BAB 12

Romance Completed 11666

7 Sudah Mati, 5 Masih Hidup Termasuk Ika

“Haireel atau Zulaikha?” pertanyaan itu menjelma di benak Helmi. Langkah dia terhenti apabila mendengar bunyi orang memijak daun-daun yang jatuh berguguran dalam malam yang semakin tua itu.

“Siapa tu?” soal Helmi sambil menyuluh ke arah punca suara itu. Seorang gadis sedang duduk berpeluk tubuh sedang menangis sambil berpeluk tubuh – sambil bersandar di sebatang pokok. Helmi memberanikan diri menghampiri gadis itu dan… Ika mendongak sambil cuba menutup matanya, silau dengan cahaya lampu suluh Helmi. Helmi lantas memeluk tubuh gadis itu. Mujurlah Ika selamat.

“Helmi…” teresak-esak Ika menangis. Dia trauma melihat bagaimana Aiman dibunuh oleh manusia itu. Sayat sekali… dia tidak menyangka yang orang itu sanggup membunuh Aiman. Sangkanya bahawa orang itu baik, tetapi semuanya meleset sekali. Musang berbulu ayam, apa salah Aiman pada orang itu pun dia tidak tahu, sehingga Aiman diperlakukan sebegitu rupa. Dia nampak orang itu… lalu dia mengambil keputusan untuk lari dari pulau itu. Tapi, dia sesat di dalam hutan itu, dans ekali lagi dia cedera. Kali ini, kakinya terseliuh. Ika menyumpah seranah dirinya, kesal akan dirinya yang lemah itu.

“Jadi awak tak boleh bangunlah sekarang?” soal Helmi. Ika menggelengkan kepalanya. Tanpa membuang masa, Helmi lantas mengendong Ika yang masih menangis. Helmi… tolonglah jangan buata ku serba salah. Kenapalah kau terlalu baik dengan aku? Hati aku bukan untuk kau.. tolonglah jangan buat aku jatuh cinta buat kali kedua dengan kau…

Helmi tekun mengendong Ika, sambil sempat menghantar pesanan kepada Zul, Haireel (walaupun jejaka ini sudah tiada) Ayu dan Zulaikha yang Ika sudah ditemui, serta sedang di bawa ke rumah agam milik Zulaikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience