aku yang kau pukul kepala Aiman dengan sebatang kayu. Kau bergaduh dengan lelaki tu sebab dia nak telefon polis lalu kau ambil sebatang kayu yang memang ada kat sebelah telefon, lalu memukul kepala dia,” lawan Ika marah.

“Kau pukul Naim dengan kayu yang sama terlebih dahulu, lalu kau merancang seperti lelaki itu membunuh dirinya. Tapi, sayang, aku dan Zul ada jumpa tali yang kau gunakan!” tambah Helmi pula. Zulaikha terdiam. Cis… jahanam punya pasangan kekasih yang ada di hadapannya. Dia kesal kenapa mereka yang tidak dibunuhnya dahulu.

“Ya! Aku yang bunuh mereka. Aku bunuh Ayu juga! Aku akan bunuh orang yang sering bulia ku masa di sekolah dulu. Dendam aku. Aku tahu masa tu aku tak secantik hari ni… aku ni hodoh, jijik dan hina di mata korang!” Zulaikha mengeluarkan sepucuk pistol dari poket gaunnya itu lalu mengacukan ke arah Helmi dan Ika.

“Dendam apa Zu?” soal Helmi sambil menolak Ika berlindung di belakangnya.

“Kau, Helmi. Ingat tak lagi waktu sekolah dulu. Korang panggil aku apa? Kuda, Zombie, Hantu, Busuk dan macam-macam lagi. Adam dan Fami pula seringkali kotorkan baju aku dengan ais-krim… Naim pula tolak aku jatuh ke dalam longkang. Aku ingat tu…”

“Habis tu Aiman macam mana? Kenapa kau bunuh dia?” tanya Ika.

Zulaikha terdiam lalu terlutut di lantai rumah agamnya itu. Tiba-tiba dia menangis, gaya orang gila. “Aku tak bunuh Aiman… Ya..ya… aku tak bunuh. Dia yang paksa aku… hahahahahah. Dia tahu aku yang bunuh Naim, dia dah jumpa kayu tu dulu… dia ugut aku agar bagi dia harta aku 50 peratus kat dia! Aku tahu dia dah tak sayang kat aku lagi… bagi aku dia patut mati. Hahahahah!” Zulaikha ketawa lagi.

“Sekarang giliran kamu berdua untuk mati! Hahahah…” Zulaikha ketawa lagi lalu cuba untuk mengacukan pistolnya ke arah Helmi dan Ika, namun Helmi sempat bertindak pantas lalu menendang tangan Zulaikha membuatkan pistol itu terpelanting. Tanpa membuang masa, Helmi lantas melompat ke arah pistol itu dan Zulaikha berlari ke arah Ika. Sebilah pisau yang digunakan oleh gadis itu ketika menyiat-nyiat tubuh Masita berada di leher Ika. Air mata mengalir di wajah Ika. Dia taku… Helmi pula mengacukan pistol itu ke arah Zulaikha.

“Lepaskan dia atau kau akan mati!” teriak Helmi bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience