BAB 2

Romance Completed 11666

Bum! Pintu besar rumah agam terbuka luas apabila Helmi menendangnya. Ika sudah tidak sedarkan diri dalam pengsan. Mungkin bisa ular itu sudah merebak ke seluruh badan, malah kepala Ika terlentok di bahunya. Dia tidak boleh membiarkan Ika mati begitu sahaja. Peluh pula membasahi wajah Helmi yang dari tadi tidak berhenti berlari mendaki bukit itu.

Masing-masing yang sedang menikmati jamuan pada malam itu terpempang dengan Helmi yang melakukan aksi comeback yang dramatik, sambil mengendong Ika, bekas buah hatinya dahulu ketika di zaman persekolahan.

“Siapa di sini doktor? Ika kena patuk ular!” teriak Helmi tercungap-cungap. Masing-masing bisu berpanjangan, menunggu jawapan kemudian keluar seorang lelaki yang berkot hitam kemas, berambut pendek kemas, serta berhidung mancung menghampiri Helmi yang sekadar berpakaian baju T pengembara dan berseluar jean lusuh, begitu juga Ika yang bersinglet hijau, sambil mengikat sweater di pinggang rampingnya itu.

“Aku doktor, Helmi. Serahkan Ika kepada aku! Bawa dia ke bilik aku di tingkat dua. Cepat!” kata lelaki itu. Helmi mengangguk lalu mengekori Naim yang sedang menaiki tangga sambil mengendong Ika. Wajah Helmi pada waktu itu kaya dengan kegusaran. Tuhan, selamatkanlah Ika.

“Kau tengok Helmi tu. Hari pertama reunion kita kat dalam rumah ni, dia dah jadi hero…” kata Fahmi yang sedang memegang segelas jus oren sambil matanya tajam memerhatikan Helmi mengendong Ika.

“Bak kata kau dulu, dia nak perhatian…” sindir Adam. “Apalah yang Ika tu nampak kat dia…”

“Dia dah ada cukup perhatian dah sekarang!” celah Haireel pula, mah menyertai perbulan dengan rakan-rakannya yang lain. Tumpuan mereka beralih pula kepada Amirul yang sedang menari dengan Aishah yang kini merupakan seorang pelakon terkenal.

“Maksud kau, Reel?” soal Adam sambil mengerutkan dahinya, lalu meneguk air di dalam gelas kacanya itu.

“Adam? Kau ni katak bawah tempurung ke? Diakan penulis terkenal. Helmi Ezekiel nama pena dia kalau tak silap aku…” kata Fahmi mencelah. “Kau duduk kat mana Adam selama ni?” Adam hampir tersedak air yang diminumnya. Apa? Helmi dah jadi penulis terkenal?

Sementara itu, semua perbualan terhenti apabila pemilik rumah agam dan pulau itu turun ke bawah untuk menyertai jamuan pada hari itu, yang direncanakannya sendiri bagi menyambut reunion kembali pelajar-pelajar 5P1. Walaupun banyak yang tidak dapat menghadiri Reunion itu atas kesibukkan bekerja, namun ada yang masih setia untuk menghadirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience